Pmx Turun Bukan Tanda Umno Terdesak


 

Kelmarin, suasana di sekitar kawasan DUN Pelangai lebih hingar-bingar daripada biasa. Sebabnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim turun ke kawasan itu dari petang hingga ke tengah malam untuk bersua muka dan bertentang mata dengan pengundi seramai mungkin.
Tiga majlis diatur untuk PMX, bermula dengan “Karnival Segalanya Felda” di Felda Chemomoi. Selepas solat Maghrib, beliau kemudian ke majlis Kenduri Rakyat sempena ulang tahun ke-36 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kampung Agropolitan Chemomoi yang berdekatan.
Pada waktu yang hampir sama dengan majlis kedua itu, pengacara majlis di Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai sibuk mengehadkan masa barisan penceramah kepada masing-masing lima minit saja untuk meluangkan secukup masa kepada Anwar sebagai penutup ceramah.
Pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) daripada Wan Rosdy Wan Ismail, Sharkar Shamsudin, Shamsulkahar Mohd Deli, Rosni Zahari, Mohamad Alamin, Isa Samad, Mohd Nizar Najib, Nurul Amal Mohd Fauzi, Aminolhuda Hassan, T Murugiah, Young Syefura Othman, Lokman Noor Adam, Asyraf Wajdi Dusuki dan Mohd Sany Hamzan semuanya dihambat supaya turun pentas melewati lima minit.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan pun hanya sempat menjual empat rangkap pantun dan setibanya perdana menteri, mengumumkan: “Saya rasa saya nak baca pantun ni di hadapan perdana menterilah ya. Bandar Kuantan ada hikayat, kisah bersemi cerita bersama, kita berjuang untuk rakyat, dulu kini dan selama-lama.” Ahli politik akan sentiasa cari peluang untuk skor poin!
Cuma Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Zahid Hamidi mendapat sedikit tambahan masa di pentas ceramah itu.
Anwar memanfaatkan kira-kira sejam ceramahnya untuk menjelaskan isu-isu semasa yang antara lain merangkumi topik mengapa kerajaan perpaduan pimpinannya dicemburui dan akan kekal sehingga habis penggal, adanya usaha untuk memecah-belah, pentingnya tatakelola yang amanah, usaha berterusan membanteras rasuah, kenaikan harga barang yang mendapat perhatian kerajaan sehinggalah kepada kekurangan beras tempatan di pasaran.
Perdana menteri juga meminta pengundi agar tidak melihat rakan dalam kerajaan perpaduan, DAP sebagai musuh, apatah lagi parti itu melalui setiausaha agungnya Loke Siew Fook menyokong dalam mesyuarat Jemaah Menteri langkah melupuskan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion.
Nada pertuturannya serius dan tegas sambil Anwar mengakhiri ceramahnya diiringi calon BN Amizar Abu Adam di atas pentas untuk diperkenalkannya kepada khalayak sebagai pilihan untuk terus membela nasib mereka.
Mungkin bukanlah sangat isu-isu berkenaan yang menjadi perhatian, sebaliknya kedatangan perdana menteri dikatakan untuk melonjakkan sokongan kepada calon Umno itu dalam PRK Pelangai, Sabtu ini, pada ketika parti kerajaan itu didakwa sedang berdepan ujian getir kerana meningkatnya “gelombang hijau” PN di kawasan berkenaan.
Khamis lalu, Wan Rosdy selaku pengarah pilihan raya bagi PRK Pelangai ketika berucap kepada jentera BN di Kampung Jawi Jawi dekat Bentong berkata laporan yang diterimanya menunjukkan sokongan pengundi masih belum memihak kepada BN.
Malah, menteri besar Pahang itu memberitahu penyokong BN di DUN Pelangai supaya menasihatkan anak-anak mereka yang tidak menetap di kawasan itu agar tidak pulang mengundi jika tidak menyokong BN.
DUN Pelangai dianggarkan memiliki kira-kira 2,000 pengundi luar dengan kebanyakannya menetap dan bekerja di Lembah Klang.
“Anak-anak kita yang berada di luar, kalau dia tak bersama dengan kita, tak payah suruh balik. Biar duduk di Kolumpo (Kuala Lumpur) je. Mengacau je. Biar kita je yang menguruskan kampung halaman kita,” katanya. Beliau kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya itu sekadar berseloroh.
Pemerhati mengandaikan BN kini di depan tapi belum selesa di sebalik PN — seperti kempen di Pulai dan Simpang Jeram bulan lalu – terus menyerang Zahid yang didakwa mereka mendapat DNAA kerana campur tangan eksekutif serta kononnya Melayu-Islam terancam ekoran kerjasama Umno dengan DAP. PN juga menggesa pengundi menambah wakil pembangkang di DUN Pahang.
Ahli MKT Umno Sharkar yang saban hari membantu jentera BN-Umno menolak kedatangan perdana menteri sebagai isyarat parti itu memerlukan bantuannya untuk melonjakkan sokongan pada minggu kedua kempen dengan jangkaan PN juga akan menampilkan pemimpin tertinggi mereka pada beberapa hari terakhir ini. Pengerusi BN Muhyiddin Yassin juga turun ke Simpang Pelangai dan berakhir di Felda Chemomoi malam tadi.
“Memang perebutan sebenar adalah di kawasan Felda – Felda Chemomoi, Felda Sungai Kemasul dan Felda Sungai Kemahal (di mana PN mendapat sokongan kira-kira 45% pada PRU15, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengundi muda).
“PM, yang diketahui punya jadual padat dan akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Khamis ini, mahu menemui sendiri pengundi sebelum lawatan itu. Memang biasanya dalam mana-mana PRK, PM tak turun tapi ini bukan tanda Umno sedang terdesak. Ini selepas TPM (Zahid) datang dua malam berturut-turut pada Ahad dan Isnin.
“Lagipun, PM turun ke Pelangai memberi optik yang baik. Memang kita nak santuni pengundi mengikut segmen yang berbeza-beza dan seboleh-bolehnya kita mahu mendatangi terus kepada mereka,” kata Sharkar.
Kelebihan di pihak Umno tentunya sokongan masyarakat bukan Melayu, yang merangkumi 28% pengundi di DUN Pelangai. Keputusan PRU lalu menunjukkan BN dan PH meraih jumlah undi lebih kurang sama di dua pusat daerah mengundi (PDM) majoriti bukan Melayu di Manchis dan Telemong manakala PN ketinggalan jauh di belakang.
Malah, jentera PH-BN harus berasa sedap hati dengan hakikat kempen PN di kawasan-kawasan desa lebih perlahan. Program ceramah malam mereka kurang dihadiri pengundi walaupun menampilkan beberapa pemimpin utama hingga mendorong kempen dari rumah ke rumah dipergiatkan.
“Mengikut bacaan kami, jika kami boleh mengekalkan momentum ketika ini, kami boleh menang. Cuma kami tidak mahu berasa terlalu yakin,” kata Sharkar lagi. - FMT
 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/pmx-turun-bukan-tanda-umno-terdesak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hantaran Langgar 3r Umno Buat Laporan Polis Terhadap Pesuruhjaya Pas Pahang

Hantaran Langgar 3r Umno Buat Laporan Polis Terhadap Pesuruhjaya Pas Pahang

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 269 hits
Oleh Lokman Noor Adam LAPORAN polis telah dibuat ke atas Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berikutan kenyataan provokasi dan menghina yang membabitkan elemen 3R di media sosial Laporan polis itu telah dilakukan oleh Pengarah Komunika...
Umno Cannot Rest Easy Now Says Bersatu Man

Umno Cannot Rest Easy Now Says Bersatu Man

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 307 hits
Razali Idris and Wan Fahysal Wan Ahmad Kamal find reason to cheer the results of the Pelangai by election today despite a PN defeat PETALING JAYA Perikatan Nasional s loss in the Pelangai by election was still a win in many ways in the eyes...
Enggan Berunding Tanda Pembangkang Ada Muslihat Jatuhkan Kerajaan Sekali Lagi

Enggan Berunding Tanda Pembangkang Ada Muslihat Jatuhkan Kerajaan Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 123 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof menyifatkan pembangkang mempunyai muslihat apabila enggan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan peruntukan wakil rakyat blok itu Belia...
Hati Hati Loh Ini Tanda Tubuh Kamu Kelebihan Gula Darah

Hati Hati Loh Ini Tanda Tubuh Kamu Kelebihan Gula Darah

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 283 hits
Kenali tanda tanda dari tubuh kamu yang bisa jadi itu terjadi karena kelebihan gula darah
Tanda Kucing Bunting Dan Cara Cara Penjagaan Kucing Bunting

Tanda Kucing Bunting Dan Cara Cara Penjagaan Kucing Bunting

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 274 hits
TANDA KUCING BUNTING DAN CARA CARA PENJAGAAN KUCING BUNTING Assalamualaikum Agak lama nak menulis tentang kelahiran pertama puteriku Layla Dahlia Banyak yang ingin dicoretkan di blog sendiri untuk kenangan di masa hadapan Biar tersemat sega...
Umno Declares Victory In Pelangai With Smaller Majority

Umno Declares Victory In Pelangai With Smaller Majority

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 173 hits
Barisan Nasional candidate Amizar Abu Adam of Umno has won the Pelangai by election according to Umno PETALING JAYA Umno has declared victory for Barisan Nasional in the race for the Pelangai state seat after its candidate Amizar Abu Adam s...
Berita Baik Buat Umno Dan Kerajaan Perpaduan

Berita Baik Buat Umno Dan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 175 hits
BN diramal mampu menang PRK DUN Pelangai IDEMenjelang saat pengundi di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai esok hari Institut Darul Ehsan yang sering membuat ramalan tahap sokongan pengundi menjangkakan calon BN Datuk Amizar Abu Adam berupaya m...
Umno Swimming In Pelangai

Umno Swimming In Pelangai

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 242 hits
The coming by election this weekend in Pahang is yet another test for the grand old party Umno at a time when it has been struggling for political support Created in 1986 this rural semi rural constituency a couple of hours outside of Kuala...
Gaji Minimia Nilai Ringgit Ekonomi Dsbnya Bagi Fahaman Pemuda Umno And Dr Mahathir

Gaji Minimia Nilai Ringgit Ekonomi Dsbnya Bagi Fahaman Pemuda Umno And Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 205 hits
Saya terbaca berita berikut ringgit depreciatingMalaysian exports cheaper imports cost morehigher cost of living Umno youth suggesting minimum wage RM2 000 increase cost of production and pricesWe become less competitiveDr M we should fix R...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Pertama Kali Tidur Di Kota Mekah Almukarramah

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah

Ubi Rebus Ikan Masin Cicah Sambal Tumis

Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut Tak Bau Hanyir Langsung

Merindui