Anwar Bohong Tentang Pelupusan Hutang Peneroka Felda Kata Muhyiddin


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters 08 Jul 2023, 2:30pm

Sebelum ini perdana menteri dilaporkan berkata pentadbiran Muhyiddin Yassin gagal melaksanakan inisiatif melupuskan hutang peneroka Felda.
Muhyiddin Yassin menegaskan ‘dengan pembohongan yang terbaru ini’ semakin jelas Anwar Ibrahim tidak layak kekal menjadi perdana menteri.
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbohong mengenai usahanya melupuskan hutang peneroka Felda.

Pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang semalam, Anwar berkata, pentadbiran Muhyiddin sebelum ini mengumumkan akan melupuskan RM8.3 bilion pinjaman yang diberikan kepada peneroka Felda, tetapi langkah itu tidak pernah dilaksanakan.

Di Facebook hari ini, Muhyiddin berkata: “Anwar menuduh saya tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda. Ini satu pembohongan besar.

“Pelupusan hutang peneroka Felda telah pun dilaksanakan ketika saya menjadi perdana menteri. Hal ini disahkan sendiri oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Feb 2023, (yang menyatakan) pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada 2021.

“Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai Felda, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan.”

Dalam jawapan bertulis Parlimen pada 23 Feb, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah menghentikan inisiatif yang dimulakan oleh pentadbiran Muhyiddin untuk melupuskan sebahagian hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Katanya, kerajaan tidak akan dapat meneruskan inisiatif itu kerana ia membawa “impak besar” terhadap kewangan Felda.

Pada Julai 2021, Muhyiddin mengumumkan kerajaannya bersetuju melupuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Beliau dilaporkan berkata, inisiatif pelupusan hutang itu akan mengurangkan beban peneroka sebanyak kira-kira 80%, dan ia diperlukan agar Felda dapat membina dirinya semula dan membolehkannya setanding dengan ladang antarabangsa lain.

Muhyiddin hari ini berkata, bekas pengerusi Felda Idris Jusoh juga mengeluarkan kenyataan pada 24 Feb yang mengesahkan bahawa RM8.3 bilion daripada jumlah hutang peneroka Felda sebanyak RM12.1 bilion telah dilupuskan pada 2021.

Langkah ini memberikan impak yang besar terhadap aliran tunai Felda, katanya.

“Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji. Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar,” katanya.

“Dengan pembohongan yang terbaru ini, semakin jelas Anwar bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi perdana menteri.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/anwar-bohong-tentang-pelupusan-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

Penyata Tahunan Bukti Pelupusan Hutang Peneroka Felda Sudah Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 310 hits
Mohd Nor Suparman menunjukkan penyata hutang yang menyatakan hutangnya telah dihapuskan oleh Felda KEPUTUSAN kerajaan melupuskan hutang peneroka Felda seperti diumumkan bekas Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021 telah ...
Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo

Hadiah Anwar Tak Jamin Tarik Sokongan Peneroka Muda Felda Kata Ngo

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 277 hits
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan berpandangan pelbagai hadiah diumumkan kerajaan minggu lalu tidak menjamin sokongan peneroka muda Felda kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Maz...
Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

Mansuh 80 Hutang Peneroka Felda Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 207 hits
MalaysiakiniLangkah kerajaan menstruktur semula pinjaman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dilihat mampu memperbaiki aliran tunai agensi itu sekali gus memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kesejahteraan terhadap golongan peneroka Ket...
Menjawab Tohmahan Muhyidin Tentang Hutang Felda

Menjawab Tohmahan Muhyidin Tentang Hutang Felda

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 243 hits
Untuk renungan Sebagai ketua Peneroka Kebangsaan Felda saya tampil untuk menceritakan perkara yg sebenar 1 Penghapusan hutang2 Peneroka adalah PERJUANGAN wakil2 Peneroka di bawah Jawatankuasa Perunding Peneroka yg mana saya sebagai Ketua Pe...
Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda

Polemik Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 279 hits
Polemik atau perbahasan di media sama ada media cetak mapupun media sosial berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri iaitu Kelantan Terengganu Kedah Pulau Pinang Selangor dan Neger...
Pm Umum 7 Inisiatif Tambahbaik Kehidupan Peneroka Felda

Pm Umum 7 Inisiatif Tambahbaik Kehidupan Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 220 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengumumkan 7 lagi inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk menambahbaik atau meningkatkan kualiti hidup para peneroka Felda di seluruh negara Inisiatif itu katanya melengkapi pengumuman pemans...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

User Generated Content For Marketing

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto