Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo



(FMT) – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpandangan pelbagai “hadiah” diumumkan kerajaan minggu lalu tidak menjamin sokongan peneroka muda Felda kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata walaupun sebahagian besar lega terutamanya berkaitan pelupusan hutang RM8.3 bilion yang berlarutan lebih 15 tahun, namun masih banyak perlu dilakukan untuk meyakinkan orang muda.
“Ia mungkin tetapi bergantung ‘political will’ (keazaman politik) kerajaan dalam meyakinkan pengundi terutamanya orang muda,” katanya kepada FMT.
Pada sambutan Hari Peneroka Felda, 7 Jul lalu, Anwar mengumumkan peruntukan awal hampir RM1 bilion setahun bagi tempoh 10 tahun untuk meneruskan pembayaran sukuk Felda yang tertangguh oleh kerajaan sebelum ini.
Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) membabitkan peruntukan RM21.21 juta, pembinaan pusat hemodialisis (RM21 juta), penyelenggaraan kos operasi lampu jalan (RM7.7 juta) dan subsidi diesel untuk Felda di Sabah (RM36 juta).
Beliau juga mengumumkan program Digital Madani, penyelesaian isu Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dan bantuan untuk peneroka beralih ke komoditi lain.
Mazlan bagaimanapun ralat kerana tiada penjelasan berhubung hala tuju 70% generasi kedua hingga kelima Felda yang harus diberikan peluang mengetuai organisasi itu pada masa depan.
“Ia merangkumi peralihan kepimpinan dari kalangan warga Felda sendiri, dengan erti kata lain ‘pemimpin luar’ menjadi pengerusi dan pengarah besar Felda ditamatkan kontrak dalam masa dua tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Suara Generasi Baru Felda (SGBF), A Rashid Ridha Muhamad berkata kerajaan sepatutnya berusaha menambah pendapatan peneroka yang kebanyakannya dalam kategori B40.
“Peneroka tidak hairan dengan apa yang diberi seperti pusat dialisis, lampu jalan dan digital kerana itu sudah menjadi tanggungjawab pihak yang mentadbir kerajaan,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/07/12/hadiah-anwar-tak-jamin-tarik-sokongan-peneroka-muda-felda-kata-ngo/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 314 hits
freemalaysiatoday com 08 Jul 2023 2 30pmSebelum ini perdana menteri dilaporkan berkata pentadbiran Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda Muhyiddin Yassin menegaskan dengan pembohongan yang terbaru in...
Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 159 hits
MalaysiakiniLangkah kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dilihat mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka Ket...
Kenyataan Seksis Anwar Kepada Pelajar Disalah Tafsir Kata Fadhlina

Kenyataan Seksis Anwar Kepada Pelajar Disalah Tafsir Kata Fadhlina

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 150 hits
PETALING JAYA Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim daripada tuduhan bahawa beliau membuat komen seksis kepada seorang pelajar Tingkatan Enam yang mengambil bahagian dalam forum awam Apabila diminta ...
Selepas Buat Lawatan Mengejut Ke Klia Anwar Jamin Isu Menteri Dan Imigresen Akan Dibincang Rabu Ini

Selepas Buat Lawatan Mengejut Ke Klia Anwar Jamin Isu Menteri Dan Imigresen Akan Dibincang Rabu Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 171 hits
URUSAN dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah terkawal kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu ...
7 7 23 Kisah Bagaimana Anwar Selamatkan Felda Lim Kit Siang Bak

7 7 23 Kisah Bagaimana Anwar Selamatkan Felda Lim Kit Siang Bak

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 182 hits
Kisah bagaimana anwar selamatkan Felda mentadbir negeri mereka sendiri 1 billion pun tak mampu selesaikan PEmbangkang gagal jadi pembangkang yang baik Hanya tahu sebar fitnah Lim kit siang bakal saman Annuar Musa
Ngo Suri Rumah Rahmah Malaysia Persatuan Sokongan Khas Buat Kaum Wanita Bergelar Suri Rumah

Ngo Suri Rumah Rahmah Malaysia Persatuan Sokongan Khas Buat Kaum Wanita Bergelar Suri Rumah

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 440 hits
Suri rumah rahmah yang saya maksudkan ini bukan menu rahmah atau apa apa berkaitan tajuk rahmah yang digunakan dalam kerajaan madani sekarang ni tahu Sebenarnya yang saya maksudkan pada posting ini ialah sebuah persatuan wanita yang menyoko...
Anwar K Jaan Akan Salur Rm10 Bilion Melalui Terbitan Sukuk Ke Felda

Anwar K Jaan Akan Salur Rm10 Bilion Melalui Terbitan Sukuk Ke Felda

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 153 hits
MalaysiakiniKerajaan akan meneruskan dana pembiayaan sukuk Felda yang tertangguh sebelum ini dengan menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun untuk 10 tahun akan datang kepada Felda Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan ...
Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 271 hits
Mohd Nor Suparman menunjukkan penyata hutang yang menyatakan hutangnya telah dihapuskan oleh Felda KEPUTUSAN kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur