Kenali Pmx




Abdul Rauf




 Alhamdulillah, saya sempat berkunjung ke Istana Yamamah di Riyadh untuk bertemu Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud sebelum berangkat pulang ke tanah air.






Kunjungan ini menutup lawatan saya ke Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) sejak malam kelmarin.


Perbincangan kami menyentuh soal hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi serta isu-isu serantau. Saya zahirkan penghargaan terhadap kepemimpinan yang dipamerkan Kerajaan Arab Saudi terkait urusan hal ehwal umat Islam, termasuk dalam konflik Palestin-Israel.






Saya lontarkan pandangan betapa seluruh negara Arab dan negara-negara Islam, khususnya Arab Saudi perlu senada dan tegas dalam menuntut keadilan buat rakyat Palestin dengan memastikan Israel diheret ke muka pengadilan atas segala jenayah dan kezaliman di luar batas kemanusiaan yang dilakukan terhadap Palestin sejak puluhan tahun.


Di samping terus memperjuangkan hak perlindungan dan akses bantuan kemanusiaan, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin, yang menjadi punca utama konflik ini berpanjangan.


Perbincangan kami turut menyentuh hubungan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara. Saya maklumkan kesediaan Malaysia untuk bersama-sama dalam Visi 2030 Arab Saudi dengan meneroka ruang kerjasama baharu, terutama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan hidrogen.






Saya juga mengalu-alukan kehadiran pelabur-pelabur dari Arab Saudi ke Malaysia untuk meneroka potensi pelaburan dalam projek bernilai tinggi seperti ekonomi digital dan hijau, kecerdasan buatan (AI), tenaga bersih, pertahanan, elektrik dan elektronik serta aeroangkasa.


Saya maklumkan Malaysia sudah bersedia untuk mempengerusikan ASEAN tahun depan, termasuk menganjurkan Sidang ASEAN-GCC-China.


Penghargaan turut saya berikan kepada Kerajaan Arab Saudi yang bermurah hati memperuntukkan 31,600 kuota haji untuk Malaysia tahun ini.


Di akhir pertemuan, saya mengulangi jemputan buat Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia sesegera mungkin.


Saya percaya lawatan kali ini telah memperkukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi, di samping membuka pelbagai potensi pelaburan yang bakal menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/kenali-pmx.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 430 hits
PAKATAN Harapan should never throw caution to the wind by being hastily influenced or carried away by the campaign to free or lighten the sentence of incarcerated former premier Datuk Seri Najib Razak or any other heavenly caste criminals T...
Pmx Tegaskan Titah Adendum Tidak Sah Sebab Tak Diputus Dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan

Pmx Tegaskan Titah Adendum Tidak Sah Sebab Tak Diputus Dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 222 hits
Meneliti kenyataan PMX sebagaimana dilaporkan Berita Harian apa yang dapat disimpulkan ialah sebarang keputusan mengenai titah adendum oleh Agong ke 16 berhubung tahanan rumah kepada Najib Razak hanya dianggap sah jika ia diputuskan oleh me...
Terkini Akhirnya Presiden Mic Telah Menghubungi Ds Anwar Pmx

Terkini Akhirnya Presiden Mic Telah Menghubungi Ds Anwar Pmx

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 245 hits
Pengerusi PH Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa salah satu parti komponen BN akan memboikot gerakan kempen parti kerajaan yang cuba mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini Kata Anwar pemimpin tertinggi MIA SA Vigneswaran ...
Tuduhan Tidak Bermoral Pmx Amk Pulau Pinang Selar Adun Pas

Tuduhan Tidak Bermoral Pmx Amk Pulau Pinang Selar Adun Pas

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 184 hits
Oleh Abdullah Zaid Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang menyelar sikap biadap oleh seorang ADUN Pas yang mendakwa Perdana Menteri sebagai peliwat Ketuanya berkata sikap tidak bermoral ADUN Permatang Pasir Amir Hamzah Abdul Hashim Md Hashim i...
Pmx Mengiringi Ydp Agong Ke Jamuan Hari Raya

Pmx Mengiringi Ydp Agong Ke Jamuan Hari Raya

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 381 hits
Hari ini saya mengiringi Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berkenan berangkat memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya Usai tiba kami terus menyantuni tetamu bertegur sapa dan bergambar be...
Pmx Di Riyadh Hadiri Forum Khas Ekonomi Sedunia

Pmx Di Riyadh Hadiri Forum Khas Ekonomi Sedunia

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 152 hits
Alhamdulillah selamat tiba ke Riyadh Arab Saudi bersama delegasi Malaysia malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia selama dua hari sehingga Isnin Saya disambut Menteri Luar Negeri Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Ha...
Why Are Detractors Silent About Pmx S Latest Saudi Trip To Attend Wef After Whipping Up A Storm On His Maiden Trip

Why Are Detractors Silent About Pmx S Latest Saudi Trip To Attend Wef After Whipping Up A Storm On His Maiden Trip

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 404 hits
AN observant netizen has teased the opposition Perikatan Nasional camp for not kicking up a fuss about Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim s recent departure under the personal invitation from Saudi Crown Prince and PM Mohammed bin Salm...
Meet The Vespa 787b A Vivid Tribute To The Mazda That Won Le Mans

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie

Kenangan Zaman Kanak Kanak Di Kampung Tandak Machang

How Do You Feel About Travel Right Now We Want To Hear From You

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Lepas Jawab Soklan Bodo Pembangkang Pm Anwar Berlepas Ke Korea Semalam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padah Hantaran Jelik Kakitangan Rhb Tamat Perkhidmatan

Mengupah Servis Tukang Rumah Untuk Kerja Reno Di Rumah Anda

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Beyond Oil Palm Sector Finds New Value In Bio Mass And Sustainability

Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Breaking The Silence Speaking Out On Domestic Violence Against Males