Pm Umum 7 Inisiatif Tambahbaik Kehidupan Peneroka Felda




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengumumkan 7 lagi inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk menambahbaik atau meningkatkan kualiti hidup para peneroka Felda di seluruh negara.
Inisiatif itu, katanya, melengkapi pengumuman pemansuhan sehingga 80% hutang para peneroka Felda yang telah pun diluluskan oleh kerajaan pada bulan lalu.
“Kerajaan akan menjadikan Felda sebagai peneraju transformasi digital menerusi program Digital Madani bagi memperkasa ekonomi gig. Program dengan kerjasama MDEC ini akan dilaksanakan di 30 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang dikenal pasti di seluruh negara serta program jangka panjang di Kolej Yayasan Felda di Kelana Jaya.
Bbagi terus meningkatkan kualiti hidup warga peneroka di kawasan rancangan Felda pula, Kerajaan bersetuju untuk
menanggung perbelanjaan kos operasi bagi 37,012 lampu jalan di rancangan Felda seluruh negara. Ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM7.7 juta setahun.
“Kerajaan juga akan menyediakan infrastruktur kesihatan yang lebih komprehensif buat warga peneroka dengan membina 12
buah Pusat Hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah Felda dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda di Kelana Jaya.
“Pembinaan pusat dialisis ini dijangka dapat memberi manfaat dan meringankan beban hampir 2,000 pesakit di kawasan rancangan Felda yang selama ini terpaksa menempuh perjalanan sehingga dua jam bagi mendapatkan rawatan dialisis,” kata PM dalam majlis sambutan Hari Peneroka Felda di 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor petang tadi.
Selain itu, bagi menjamin aspek penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk peneroka asal yang telah berumur, ujar PM, Kerajaan akan memperkenalkan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) sebanyak RM300 bagi warga peneroka berumur 65 tahun ke atas dengan peruntukan keseluruhan RM21.21 juta yang bakal memberi manfaat kepada 70,715 peneroka
Kerajaan juga kata PM tidak meminggirkan warga peneroka yang berada di Sabah. Sejak Julai 2021, Felda telah membelanjakan hampir RM128 juta bagi penjanaan tenaga serta rawatan dan pembekalan air bersih di Kompleks Sahabat, Umas dan Kalabakan.
“Sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan saya mengumumkan subsidi diesel berjumlah RM36 juta setahun ditampung oleh Kerajaan bagi operasi penjanaan tenaga dan rawatan air yang akan memberi manfaat kepada hampir 43 ribu penduduk di kawasan tersebut.
“Manakala bagi membantu menyelesaikan isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai, Kerajaan akan
menyediakan peruntukan sewajarnya bagi segera menyiapkan baki 283 unit perumahan PGBF,” katanya.
Agenda ketujuh, tambah Anwar, adalah cadangan mempertimbangkan usaha bagi membantu peneroka getah beralih kepada tanaman komoditi lain seperti sawit, kelapa atau yang bersesuaian tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri masing-masing.
The post PM umum 7 inisiatif tambahbaik kehidupan peneroka Felda first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36529?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pm-umum-7-inisiatif-tambahbaik-kehidupan-peneroka-felda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan

Kenyataan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 317 hits
KENYATAAN KETUA PENEROKA FELDA KEBANGSAA Sebagai ketua Peneroka Kebangsaan Felda saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar 1 Penghapusan hutang2 Peneroka adalah PERJUANGAN wakil2 Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka yan...
Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 330 hits
Mohd Nor Suparman menunjukkan penyata hutang yang menyatakan hutangnya telah dihapuskan oleh Felda KEPUTUSAN kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah ...
Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo

Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 311 hits
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpandangan pelbagai hadiah diumumkan kerajaan minggu lalu tidak menjamin sokongan peneroka muda Felda kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Maz...
Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 270 hits
MalaysiakiniLangkah kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dilihat mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka Ket...
Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda

Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 296 hits
Polemik atau perbahasan di media sama ada media cetak mapupun media sosial berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri iaitu Kelantan Terengganu Kedah Pulau Pinang Selangor dan Neger...
Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 374 hits
freemalaysiatoday com 08 Jul 2023 2 30pmSebelum ini perdana menteri dilaporkan berkata pentadbiran Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda Muhyiddin Yassin menegaskan dengan pembohongan yang terbaru in...
Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Iphone 17 Pro Vs Xiaomi 17 Pro Persamaan Perbezaan Siapa Patut Beli

Budi 95 Lesen Sg Subsidi Ron95 Untuk Pemegang Lesen Singapura

Khalifah Owh Ila Namanya Chord

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Doa 18 Oktober 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tukar Sekolah Anak Langkah Mudah

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Digosipkan Dengan Nora Danish Mickey Ayo Rupanya Ada Lamborghini

Apa Maksud Alam Dan Dimensi

Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting