Pn Dijangka Lebih Mantap Dengan Sokongan Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang


freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
-March 16, 2021 8:26 AM
Sokongan Ahli Parlimen pembangkang yang lompat parti akan meningkatkan keyakinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN untuk mengadakan sidang Parlimen, kata penganalisis. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Penganalisis politik yakin tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
Ahmad Atory HussainBekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, sokongan mereka akan meningkatkan keyakinan Muhyiddin dan PN untuk mengadakan sidang Parlimen tanpa digugat usaha pembangkang membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Jika sokongan ini menjadi kenyataan, maka Muhyiddin akan memperoleh hampir 120 undi majoriti di Parlimen,” kata beliau kepada FMT.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mendakwa akan ada lagi Ahli Parlimen yang bakal mengikut jejak langkah bekas naib presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar, meninggalkan PH.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau difahamkan seramai tujuh atau lapan orang lagi “kawannya” memberi petunjuk bersedia menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN.

Beliau berkata, kebanyakan Ahli Parlimen berkenaan bercadang bertindak sedemikian berikutan prestasi cemerlang kerajaan PN, khususnya dalam menangani wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Atory berkata, di pihak PKR pula, tentunya pengaruh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, dan sokongan terhadapnya sudah mula merosot.

Maka tidak hairanlah beliau sedia bekerjasama dengan Umno demi kelangsungan politiknya, tambah Atory
Awang Azman Awang PawiSementara itu, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, kelompok ahli PKR yang keluar adalah daripada rangkaian bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau baharu, malah sudah dijangka lama, dan hanya menunggu masa yang sesuai mengikut fasa dan keperluan politik semasa, serta ketahanan prinsip mereka sebagai ahli pembangkang, tambah Awang Azman.

Awang Azman berkata, tekanan luaran, seperti siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), juga boleh menggugat kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen pembangkang.

Namun, kata beliau, situasi seperti itu dapat dianggap sebagai “pembersihan dalaman” PKR sendiri untuk menyaring mereka yang setia, tahan uji dan mampu mendukung perjuangan parti.

“Tindakan keluar PKR ini berjaya membuka laluan kepada pemimpin muda yang lebih berintegriti dan setia dalam PKR untuk ambil alih dan main peranan proaktif dalam parti.

“Ini membuka peluang PKR menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang kerana akan ada muka baru yang mampu memadamkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin PKR sebelum ini yang banyak dikaitkan dengan kartel politik yang melawan kepemimpinan Anwar,” kata beliau.

Awang Azman berkata, berkenaan dakwaan PN berprestasi tinggi ketika wabak Covid-19 melanda dan keadaan ekonomi yang sukar di negara ini, hanya rakyat sendiri lebih berhak menilai, bukannya orang politik berkepentingan yang boleh dicop sebagai “masuk bakul, angkat sendiri”.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pn-dijangka-lebih-mantap-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dijangka 7 Hingga 8 Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Kerajaan Pn Annuar Musa

Dijangka 7 Hingga 8 Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Kerajaan Pn Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 335 hits
Beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang dijangka mengikut jejak langkah Datuk Dr Xavier Jayakumar untuk meninggalkan parti masing masing Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang la...
Terkini Pakatan Harapan Ahli Parlimen Pembangkang Ke Parlimen Pada I

Terkini Pakatan Harapan Ahli Parlimen Pembangkang Ke Parlimen Pada I

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 146 hits
Ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Isnin depan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Presiden PH beberapa perkara penting se...
Ahli Parlimen Pembangkang Jumpa Anwar Di Parlimen Isnin Ini

Ahli Parlimen Pembangkang Jumpa Anwar Di Parlimen Isnin Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 205 hits
Ahli Parlimen pembangkang jumpa Anwar di Parlimen Isnin ini Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Mar 2021 7 23P
Ahli Parlimen Pembangkang Akan Terus Dipujuk Ditekan Berkhianat Fahmi

Ahli Parlimen Pembangkang Akan Terus Dipujuk Ditekan Berkhianat Fahmi

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 250 hits
Pemergian Dr Xavier Jayakumar mungkin bukan yang terakhir dan episod membeli dan menekan Ahli Parlimen pembangkang Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata akan ada lagi episod episod seterusnya kerana kerajaan Perikatan Nasional m...
5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 403 hits
Seramai lima ahli Parlimen pembangkang menyatakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengadakan perbincangan dengan Umno 5 Ahli Parlimen Pembangkang Kecewa Anwar Bincang Dengan UmnoDalam satu kenyataan bersama R...
Usaha Tarik Ahli Parlimen Pembangkang Sertai Pn Petunjuk Niat Sebenar Muhyiddin Kata Khalid Samad

Usaha Tarik Ahli Parlimen Pembangkang Sertai Pn Petunjuk Niat Sebenar Muhyiddin Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM Tingkah PPBM yang ketika ini dilihat giat mencari sokongan Ahli ahli Parlimen pembangkang untuk menyertainya memberi persepsi bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak berhasrat untuk membubarkan Parlimen sepertimana yang dite...
Muhyiddin Boleh Dapat Sokongan 120 Ahli Parlimen

Muhyiddin Boleh Dapat Sokongan 120 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 297 hits
KERAJAAN Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin akan bertambah kuat dan diyakini mampu mendapay sokongan 120 Ahli Parlimen Ini ekoran beberapa Ahli Parlimen PKR keluar dari parti mereka untuk memberikan sokongan kepada PN Ini terbukt...
Tiada Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang Bukti Ugutan Pemerintah Shamsul Iskandar

Tiada Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang Bukti Ugutan Pemerintah Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 229 hits
Kerajaan Perikatan Nasional dengan tidak bertanggungjawabnya telah mempropagandakan kepada rakyat bahawa tiada ugutan dilakukan terhadap Ahli ahli Parlimen pembangkang yang berkhianat baru baru ini Bagaimanapun Ketua Penerangan KEADILAN Dat...
Ahli Parlimen Sekijang Lapor Sprm Dakwaan Di Tawar Manfaat Untuk Sokong Muhyiddin

Ahli Parlimen Sekijang Lapor Sprm Dakwaan Di Tawar Manfaat Untuk Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sekijang daripada Parti Keadilan Rakyat Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan percubaan mendapatkan sokongannya dengan janji manfaat yang boleh dipe...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Prm Denies Being Sponsored To Split Malay Vote In Kkb