Pmx Lakukan Kunjungan Di Sime Darby


 



Hari ini melakukan lawatan kerja ke Sime Darby Plantation Bhd di Pulau Carey, Selangor. SD Plantation adalah syarikat peladangan bersepadu dengan pemilikan majoriti oleh Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) dan kini merupakan pengeluar minyak sawit mampan bertauliah terbesar di dunia. Operasi dan produk SD Plantation kini berada di 90 buah negara dengan kekuatan sebanyak 87,000 orang pekerja.


Dalam lawatan ini, saya telah diperlihatkan potensi transformatif mekanisasi, automasi serta digitalisasi kepada sektor perladangan sawit. Ini termasuk penggunaan teknologi dan jentera terbaru perladangan seperti robot pengutip buah sawit terlerai berautonomi serta jentera-jentara pengaplikasi baja yang dibangunkan oleh kepakaran dalaman syarikat tersebut. SD Plantation juga sedang merintis teknologi canggih yang dilengkapi dengan AI dan pembelajaran mesin untuk mengurangkan pergantungan sektor ini kepada kerja-kerja yang dilakukan secara manual dan seterusnya menarik minat lebih ramai lagi bakat-bakat muda tempatan untuk melibatkan diri dalam industri sawit Negara.  


Saya berbangga tatkala dimaklum wujudnya teknologi-teknologi di pusat operasi Sime Darby Plantation yang diusahakan anak watan.


Salah satu daripada syarikat tempatan tersebut ialah eMooVit Technology Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat teknologi tinggi Malaysia yang mengkhusus dalam teknologi kenderaan ‘autonomous’ dan robotik. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, eMoovit memfokuskan pelaksanaan penyelesaian peirisian teknologi swa-pandu yang berdasarkan komponen industri, yang mengubah kenderaan menjadi kenderaan swa-pandu yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk pengangkutan titik awal/akhir, logistik dan pertanian.


Dalam usahasama dengan Sime Darby Plantation, eMooVit telah memajukan pelbagai teknologi termasuk ‘Autonomous Mechanical Buffalow Grabber (AMBG)’, yakni sebuah kenderaan tanpa pemandu untuk mengutip kelapa sawit.


Satu lagi syarikat pemula tempatan yang menjadi rakan kerjasama Sime Darby Plantation ialah Braintree Technologies Sdn Bhd. Saudara Arif Makhdzir, yakni Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BrainTree, telah menimba pengalaman kerja sebagai jurutera komputer dengan AMD Inc di Kanada sebelum pulang ke tanah air untuk mencurah bakti. Braintree telah membantu Sime Darby Plantation untuk membina penyembur baja autonomi bagi memastikan proses pembajaan dilakukan dengan cekap dan tepat.


Seperti diilhamkan menerusi kerangka Ekonomi MADANI, saya amat berharap Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan menggembleng tenaga dan dana serta berkongsi minda dengan syarikat-syarikat pemula bagi memastikan mereka berkembang ke persada antarabangsa dan mencapai potensi yang maksimum.


Kerajaan pastinya akan menekankan koordinasi rantaian pembangunan teknologi peladangan bagi mempercepat transformasi peladangan negara. Terkait dengan dasar buruh negara, saya menyeru SD Plantation untuk menjadi pendukung dan pelopor kepada usaha Kerajaan dalam mengurangkan kebertanggungan kepada buruh asing. Disasarkan agar pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan ini menjadi contoh ikutan kepada pekebun-pekebun kecil pada masa akan datang.


#MalaysiaMADANI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/pmx-lakukan-kunjungan-di-sime-darby.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Are Detractors Silent About Pmx S Latest Saudi Trip To Attend Wef After Whipping Up A Storm On His Maiden Trip

Why Are Detractors Silent About Pmx S Latest Saudi Trip To Attend Wef After Whipping Up A Storm On His Maiden Trip

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 356 hits
AN observant netizen has teased the opposition Perikatan Nasional camp for not kicking up a fuss about Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s recent departure under the personal invitation from Saudi Crown Prince and PM Mohammed bin Salm...
Pmx Di Riyadh Hadiri Forum Khas Ekonomi Sedunia

Pmx Di Riyadh Hadiri Forum Khas Ekonomi Sedunia

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 132 hits
Alhamdulillah selamat tiba ke Riyadh Arab Saudi bersama delegasi Malaysia malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia selama dua hari sehingga Isnin Saya disambut Menteri Luar Negeri Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Ha...
Mat Salleh Dipenjara 6 Tahun Kerana Lakukan Amang Seksual Ke Atas Atlet Sukma

Mat Salleh Dipenjara 6 Tahun Kerana Lakukan Amang Seksual Ke Atas Atlet Sukma

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 163 hits
Zatul Iffah Zolkiplyzatuliffah hmetro com myKuala Terengganu Bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap atlet Sukan Malaysia Keputu...
Lakukan Modifikasi Cuaca Bnpb Dukung Tanggap Darurat Bencana Sumatera Barat

Lakukan Modifikasi Cuaca Bnpb Dukung Tanggap Darurat Bencana Sumatera Barat

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 110 hits
BNPB berkoordinasi dengan BMKG TNI AU Pemprov Sumatera Barat dan pihak pihak terkait lainnya
Kenali Pmx

Kenali Pmx

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 133 hits
Abdul Rauf Alhamdulillah saya sempat berkunjung ke Istana Yamamah di Riyadh untuk bertemu Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud sebelum berangkat pulang ke tanah air Kunjungan ini menutup la...
Pmx Penjawat Awam Pemalas Datang Lewat Tidak Layak Terima Kenaikan Gaji

Pmx Penjawat Awam Pemalas Datang Lewat Tidak Layak Terima Kenaikan Gaji

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 285 hits
MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUADPUTRAJAYA Perdana Menteri memaklumkan kepada mana mana penjawat awam yang mempamer prestasi tidak baik pemalas serta lewat ke kerja tidak layak menerima kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumum Datuk Seri Anwar I...
Walaun Tak Pandai Matematik Dia Bandingkan Rm Zaman Yiddin Dan Usd Zaman Pmx

Walaun Tak Pandai Matematik Dia Bandingkan Rm Zaman Yiddin Dan Usd Zaman Pmx

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 202 hits
Pelaburan Microsoft zaman PN vs MADANI Siap ada penyokong pembangkang mai komen kata zaman Muhyiddin lagi tinggi Dia compare RM4Billion zaman Muhyiddin dengan USD2 2 Billion zaman Anwar Mrka tak reti nak tukar matawang USD kepada RM pun mem...
Top 10 Pink Mercedes Benz Cars

Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Capital One To Curb Lounge Access For Some Cardholders

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Warisan Terakhir Kisah Badak Sumbu Sumatera Malaysia

Makan Di Ebraheem Coffee

Hiburan Lelaki Mengganas Kelar Isteri Hingga Maut Sebelum Ke Rumah Keluarga Mentua Bakar Kereta

Resepi Daging Masak Hitam Raya Haji 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Diamond Chains Malaysia A Guide To Timeless Luxury

Bangi Wonderland Tempat Healing Best Sambil Main Air

Ejen Ali The Movie 2 Kini Filem Animasi No 1 Di Malaysia

Msi Ketua Majelis Syuro Al Muzammil Yusuf Presiden Pks

5 Ups Terbaik Bawah Rm200 Untuk Elak Komputer Mati Mengejut

Berang Ditegur Lelaki Pukul Isteri Guna Gitar Elektrik