Tanda Kucing Bunting Dan Cara Cara Penjagaan Kucing Bunting


TANDA KUCING BUNTING DAN CARA-CARA PENJAGAAN KUCING BUNTING| Assalamualaikum. Agak lama nak menulis tentang kelahiran pertama puteriku, Layla Dahlia. Banyak yang ingin dicoretkan di blog sendiri, untuk kenangan di masa hadapan. Biar tersemat segala memori. Bila, di mana, siapa, kenapa. Ha senang nak recall balik nanti. Kadang-kadang kita ni terlupa, gambar di handphone pula hilang. 
Ok, kembali ke tujuan cerita. Kisah mama muda, Layla Dahlia.
Puteriku mengandung!






Untuk pengetahuan, Layla Dahlia ni anak ketiga Cik Rose selepas Kitty dan Muffin. Puteri Ieja, manja dan lincah. Mulut dia memang ramah! hihi. Bila satu tahap, Layla dah dewasa, Layla nak kahwin! Ieja is nervous. Macam mana ni? Nak kahwinkan dengan siapa. Abang Kitty dan Muffin cannot. 
Bila usia Layla dah menginjak ke 1 tahun 6 bulan, Cik Rose dah tak boleh bertangguhlah. Bimbang kalau disekat-sekat, akan ada penyakit yang menyinggah. Usia Layla tu sebenarnya kalau ikutkan memang dah lebih dari boleh kalau nak jadi mama. Tapi, pada Cik Rose ni, Layla tetap baby girl Ieja. hihi. Di mata Ieja, Layla masih kecil. hihi. 


Pada pertengahan bulan Mac 2023, suami Cik Rose carikan menantu. hihi. Comel je. Jadinya, pada 19 Mac 2023 hari pertama Jebat di rumah. Wah nama tak nak kalah tau. Jebat! Memang nama dia Jebat ye. Padanlah dengan Layla. Cinta Layla Majnun. Eh, termengarut pulak. hihi. Jebat gagah dan handsome, berbaka British Short Hait (bicolor) disatukan dengan Layla Dahlia, berbaka British Long Hair. 


Hari pertama dan kedua di rumah, sesi suai kenal. Duduk dalam sangkar berasingan. Layla ni nampak je kecil molek, tapi garang ok. hihi. Ala-ala jual mahal. Princess kan, Memang macam tu. Kakak Cik Rose cakap Layla ni macam diva! hahaha. Muka berlagak. Kalau berjalan, ekornya naik atas dan berkibar kiri kanan. hihi. 


Jebat di rumah Cik Rose hingga 23 Mac 2023. Selepas tu, kehidupan Layla seperti biasa. Bulan April 2023, awal Ramadan kami balik kampung(Kedah). Biasalah balik kampung semua anak-anak pun ikut balik juga. Balik semula ke Johor, suami Cik Rose perlu bertugas di luar selama sebulan. Tinggallah Cik Rose bersama anak-anak. 

Pada 13 April 2023, Layla muntah! Cik Rose is risau. Risau kalau Layla tak sihat. Masa tu tak terfikir langsung yang Layla mungkin mengandung. Serius memang tak fikir masa tu. 
18 April 2023, Cik Rose balik kampung naik bas. Balik Raya Aidilfitri. Tinggallah anak-anak di rumah. Terima kasih buat kawan suami yang datang rumah menjaga mereka sepanjang Cik Rose di kampung. 



25 April 2023, Cik Rose kembali semula ke rumah, juga menaiki bas. Cik Rose pelik, Layla ni kerap makan dan banyak tidur. Selalunya Layla ni kalau makan ada waktu-waktunya. Tapi, sejak dua menjak ni dia kerap makan, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. 


27 April 2023, Layla baring terlentang. Cik Rose terperasan puting dia timbul dan ada putih-putih sikit. Eh terdetik dalam hati, susu dia ke tu? Bukan main seronok, ambil gambar dan hantar pada suami. Tak sabar nak tunggu suami balik. Nak comfirmkan betul ke Layla ni mengandung? 

02 Mei 2023, detik bersejarah buat Layla. Suami Cik Rose bawa Layla ke Klinik Veterinar. Doktor pun scan, dan Alhamdulillah Layla mengandung. Tahniah princess Ieja. Layla bakal jadi mama muda. Ieja is happy. Doktor cakap Layla dah boleh tukar makanan jenis mother and baby. Untuk nutrisi Layla dan juga baby4 Layla. Kami belikan Royal Canin Mother & Baby. Bagusnya Layla ni, dia makan je. Tak cerewet. 



Mula dari hari tu, jenuhlah Cik Rose dok  mengira hari. Sambil meng-goggle tempoh kucing mengandung. Cik Rose doa agar Layla nak bersalin nanti ada orang kat rumah. Jangan sorang-sorang. Perut Layla semakin besar, Layla semakin berselera nak makan. Alhamdulillah.
Ok, kita stop cerita perjalanan Layla mengandung. Di entry akan datang Cik Rose akan kongsikan detik-detik Layla beranak pula. 



Di sini, Cik Rose kongsikan tanda -tanda kucing mengandung / bunting. Yelah, untuk yang dah ada pengalaman mesti dah tahu. Namun, untuk yang tiada pengalaman macam Cik Rose ni, mesti tercari-cari info kan. Penting untuk kita tahu supaya kita boleh buat persediaan yang sewajarnya.

Tanda Kucing Bunting Atau Mengandung
1. Kucing anda terlebih mesra
-Sikap kucing yang terlebih manja. Kalau kucing bunting ni, ia mahukan perhatian yang lebih dari biasa. Kucing bunting akan mula manja dengan pemiliknya, minta dibelai. Kucing bunting juga akan lebih kerap menggesel-gesel badannya kepada kita. (Yes, ini memang benar. Layla ni dah semula jadi manja, bila dia mengandung bertambah kemanjaan dia tau. Suka bersembang, Cik Rose melayan sahaja. Dia meow, kita pun tanya kenape ni. Dia meow lagi, Cik Rose pun jawab lagi. Ha begitulah. Sampai suami Cik Rose pun terima sahaja sikap Cik Rose. Mula-mula je dia cakap, macam faham je. Tapi, lama-lama dia pun ok dengan cara Cik Rose. hihi.)
2. Kucing lebih banyak berada di rumah
-Kucing bunting tidak suka berlegar-legar di luar rumah. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur atau berehat di dalam rumah. Kucing juga tidak berminat lagi untuk 'mencari' kucing jantan. (Ini Cik Rose tak dapat nak pastikan. Sebabnya Layla ni fully indoor. Jadi, memang Layla duduk dalam rumah sahaja. Cuma Cik Rose perasan, Layla banyak tidur dan dia pilih kawasan dia nak tidur tu. Dia tak suka tidur dekat dengan kucing-kucing lain. Dia akan tidur atas meja atau di satu sudut lantai.)



3. Putingnya bertukar warna dan bengkak
- Selepas 3 minggu hingga 4 minggu, Puting kucing bunting akan berubah warna dari merah jambu ke warna kemerahan. Putingnya juga akan sedikit membenkak dan lebih besar dari biasa. Kira perubahan seperti perempuan mengandung. (Ya, inilah detik-detiknya Cik Rose tahu Layla mengandung. Puting dia bertukar warna dan membengkak.)
4. Berat badan kucing bertambah
-Bermula selepas minggu ke-4, kucing anda nampak gemuk dari dari biasa. ini adalah kerana kucing bunting mula bertambah selera makan dan diminum. (Layla ni jenis yang slim, bila ada perubahan fizikal dia, memang kita akan perasan. )
5. Kucing Sentisa lapar
- kucing 2 minggu awal, kucing seperti hilang selera makan. Loya tekak agaknya. Tetapi selepas minggu ke-3, kucing bunting akan sentiasa berselera untuk makan. Kucing akan meminta makanan dengan lebih kerap. Anda perlu menambah makanan kucing lebih dari biasa bagi menampung peningkatan selera makan kucing bunting anda. (Comel je. hihi. Inilah yang terjadi pada princessku, Layla.)


Berapa tempoh kitaran kucing mengandung/ bunting? Ini penting. Cik Rose sendiri pada awalnya tak tahu. Berapa bulan ye kucing mengandung? Tahu tempohnya pendek, tapi berapa lama? Bila kita tahu tempohnya kita dah boleh buat persediaan kelengkapan untuk anak-anak bulus kita nak beranak. Contohnya, tempat, susu, makanan dan lain-lain.


Tempoh Kucing Bunting
Perkara yang pertama sekali, anda perlu tahu tempoh kucing mengandung. Ini amat berbeza daripada tempoh manusia mengandung.
Kebiasaannya, tempoh kucing bunting adalah selama 9 minggu atau 63 ke 65 hari. Jadi, pastikan anda sudah menyediakan segala keperluan untuk kucing bersalin dan anak kucingnya 2 minggu sebelum ia bersalin.


Nak menjaga kucing yang mengandung / bunting pun perlukan ilmu juga. Macam Cik Rose ni, nervous juga pada awalnya nak menjaga Layla. Apa yang nak buat. Kena bawa ke klinik ke? Layla boleh makan macam biasa ke? Normal ke kalau Layla banyak tidur? Semua tu bermain di minda ni. 


Tentang bawa ke klinik, terpulanglah nak bawa atau tidak. Macam Cik Rose, ni pengalaman pertama dan Layla pula fully indoor, jadi Cik Rose rasa perlu untuk kami bawa ke klinik. Sesetengah orang yang dah ada pengalaman sedemikian, mereka tak bawa ke klinik. Terpulang yer. 




Cara Penjagaan Kucing Bunting
Dalam bahagian ini, dijelaskan cara-cara menjaga kucing bunting supaya kita boleh bersiap sedia dengan lebih awal. Berikut adalah pantang-larang penjagaan kucing bunting.


Bawa kucing ke klinik haiwan
Jika kucing anda telah menunjukkan tanda-tanda mengandung, anda harus membawanya untuk pemeriksaan ke klinik haiwan . Melalui pemeriksaan yang teliti, doktor akan mengesahkan tempoh kehamilan atau jika terdapat sebarang komplikasi terhadap kandungan ibu kucing itu.
(Kami bawa Layla ke klinik untuk pengesahan mengandung)


Tukar makanan kucing bunting
Semasa kucing mengandung, ia memerlukan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi. Anda boleh menukar makanan ibu kucing tersebut dengan makanan anak kucing kerana makanan ini mengandungi nutrisi yang tinggi berbanding dengan makanan kucing dewasa. Lagipun, ibu kucing akan makan dengan lebih banyak dan makanan kucing yang lembut ini akan menyenangkan penghadaman untuk kucing bunting.
(Atas nasihat doktor, kami tukarkan makanan Layla.)





Sediakan bekalan air minuman
Sepanjang tempoh kucing membunting, ianya adalah amat penting untuk memastikan kucing mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Semakin besar kandungan kucing tersebut, semakin susah untuk ia bergerak dengan aktif. Jadi, sediakan bekalan air di sekitar ruangan rumah untuk memudahkan ibu kucing meminum air.
(Bekas air yang bersih sentiasa Cik Rose sediakan. Oh ya, kesemua anak-anak bulus Cik Rose, minum dalam cawan)


Sediakan pasir kucing yang banyak
Seperti manusia, kucing yang mengandung akan kencing dengan kerap disebabkan tekanan pada pundi kencingnya. Untuk membantu kucing anda, sediakanlah lebih banyak litter box di seberapa banyak tempat untuk kucing ini kencing. Ini akan menyenangkan kucing anda dan boleh mengelakkannya daripada kencing di merata-rata tempat di rumah. 
(Layla tak buat perangai. Dia memang displin bab-bab membuang ni. Rezeki kami, Alhamdulillah)


Ok, jelas tak info yang Cik Rose kongsikan ni? Moga membantu ibu-ibu dan ayah-ayah anak bulus yang pertama kali menjalani tempoh mengandung.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2023/09/tanda-kucing-bunting-dan-cara-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Fakta Cara Dan Tips Penjagaan Bunga Siti Zubaidah

Ketahui Fakta Cara Dan Tips Penjagaan Bunga Siti Zubaidah

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 268 hits
Siapa yang tak kenal dengan Bunga Siti Zubaidah bunga yang pernah tular kerana mekar dan warnanya yang cantik Tak hairahlah ramai yang mencari dan menanamnya di halaman rumah Bunga Siti Zubaidah turut dikenali sebagai Bunga Tiga Bulan Hal i...
Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Kereta Guna Serbuk Nescafe Saja Korang Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 254 hits
ak dinafikan kereta kalau lama tak dibasuh memang meninggalkan bau yang kurang enak Apa lagi kalau banyak terkesan kesan tumpahan makanan ketika dalam perjalanan Bau sisa makanan atau tumpahan air minuman pada kerusi kereta oleh anak anak k...
Siakap Stim Limau Cara Saya

Siakap Stim Limau Cara Saya

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum Dah lunch ke tu Hari LM buntu tak tau nak masak apa Maka kebetulan memang ada stok ikan siakap 3 ekor dan simpan terus saja LM buat ikan siakap stim limau style saya la Hehe Ikut tekak sedapnya kalau dapat yang pedas pedas T...
Ramai Tak Tahu Cara Tanam Terung Tepi Rumah Agar Berbuah Lebat

Ramai Tak Tahu Cara Tanam Terung Tepi Rumah Agar Berbuah Lebat

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 210 hits
Sesiapa pun boleh manfaatkan kawasan laman rumah yang terhad untuk melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga Paling mudah mencuba untuk menanam sebatang dua pokok terung seperti mana yang dilakukan oleh Encik Azuan Abdullah ini Siapa san...
Cara Org Berpolitik Bekerja

Cara Org Berpolitik Bekerja

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 136 hits
Norman Radzuan Pemimpin UMNO bekerja perlu dipelajariSaya suka cara wakil rakyat UMNO Onn Hafiz Johan Aziz dan Dr Akmal Saleh selesaikan masalah rakyat Selalu saya lihat di Tik Tok content mereka melintas Mereka terus hubungi pihak berwajib...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita