Pn Gagal Mentadbir Mengapa Rakyat Kena Darurat



Kenyataan Menteri Kanan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali mengenai ‘darurat ekonomi’ dilihat mendahului Majlis Raja-raja yang dijadual bersidang pada petang ini.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, apa sahaja yang cuba diistilahkan melunakkan tindakan darurat tidak boleh diterima akal rasional ketika sistem pentadbiran masih berjalan dengan baik.
Hal yang berlaku, menurut Shamsul, negara kini diancam ketidakcekapan PN mentadbir, khususnya memerangi ancaman wabak Covid-19.
“Bagaimana mungkin rakyat boleh mengikuti gesaan Azmin bersatu di belakang kerajaan yang lemah ini?
“Kerajaan PN sudah tidak ada keabsahan. Rakyat dan majoriti wakil mereka di Parlimen tidak mempunyai keyakinan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keseluruhan Jemaah Menteri.
“Oleh itu, krisis keyakinan ini mesti diuruskan mengikut jalur Perlembagaan dan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Shamsul, Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut sekiranya seseorang Perdana Menteri tidak lagi memilikki majoriti maka beliau wajib meletak jawatan.
‘Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.’
Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, mengadakan pilihan raya mengejut bukanlah pilihan yang wajar ketika wabak Covid-19 sedang melanda.
“Begitu juga, cadangan Proklamasi Darurat atau pembubaran Parlimen adalah langkah tidak bertanggungjawab. Cubaan mengisytiharkan Darurat oleh kerajaan yang tidak mendapat sokongan rakyat merupakan langkah diktator untuk terus mencengkam kuasa.
“PN tidak seharusnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja ke dalam kancah krisis keyakinan rakyat terhadap mereka. Jangan terus cuba berpaut kepada kuasa,” sinisnya.
Shamsul juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah ahli akademik bahawa pertukaran kerajaan tidak perlu dilakukan sehingga wabak Covid 19 reda.
Katanya, mempertahankan kerajaan PN yang lemah akan lebih memudaratkan rakyat.
“Penukaran Perdana Menteri dan kerajaan semasa wabak Covid-19 sedang melanda bukan sesuatu yang mustahil dilakukan. Ini ditunjukkan oleh Azmin dengan Langkah Sheraton beliau yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperolehi keyakinan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tindakan beliau menyembahkan perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut kehendak undang-undang dan rasa tanggungjawab terhadap negara dan
rakyat Malaysia.
“Kini masanya untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengembalikan mandat rakyat dan membentuk sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30294

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Mahu Kerajaan Baru Bukan Darurat

Rakyat Mahu Kerajaan Baru Bukan Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 272 hits
Rakyat Malaysia menolak negara diisytihar darurat sebagaimana cadangan yang disyorkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada Yang di Pertuan Agong kelmarin Menurut kajian Institut Darul Ehsan kira kira 77 rakyat Malaysia tidak setuju darur...
Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan Bukan Darurat

Krisis Keyakinan Rakyat Terhadap Perikatan Nasional Mesti Diurus Mengikut Kehendak Perlembagaan Bukan Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 264 hits
KENYATAAN MEDIAKRISIS KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PERIKATAN NASIONAL MESTI DIURUS MENGIKUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN BUKAN DARURAT Kenyataan Dato Seri Azmin Ali mengenai apa yang diistilahkan beliau sebagai Darurat Ekonomi adalah tindakan mendahu...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 358 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Bertenang Rakyat Jangan Bimbang Jika Darurat Diisytihar Prof Dr Nik Ahmad Kamal

Bertenang Rakyat Jangan Bimbang Jika Darurat Diisytihar Prof Dr Nik Ahmad Kamal

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 417 hits
Hasimi MuhamadKenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz Indera Mahkota Kuantan bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Jumaat Gambar BER...
Agong Harapan Terakhir Rakyat Untuk Elak Pengumuman Darurat Pm

Agong Harapan Terakhir Rakyat Untuk Elak Pengumuman Darurat Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 436 hits
Pada 24 Oktober 2020Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 24 10 2020Yang Di Pertuan Agong Adalah Harapan Terakhir Rakyat Untuk Mengelakkan Pengumuman Darurat Yang Tidak Wajar Ol...
Darurat 2020 Demi Politik Atau Rakyat

Darurat 2020 Demi Politik Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 635 hits
Alamak Darurat ke Apa pun ikut kebijaksanaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Kalau Baginda rasa itu yang terbaik maka mungkin itulah yang akan berlaku Yang ramai orang risau ni sebab terbayang bayang zaman darurat masa komuni...
Spekulasi Darurat Agong Tenang Rakyat Tenang Shj

Spekulasi Darurat Agong Tenang Rakyat Tenang Shj

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 294 hits
Muhyiddin gelabahAbah kau gelabahSemburit gelabahZahid gelabahNajib gelabahAnwar gelabah tetapi mengharap Mahathir tak kotKikikikiki
Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

Cukup Cukuplah Menipu Rakyat Tolak Pru Tolak Darurat Rakyat Mahu Muhyiddin Undur Segera

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 352 hits
Jangan terlalu banyak menipu istana Sejak dari awal ambil kuasa melalui pengkhianatan jumlah yang dibawa kononnya menyokong dia jadi PM tebuk atap itu pun dipertikai Kali ini bila ternyata sokongan sudah semakin merundum rakyat menjerit min...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons