Pn Lawat Kampung Sg Baru Langkah Silap Ke


 
Kampung Sungai Baru memang dekat di hati saya. Tetapi ramai kawan masa saya kecil kecil dulu sudah tidak tinggal di kawasan itu. Ertinya saya sudah tiada connection dengan Kampung Sungai Baru. Namun hingga sekarang saya akan melalui kawasan itu jika mahu ke KLCC.
Perkembangan kampung yang bukan kampung itu (kerana lokasinya di tengah-tengah Kuala Lumpur) saya ikuti sedikit sebanyak dari jauh yakni melalui perbualan sekali sekala dengan seorang dua bekas penduduk. Dan menerusi laporan media.
Saya tekankan ‘sedikit sebanyak saya tahulah apa yang telah dan sedang berlaku. Lebih sedikit daripada banyak sebenarnya .
Tentu umum pun tahu kawasan berkenaan ada masalah. Masalah Kampung Sungai Baru bukan baru. Ia mengenai pemaju mahu mengambil kawasan untuk dibangunkan semula. Pampasan ditawarkan. Ada yang terima tawaran sekali gus pindah. Ada yang tidak, lalu masih bertahan .
Saya tidak bercadang menulis mengenai segala macam polemik yang sudah dan masih tercetus. Cuma ingin bercakap mengenai lawatan rombongan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) pada 9 April lalu. Tajuk laporan Malaysiakini ‘23 MP PN turun padang dengar rintihan penduduk Kg Sungai Baru’.
Bagi penyokong PN. ini bukti betapa prihatinnya Ahli Parlimen gabungan itu terhadap masalah yang dialami penduduk. Kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin: “Saya nak maklumkan ini bukan hanya kerja Ahli Parlimen tapi ini adalah kerja kita bersama untuk memberikan sokongan membantu penduduk di sini akhirnya dapat balik tanah.”
Yang bukan peminat pula berkata PN bermain politik untuk menyalahkan kerajaan Madani. Menangguk di air yang keruh kata mereka.
Tidak mahu saya ulas kedua-dua pendapat dan pandangan. Yang menarik ialah kehadiran Presiden Putera Ibrahim Ali. Beliau kita tahu bukan sebahagian PN. Ahli Parlimen pun bukan. Namun tiada salahnya beliau hadir sama YB PN. Apa salahnya beliau ingin membantu? Betul tak?
Dan cadangan yang Ibrahim utarakan menarik perhatian saya. Beliau menyarankan penduduk mengadakan piket dan berkhemah di hadapan rumah atau pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka. Menarik bukan?
Lebih menarik ialah respon Rafidah Ibrahim selaku wakil penduduk. Kata beliau seperti dilapor Malaysiakini: “Cadangan Tok Him (Ibrahim) bagus, kita tak nafikan. Cumanya saya perlu jelaskan di sini rata-rata penduduk Kampung Sungai Baru ‘senior citizen’.
Kasihanlah kat makcik, pakcik kalau nak berkhemah depan rumah, pejabat PMX – kasihan makcik pakcik. Kalau ada yang ada janji temu hospital, kena makan ubat kencing manis ke nanti bermasalah pula.”
Alasan yang cukup munasabah . Pada hemat saya Rafidah bagi pihak penduduk menolak cadangan Ibrahim tetapi dengan lembut . Orang berbudi kita berbahasa bak kata peribahasa Melayu .
Dan pada pandangan saya apa yang Rafidah katakan itu ialah mesej penduduk Kampung Sungai Baru yang masih enggan pindah tidak mahu ambil sikap konfrontasi. Mereka memilih duduk di meja rundingan kalau boleh (mungkin juga bawa kes ke mahkamah?). Kesimpulannya mereka mahu cara aman.
Sedikit latar belakang. Menurut laporan portal The Vibes projek pembangunan dikatakan ‘bermula’ sejak tahun 2016 dengan persetujuan 260 penduduk namun terhenti apabila 37 penduduk membantah. Pemaju dilapor kemudiannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mengambil alih kawasan terbabit .
Malaysiakini pula melaporkan 219 pemilik telah bersetuju manakala 109 masih mempertahankan hak mereka. Sebagai orang yang memerhati dari jauh, saya tidak ada maklumat selain apa yang disiar media dan tidak tahu jumlah yang sudah pindah dan yang masih belum.
Ada kawan saya di situ menerima tawaran pampasan dan sudah pun berpindah. Sekarang ada laporan yang mengatakan yang tidak mahu pindah bukan semata-mata mengenai pampasan tetapi mahu pertahan warisan rumah pusaka.
Ini pun saya tidak berhasrat ulas. Yang ingin saya ketengahkan ialah hujah Pengerusi Jawatankuasa Sementara Kampung Sungai Baru Zainab Alias semasa membuat pembentangan dihadapan rombongan PN. Ini pun amat menarik.
Beliau mendakwa beberapa bekas menteri dan wakil rakyat terdahulu menyebelahi pemaju. “Yang kami sedih YB Rina Harun (Ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu) boleh sokong pemaju, tanah kami dia sokong pemaju saya marah. Saya sebut satu lagi nama menteri wilayah persekutuan ketika itu Annuar Musa selepas itu jumpa Shahidan Kassim.”
Annuar memegang jawatan menteri wilayah persekutan semasa kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin Yassin. Shahidan pula pegang jawatan itu pada era pimpinan Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional (BN) yang turut dianggotai pemimpin PN.
Saya tidak tahu sama ada Ahli Parlimen PN yang melawat Kampung Sungai Baru hari itu terkedu atau terperanjat dengan ‘pendedahan” Zainab. Saya juga tidak tahu sama ada Hamzah akan meneruskan niat membawa isu Kampung Sungai Baru ke Parlimen seperti yang beliau janjikan semasa mendengar rintihan penduduk pada 9 April lalu.
Yang pasti sehari selepas PN melawat Kampung Sungai Baru, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut berada dalam rombongan YB PN ke kawasan berkenaan ) memberitahu Malaysiakini beliau berpendapat ada kewajaran bagi pihak terlibat dengan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru ketika pentadbiran PN untuk memberi penjelasan.
Semalam Muhyiddin dipetik berkata “keputusan pengambilan tanah tersebut yang dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak melibatkan saya sebagai perdana menteri pada ketika itu.” Jadi ia melibatkan siapa YB?
Seperti dikatakan pada awal penulisan ini Kampung Sungai Baru dekat di hati saya. Harapan saya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Dengan baik. Mungkin ini wishful thinking.
Setahu saya Kampung Sungai Baru bukan asal Kampung Baru. Ia ‘lanjutan’ Kampung Baru. Bolehlah diibaratkan ia ‘Kampung Baru tambahan’. Di Kampung Sungai Baru ada satu jalan yang diberi nama Jalan Datuk Abdullah Yassin.
Jalan itu dinamakan demikian atas titah perintah Sultan Selangor apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga wakil rakyat Kampung Baru meninggal dunia pada tahun 1966 .
Abdullah Yassin ialah bapa saya. Al-Fatihah buat Allahyarham. Tetapi ini bukanlah satu satu sebab Kampung Sungai Baru is close to my heart. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/pn-lawat-kampung-sg-baru-langkah-silap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kampung Sungai Baru Kerajaan Pn Tidak Berfungsi Secara Bersamakah

Isu Kampung Sungai Baru Kerajaan Pn Tidak Berfungsi Secara Bersamakah

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 138 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menempelak tindakan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan tangan dalam isu pengembalian tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur Mereka kerajaan yang sama sepat...
Masalah Penduduk Kampung Sungai Baru Angkara Perikatan Nasional

Masalah Penduduk Kampung Sungai Baru Angkara Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 109 hits
K PRAGALATHApril 19 2025Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur Hussen Zulkarai mendakwa bahawa masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Sungai Baru berpunca dari pentadbiran Perikatan Nasional di bawah Perdana ...
Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 204 hits
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tampil cabar Annuar Musa agar berani turun bersemuka dengan penduduk Kampung Sungai Baru yang terjejas akibat isu pengambilan tanah semasa pentadbiran Perikatan Nasional berbanding sibuk berkempen di PRK Ayer...
Johari Ghani Perjelas Isu Kampung Sungai Baru Minggu Hadapan

Johari Ghani Perjelas Isu Kampung Sungai Baru Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 120 hits
HarapandailyApril 19 2025Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa akan mengadakan satu siding media khas berhubung isu Kampung Sungai Baru pada minggu depan untuk menjelaskan isu sebenar be...
Predator Kembali Dalam Miniseri Animasi Baru Pembunuh Pembunuh

Predator Kembali Dalam Miniseri Animasi Baru Pembunuh Pembunuh

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 110 hits
Siapa yang tidak suka cerita pembalasan klasik Dunia sinema penuh dengan kisah ikonik seperti Oldboy John Wick dan The Foreigner yang dibintangi Jackie Chan Seronok melihat penjahat menerima hukuman mereka dengan cara yang spektakuler Hari ...
We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kecilkan Circle Untuk Jaga Kualiti Persahabatan

Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India