Kenyataan Khaled Diperbesarkan Untuk Tunjuk Penyertaan Bersatu Kecoh Itu Sebahagian Kerja Jahat Malaysiakini



Seperti yang kita telah maklum, Malaysiakini dikatakan telah mendapat kontrak dengan bayaran jutaan ringgit sama dengan Sarawak Report oleh PH untuk agenda merosakkan ketabilan kerajaan Pakatan Nasional (PN).

DS Mohamed Khaled telah membuat posting ringkas dalam facebooknya berkenaan Bersatu menyatakan persetujuan menyertai MN. Kenyataan ini adalah biasa bagi pimpinan UMNO kerana BERSATU adalah 'pengkhianat' mengikut pimpinan UMNO sebagaimana AMANAH adalah pengkhianat bagi PAS.

Tapi dalam usaha menjamin kestabilan agama Islam dan orang Melayu yang agenda lebih besar, perkara ini diketepikan.

Tapi Malaysiakini cuba membesar dan mengapikan supaya wujud salaing tak puas hati dalam hati ahli UMNO dan BERSATU.

Lihat apa Malaysiakini buat dalam pemberitaannya pada posting pendek DS Mohamed Khaled? Kalau kita masih bodoh lagi dengan menghadam berita-berita Malaysiakini maka macam kita makanan yang penuh dengan perasa dan pewarna tiruan. Makanan (baca berita) nampak cantik dan hebat tapi sebenarnya hampas!


Sertai Muafakat Nasional: Khaled beri peringatan buat Bersatu
Diterbitkan 15 Aug 2020, 11:21 pmBeberapa jam selepas Muhyiddin Yassin menyatakan keputusan Bersatu mahu menyertai Muafakat Nasional, seorang pemimpin kanan Umno tampil memberi peringatan buat parti berkenaan.
Menurut Mohamed Khaled Nordin berkata tidak ada masalah jika Bersatu memang benar-benar mahu menyertai gabungan rasmi yang setakat ini dianggotai Umno dan PAS itu.
Pun begitu, naib presiden Umno itu mengingatkan, langkah berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain.
"PPBM (Bersatu) boleh menyertai Muafakat Nasional (MN). Walau bagaimanapun kemasukannya dalam MN janganlah digunakan pula untuk mendesak Umno menyertai Perikatan Nasional (PN)," katanya dalam satu hantaran ringkas di media sosial malam ini.
Pagi tadi Muhyiddin mengumumkan majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti itu memberi persetujuan untuk Bersatu menyertai MN dan menganggap ia sebagai langkah terbaik buat mereka.
"​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition. 
"Insya-Allah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat," katanya.
Kenyataan sama turut diulang bekas timbalan presiden Umno itu semasa menyampaikan ucapan di Johor Bahru malam ini.
Ada beza MN dan PN
Untuk rekod MN ialah kerjasama dua parti yang berseteru selama berpuluh-puluh tahun, Umno dan PAS, dan dibuat sebagai menghadapi Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan sebelum ini.
Ketika MN ditubuhkan, Bersatu adalah sebahagian daripada PH. Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu Muhyiddin - sama seperti kebanyakan pemimpin PH yang lain - giat menyerang Umno dan PAS.
Bagaimanapun melalui percaturan mengejut dikenali sebagai Langkah Sheraton, Muhyiddin membawa Bersatu bekerjasama dengan MN dan BN. Ia membolehkan Muhyiddin - yang sebelum ini menjadi menteri dalam negeri - menjadi perdana menteri.
Ia kemudian melahirkan PN iaitu sebuah gabungan yang sehingga kini belum berdaftar secara sah. Beberapa pemimpin kanan Umno secara terbuka dilihat memberi reaksi dingin terhadap kewujudan PN.Pada masa sama kedudukan Muhyiddin dilihat begitu rapuh di parlimen kerana jumlah sokongan yang diperolehinya sangat tipis. Ia akan menyukarkan PN untuk mengambil sebarang langkah kritikal.
Pagi tadi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sendiri secara lantang menegaskan perlunya kerjasama dalam PN dijalankan secara jujur dan tidak menjadikan parti itu seperti melukut di tepi gantang.
Kehadiran Pemuda Bersatu (Armada) di majlis itu pula diejek pengokong BN.
Khaled juga mengingatkan ada perbezaan di antara menjadi anggota MN dan PN.
"Menjadi sebahagian daripada MN sangat berbeza dengan menjadi sebahagian daripada PN," katanya.

MR : dah tahu Malaysiakini adalah agenda orang kapir yang memusuhi Islam tapi masih jadikan MK Quran Berita.    



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/kenyataan-khaled-diperbesarkan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyertaan Bersatu Dalam Mn Bentuk Gagasan Melayu Raya Kata Takiyuddin

Penyertaan Bersatu Dalam Mn Bentuk Gagasan Melayu Raya Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 409 hits
PAS yakin gandingan parti itu dengan Umno dan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan mewujudkan suatu gagasan besar Melayu raya Bukan itu sahaja malah Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan percaya langkah itu dapat memperkasa struktur masyara...
Muhyiddin Penyertaan Bersatu Ke Dalam Muafakat Nasional Akan Di Muktamadkan

Muhyiddin Penyertaan Bersatu Ke Dalam Muafakat Nasional Akan Di Muktamadkan

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 458 hits
KUALA LUMPUR Penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untu...
Agihan Kerusi Mn Di Selangor Lepas Penyertaan Bersatu Dimuktamad

Agihan Kerusi Mn Di Selangor Lepas Penyertaan Bersatu Dimuktamad

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 396 hits
Perbincangan mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke 15 membabitkan Muafakat Nasional di Selangor akan dilakukan selepas penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dimuktamadkan dalam gabungan berkenaan Pengerusi Badan Pimpinan...
Umno Akan Lawan Bersatu Sebab Itu Pejuang Dibutuhkan

Umno Akan Lawan Bersatu Sebab Itu Pejuang Dibutuhkan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 434 hits
PARTI PEJUANG1 Apa perlunya Parti Pejuang 2 Jika kita perhati politik negara sekarang tumpuan hanya kepada duit dan jawatan tidak lagi kepada dasar perjuangan untuk negara 3 Yang berada dalam Kerajaan berada kerana pendapatan yang boleh did...
Hiburan Adakah Netizen Sekarang Sobodoh Itu Atikah Suhaime Didakwa Edit Gambar Mandi Dalam Kolam

Hiburan Adakah Netizen Sekarang Sobodoh Itu Atikah Suhaime Didakwa Edit Gambar Mandi Dalam Kolam

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 526 hits
Bertindak memuat naik sekeping foto di dalam kolam renang yang mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya mengenai keaslian foto tersebut aktres jelita Atikah Suhaime tampil bersuara berkenaan hal tersebut Perkara itu dilihat mula te...
Drama Lelaki Itu Untukku Sinopsis

Drama Lelaki Itu Untukku Sinopsis

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 568 hits
Drama Lelaki Itu Untukku Sinopsis Drama Lelaki Itu Untukku pernah siar tahun 2019 Gandingan Azam Pitt dan Risteena Munim sebagai terajui utama Di samping itu juga menampilkan Zamarul Hisyam Marisa Yasmin Hairi othman dan ramai lagi Drama Le...
Mahfud Yang Bilang Di Indonesia Ada Islamofobia Itu Pihak Yang Kalah

Mahfud Yang Bilang Di Indonesia Ada Islamofobia Itu Pihak Yang Kalah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 341 hits
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Mahfud MD mengatakan tak ada ketakutan terhadap Islam atau Islamofobia di Indonesia Dulu sampai akhir 70 80 malu malu Pakai jilbab jarang Sekarang semua pakai jilbab Tidak ada sekali lag...
Aishah Back Up Ajai Itu Biasalah Juri Ada Cita Rasa Mereka Tersendiri

Aishah Back Up Ajai Itu Biasalah Juri Ada Cita Rasa Mereka Tersendiri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 637 hits
Itu biasalah bila masuk pertandingan yang ada juri profesional Sebagai seorang yang dah boleh dikatakan banyak kali menyertai pertandingan menyanyi ni salah satu daripada perkara yang saya akan dapatkan maklumat dulu ialah siapa juri source
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked