Pn Ganti Bn Bersatu Ambil Alih Dominasi Unmo Dalam Mn



Semuanya nampak seperti sudah diatur dan bergerak mengikut jalan cerita yang telah dirancang
Dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Hadi Awang sendiri telah menulis surat secara rasmi kepada Muhyiddin Yassin menjemput Bersatu menyertai Muafakat Nasional, kemasukan parti itu ke dalam MN sudah tentu tidak menjadi masalah lagi
Atas dasar adanya jemputan pula, Muhyiddin turut mengumumkan Bersatu telah setuju untuk menyertai MN
Ibarat telah menghantar kad jemputan untuk kenduri kahwin, tidak pernah tuan rumah menarik balik jemputan yang telah dikeluarkan
Dalam hal ini, meskipun Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan berkata, suara akar umbi akan didengar terlebih dahulu lantaran majoritinya kurang setuju terhadap kerjasama UMNO dengan Bersatu, jemputan yang telah dikeluarkan kepada Muhyiddin mustahil ditarik balik
Kecuali jika Muhyiddin kemudian membuat keputusan menarik balik persetujuan menyertai MN, keberadaan Bersatu di dalam MN boleh dikata tiada apa-apa halangam lagi
Lagi pun, mengguna hujah akar umbi tidak ubah seperti mendengar rungutan anak cucu yang tidak setuju dengan kehadiran ketua kampung berlainan parti ke majlis kenduri kahwin bapa mereka
Suara anak cucu tidak ke mana-mana akhirnya kerana malulah sibapa mahu menarik balik jemputan yang sudah dikeluarkan
Tambahan lagi, rakan asal UMNO dalam MN iaitu Pas, ternampak amat ghairah untul melihat Bersatu berada di dalam MN
Sebaik kedudukan Bersatu hampir pasti terjamin menyertai MN, Kumpulan Azmin Ali pun seperti diatur masa mengumumkan penyertaannya ke dalam Bersatu
Pengumuman itu dibuat semalam di suatu program himpunan beberapa NGO pro Azmin yang turut dihadiri oleh Muhyiddin
Kata Zuraidah Kamaruddin, salah seorang penyokong kuat Azmin, penyertaan mereka ke dalam Bersatu akan menjadikan parti itu paling kuat dalam kerajaan sekarang
Serentak dengan kemasukan itu, Muhyiddin juga mengumumkan rancangan Bersatu untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan kaum-kaum lain memegang jawatan dalam parti itu
Katanya, kajian itu sedang dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr. Rais Yatim dan akan dibentangkan kepada mesyuarat MPT Bersatu dalam waktu terdekat ini
Mahu tidak mahu, perubahan ini tentu saja ada kaitan dengan kemasukan Kumpulan Azmin yang berasal daripada PKR, sebuah parti pelbagai kaum tapi berteraskan Melayu, ke dalam Bersatu
Melalui perubahan tersebut, Bersatu selepas ini akan menjadi parti mirip seperti PKR, bukan lagi sebuah parti Melayu totok seperti UMNO dan Pas
Dengan keadaan itu serta melalui beberapa pemimpin bukan Melayu dalam Kumpulan Azmin yang telah menyertai Bersatu, parti itu bukan saja akan melebarkan lagi usaha menarik bukan Melayu bersama mereka, malah akan perlahan-lahan berusaha menenggelamkan MCA dan MIC yang seperti tidak bermaya ketika itu
Dengan itu, dari segi pembahagian kerusi melalui MN, Bersatu dengan sendirinya mampu bersuara dengan lebih lantang menuntut jumlah yang munasabah buat mereka, termasuk kouta untuk Kumpulan Azmin dan Kumpulan Hamzah Zainuddin yang sebelum ini bagai nak rak dibantah dan enggan dikompromi oleh UMNO
Di ketika yang sama, Muhyiddin tetap meneruskan perancangan mendaftarkan Perikatan Nasional sebagai sebuah gabungan yang sah, walaupun UMNO bertegas tidak akan menyertainya
Tetapi, dalam pendaftatan PN itu, selain Bersatu, beberapa parti lain dalam kerajaan iaitu Pas, GPS dan MIC adalah merupakan jawatankuasa penajanya
Ini bermakna, bagi Muhyiddin, ada atau tidak UMNO di dalam PN selepas ini, ia tidaklah penting baginya kerana yang lebih penting ialah Bersatu sudah berada di dalam MN
Maka, apa jadi seterusnya
Ternampak jelas bahawa dengan semua perkembangan ini, Muhyiddin sedang bergerak untuk menjadikan Bersatu lebih dominan berbanding UMNO, seterusnya memguasai MN serta dalam masa yang sama akan memastikan BN dikuburkan untuk diganti dengan PN untuk bertanding dalam PRU akan datang
Dengan kedudukan tanpa kuasa, sebahagian pemimpin UMNO sendiri lebih sayang kedudukan dalam kerajaan berbanding perjuangan, manakala Najib Razak sudah kena dan Zahid Hamidi mungkin bakal menyusul, apa lagi yang mampu menghalang gerakan Muhyiddin yang tentunya dibantu Azmin dan Hamzah Zainuddin untuk melenyapkan UMNO dan BN yang nampaknya sudah berada di laluan yang lancar setakat ini
Malah, jika PN terus menang PRU akan datang, siapa bakal Perdana Menteri selepas Muhyiddin tidak sukar lagi untuk diduga

 Shahbudindotcom 23/08/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/pn-ganti-bnbersatu-ambil-alih-dominasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu

Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 390 hits
Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Parti Pejuang Tanah Air ditubuhkan untuk menggantikan Umno dan Bersatu yang didakwa kini tersasar daripada matlamat asal Berucap ...
Paduan Pas Umno Bersatu Jamin Menangi Perak

Paduan Pas Umno Bersatu Jamin Menangi Perak

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 340 hits
PAS Umno dan BERSATU di negeri ini mesti melicinkan kerjasama dan memperteguhkannya untuk menjamin kemenangan pada PRU15 nanti demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Muhammad Ismi Taib Menurutnya perkara tersebut akan teruji pad...
Less Than 5pc In Bersatu Terengganu Joined Pejuang Claims State Party Chief

Less Than 5pc In Bersatu Terengganu Joined Pejuang Claims State Party Chief

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 308 hits
Less than 5 per cent of the 15 000 Parti Pribumi Bersatu Malaysia members in Terengganu has left the party to join the new political party formed by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad Terengganu Bersatu chief Datuk Razali Idris s...
Bersatu S Participation In Muafakat Nasional Will Be Finalised Soon Muhyiddin

Bersatu S Participation In Muafakat Nasional Will Be Finalised Soon Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 379 hits
Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia s participation in Muafakat Nasional will be finalised soon president Tan Sri Muhyiddin Yassin said The Prime Minister said the party s Supreme Council had agreed to join M
Kumpulan Azmin Sah Ahli Bersatu Minggu Depan Zuraida

Kumpulan Azmin Sah Ahli Bersatu Minggu Depan Zuraida

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 359 hits
Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan bahawa penyertaan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan disahkan minggu depan Jelasnya satu majlis akan diadakan bagi tujuan formaliti kumpulan yang menyokong bekas Timbalan ...
Pengerusi Tetap Dan 29 Ahli Jawatankuasa Bersatu Puchong Isytihar Keluar Parti

Pengerusi Tetap Dan 29 Ahli Jawatankuasa Bersatu Puchong Isytihar Keluar Parti

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 418 hits
PUCHONG Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Puchong Baharuddin Abdul Kudus antara 29 daripada jumlah 39 ahli jawatankuasa parti berkenaan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta Turut mengumumkan perletakan...
Kenyataan Khaled Diperbesarkan Untuk Tunjuk Penyertaan Bersatu Kecoh Itu Sebahagian Kerja Jahat Malaysiakini

Kenyataan Khaled Diperbesarkan Untuk Tunjuk Penyertaan Bersatu Kecoh Itu Sebahagian Kerja Jahat Malaysiakini

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 299 hits
Seperti yang kita telah maklum Malaysiakini dikatakan telah mendapat kontrak dengan bayaran jutaan ringgit sama dengan Sarawak Report oleh PH untuk agenda merosakkan ketabilan kerajaan Pakatan Nasional DS Mohamed Khaled telah membuat postin...
Bersatu Publicises Purge Of Members In Newspapers Includes Elected Reps

Bersatu Publicises Purge Of Members In Newspapers Includes Elected Reps

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 321 hits
Bersatu today took out a full page advertisement in newspapers to publicise the expulsion of rebellious members including several assemblypersons The advertisement lists a total of 282 expelled members including Batang Kali assemblyperson H...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down