Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu


Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu | Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ditubuhkan untuk menggantikan Umno dan Bersatu yang didakwa kini tersasar daripada matlamat asal

Berucap di ceramah malam tadi, Pengerusi Pejuang itu yang turun berkempen untuk calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi berkata bahawa Umno dan Bersatu juga perlu digantikan kerana mengamalkan rasuah serta mementingkan poket sendiri

"Salah satu daripada sebab besar kita menubuhkan parti baru ini ialah untuk membersihkan politik dalam negara kita iaitu politik wang

"Politik (hari ini) bukan berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, tetapi politik yang mengisi poket sahaja

"Di sini kita PRK Slim bukan nak tukar kerajaan, tapi PRK ini amat penting untuk penduduk Slim menunjukkan kepada kerajaan dan seluruh Malaysia bahawa rakyat tidak suka cara politik wang yang ada sekarang

Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu
"Kita nak hapuskan sistem sogokan dan rasuah. Pejuang ditubuh untuk gantikan Umno dan Bersatu," katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di Felda Trolak Utara, Perak

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; selain beberapa anggota parlimen termasuk Mukhriz Mahathir (Jerlun), Dr Dzukifly Ahmad (Kuala Selangor), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Hatta Ramli (Lumut)

Tidak ketinggalan bekas setiausaha agung Bersatu, Marzuki Yahya

Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru pada 12 Ogos serentak dengan pengisytiharan Amir Khusyairi sebagai calon mereka yang terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana permohonan pendaftaran Pejuang masih diproses Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Lawan bukan dengan hujah
Untuk rekod, Bersatu ditubuhkan oleh Mahathir pada tahun 2016 selepas dia keluar dari Umno. Namun, pengerusi Bersatu itu hilang keahlian dalam partinya kerana tidak sehaluan dengan Presiden Muhyiddin Yassin

Sementara itu, Mahathir berkata pemimpin Pejuang tidak akan melompat ke parti lain atau boleh dibeli oleh sesiapa

Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu
Katanya hal itu berbeza daripada beberapa peristiwa yang berlaku dalam politik negara mutakhir ini, termasuk di Sabah

"Baru-baru ini kita lihat di Sabah apabila diperintah oleh parti Warisan yang bersekutu dengan kita

"Dia (Muhyiddin) nak jatuhkan parti Warisan ini bukan dengan hujah, bukan dengan memberitahu parti Warisan itu tidak baik, tetapi dengan membeli 13 wakil rakyat yang ada dalam Warisan

"Ini cara Muhyiddin dapat sokongan. Saya terkejut dengar ada yang dibayar RM32 juta cuma untuk keluar daripada Warisan. Ada juga yang dapat RM5 juta

"Kami parti Pejuang kami semua berjanji tidak ada penjualan," katanya

Mahathir juga turut memberi jaminan bahawa Amir Khusyairi tidak akan berbuat demikian

"Saya percaya Amir tidak akan berbuat demikian

"Apabila saya panggil dia, tanya dia, nak jual atau tidak... dia kata tidak dijual," katanya lagi

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai

Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu
Selain Amir Khusyairi, Calon BN Mohd Zaidi Aziz dan seorang calon Bebas Santharasekaran Subramaniam bertanding dalam pertandingan tiga penjuru

Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos






Berminat beriklan di web Addin?Klik link di bawah:-http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/08/parti-pejuang-ditubuhkan-untuk-ganti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Adalah Parti Toksid Lebih Baik Umno Jangan Bekerjasama Dengannya

Bersatu Adalah Parti Toksid Lebih Baik Umno Jangan Bekerjasama Dengannya

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 317 hits
Dalam konteks bekerjasama dengan lain lain parti untuk menghadapi PRU akan datang apakah pilihan yang terbaik buat UMNO Apakah bekerjasama dengan Pas melalui MN sudah merupakan pilihan yang mampu membolehkan UMNO kembali berkuasa dan mendud...
Umno Akan Lawan Bersatu Sebab Itu Pejuang Dibutuhkan

Umno Akan Lawan Bersatu Sebab Itu Pejuang Dibutuhkan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 343 hits
PARTI PEJUANG1 Apa perlunya Parti Pejuang 2 Jika kita perhati politik negara sekarang tumpuan hanya kepada duit dan jawatan tidak lagi kepada dasar perjuangan untuk negara 3 Yang berada dalam Kerajaan berada kerana pendapatan yang boleh did...
Pn Ganti Bn Bersatu Ambil Alih Dominasi Unmo Dalam Mn

Pn Ganti Bn Bersatu Ambil Alih Dominasi Unmo Dalam Mn

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 163 hits
Semuanya nampak seperti sudah diatur dan bergerak mengikut jalan cerita yang telah dirancang Dengan Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang sendiri telah menulis surat secara rasmi kepada Muhyiddin Yassin menjemput Bersatu me...
Umno Plays Government Local Cards In First Salvo Against Pejuang S Candidate

Umno Plays Government Local Cards In First Salvo Against Pejuang S Candidate

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 315 hits
SLIM POLLS Umno has fired the first salvo against Pejuang s candidate in the Slim by election by framing Amir Khusyairi Mohahamad Tanusi as an outsider who also lacks resources to help the local community due to being in the opposition Umno...
Less Than 5pc In Bersatu Terengganu Joined Pejuang Claims State Party Chief

Less Than 5pc In Bersatu Terengganu Joined Pejuang Claims State Party Chief

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 301 hits
Less than 5 per cent of the 15 000 Parti Pribumi Bersatu Malaysia members in Terengganu has left the party to join the new political party formed by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad Terengganu Bersatu chief Datuk Razali Idris s...
Pas Ingatkan Jangan Ada Sikap Tidak Endahkan Parti Bersatu

Pas Ingatkan Jangan Ada Sikap Tidak Endahkan Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 357 hits
Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria mengingatkan supaya jangan ada sikap tidak mengendahkan parti Bersatu Ini kerana kata beliau asal parti itu adalah sebagai komponen kerajaan namun bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan bersama dalam ...
Apabila Budak Budak Umno Marah Kepada Budak Budak Bersatu

Apabila Budak Budak Umno Marah Kepada Budak Budak Bersatu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 269 hits
Apabila ada budak budak Bersatu kata Umno hanya menumpang tuah Bersatu ramai budak budak Umno marah sebab mereka tahu Bersatu jauh lebih kecil pengaruhnya berbanding Umno Bersatu nampak macam ramai MP sekarang tetapi semua tahu ianya datang...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pakej Percutian Turki

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang