Berita Baik Buat Umno Dan Kerajaan Perpaduan


 


BN diramal mampu menang PRK DUN Pelangai - IDE




Menjelang saat pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai esok hari, Institut Darul Ehsan (IDE) yang sering membuat ramalan tahap sokongan pengundi menjangkakan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam berupaya mempertahankan kemenangan Kerajaan Perpaduan di Pelangai.





Menurut kenyataan IDE yang dikeluarkan petang tadi, institut itu meramalkan BN mempunyai kelebihan di sekurang kurangnya 4 Daerah Mengundi (DM), iaitu Machis, Sungai Gapoi, Telemong dan Sungai Perdak di samping kawasan Felda.





Cuma majoriti sama ada tipis atau bergaya setinggi 4,000 undi sebagaimana diperolehi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun pada Pilihan Raya Umum lalu amat bergantung kepada faktor keluar mengundi esok hari.





"Unjuran terbaik bagi BN adalah mengatasi PN dengan kelebihan 33% undi dengan jangkaan BN mendapat 64% undi dan PN mendapat 31% undi.





"Unjuran terendah pula BN memperolehi 10% perbezaan undi dengan PN disebabkan faktor peratusan turun mengundi dan peralihan undi PN kepada BN.





"Namun, dalam senario ini BN masih boleh menang tipis mengatasi PN," kata kenyataan itu.












Bagaimanapun berdasarkan tinjauan masyarakat yang dilakukan IDE, pengundi masih mengharapkan perubahan terhadap isu ekonomi, harga barang dan keperluan hidup bagi isu nasional. Isu tempatan pula masyarakat mahukan penambahbaikan terhadap lampu jalan, jalan dan kemudahan asas yang boleh dijanjikan oleh BN sebagai kerajaan memerintah negeri dan Persekutuan.





Bagi PN pula, gabungan itu dijangka mendapatkan undi generasi muda di Pelangai dengan penguasaan sehingga 55% sokongan.





"Dalam PRK kali ini PN dilihat menumpukan untuk meraih undi di Felda dan beberapa kampung tradisi serta pengundi muda.





"PN mempunyai kelebihan untuk pola pengundian di bawah 40 tahun sekitar 50% - 55%. BN menguasai undi 51 tahun ke atas yang tegar BN. Wujud perbezaan pola pengundian berdasarkan umur bagi undi Parlimen dan DUN bagi kawasan majoriti Melayu," kata kenyataan itu.












Manakala bagi undi masyaraat Felda, IDE berkata, BN menguasai keseluruhan sokongan secara purata.





"Wujud 3 kawasan utama Felda di Pelangai iaitu Felda Sungai Kemasul, Felda Chemomoi dan Felda Sungai Kemahal. Pertembungan 3 Felda, majoriti Melayu ini dilihat sengit melibatkan pertembungan PN dan BN. PN mempunyai kelebihan untuk pengundi berumur 40 tahun ke bawah.





"Pengundi di atas 50 tahun masih tegar kepada BN. Namun dalam PRU 15 yang lepas walaupun sengit, BN, menang semua kawasan Felda berkenaan dengan penguasaan lebih 54% undi.





"Bagi kawasan DM Kampung Jawi-Jawi dan Simpang Pelangai, BN masih mendahului undi asas melebihi 51% hingga 71.6% undi," kata IDE lagi.





Masalah yang mungkin dihadapi, menurut instutut itu adalah faktor keluar mengundi rendah sebagaimana ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri Ogos lalu dan dua Pilihan Raya Kecil di Johor pada bulan September.





Bagi kebanyakan PRK, peratusan turun mengundi adalah sekitar 60% - 65%. Manakala pola taburan kaum di Dun Pelangai adalah 74.3% Melayu, 18.2% Cina dan 7.5% India.





Calon BN Datuk Amizar Abu Adam (BN) berdepan saingan tiga penjuru dengan menentang calon PN, Kasim Samat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/berita-baik-buat-umno-dan-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Berjaya Calon Kerajaan Perpaduan

Semoga Berjaya Calon Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 216 hits
Berucap di acara terakhir di kempen saya membantu calon Barisan Nasional untuk Dun Pelangai semalam dengan menegaskan bahawa apa yang dilakukan sedaya upaya kini adalah untuk mengangkat martabat rakyat dan negara Negara ini mesti bergerak s...
Beri Peluang Reformis Tarik Anak Muda Sokong Kerajaan Perpaduan

Beri Peluang Reformis Tarik Anak Muda Sokong Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 134 hits
Gerakan Reformasi yang tercetus 25 tahun lalu pada September 1998 terkenal dianggotai majoritinya oleh anak muda di bawah usia 40an Malah pada ketika itu terdapat juga pelajar sekolah menengah yang tertarik menyokong Reformasi dan sebahagia...
Bukan Apa Pun Saja Nak Gunakan Peluang Nak Burukkan Kerajaan Perpaduan

Bukan Apa Pun Saja Nak Gunakan Peluang Nak Burukkan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 162 hits
Lebai PAS kata bahaya ada ramai MP DAP dalam parlimen Nanti akan buat undang undang yang tak menyebelahi Islam Hakikatnya di DUN Terengganu yang mana PAS PN sapu bersih telah memutuskan pelancong asing dibenarkan berbikini di pantai negeri ...
Prk Pelangai Calon Bn Diarak Penyokong Kerajaan Perpaduan

Prk Pelangai Calon Bn Diarak Penyokong Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 94 hits
Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai Pahang menyaksikan persaingan 3 penjuru di antara calon BN PN dan Bebas Calon BN Datuk Amizar Abu Adam dari UMNO mendapat sambutan meriah daripada para penyokong BN dan Pakatan Harapan yang berkumpul sejak pu...
Menang Di Pelangai Jadikan Tiga Prk Berjaya Dimenangi Calon Kerajaan Perpaduan

Menang Di Pelangai Jadikan Tiga Prk Berjaya Dimenangi Calon Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 175 hits
Sebagaimana dijangka calon BN yang mewakili kerajaan perpaduan Amizar Abu Adam berjaya memenangi PRK Dun Pelangai dengan majoriti 2 949 undi Amizar memperolehi 7 324 undi berbanding calon PN Kassim Samat yang mendapat 4 375 undi manakala ca...
Kemenangan Amizar Tiup Semangat Pada Kerajaan Perpaduan Anwar

Kemenangan Amizar Tiup Semangat Pada Kerajaan Perpaduan Anwar

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 149 hits
malaysiakini comPerdana Menteri DS Anwar IbrahimPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai semalam ...
Nilai Subsidi Ditanggung Kerajaan Mencecah Rm81 Bilion

Nilai Subsidi Ditanggung Kerajaan Mencecah Rm81 Bilion

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 123 hits
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan telah menyasarkan subsidi serta mengurangkan peruntukan adalah tidak benar kerana peruntukan untuk subsidi kepada rakyat telah meningkat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam j...
Kdnk Mengukuh Kerajaan Usaha Tingkat Pelaburan Asing

Kdnk Mengukuh Kerajaan Usaha Tingkat Pelaburan Asing

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 171 hits
Pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar terus mencatatkan prestasi positif bagi tahun ini Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata prestasi ekonomi pada ketika ini mencatatkan pertumbuhan 5 9 dan itu menunjukkan...
Ini Rational Kalau Serbu Pejabat Kerajaan Ada Lak Yang Terasa

Ini Rational Kalau Serbu Pejabat Kerajaan Ada Lak Yang Terasa

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 103 hits
Ini memang betul SPRM serbu kilang dan gudang Bukan serbu pejabat kerajaan Sejak bila kilang dah jadi pejabat kerajaan Kalau serbu kilang pun nak dikira tindakan politik macamana kita nak banteras salah laku rasuah dan penyelwengan Rasional...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apakah Sebaik Baiknya Manusia