Pm Terharu Terima Kehadiran Anak Almarhum Dr Yusuf Al Qaradawi




 Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi melahirkan rasa terharu ketika menghadiri Siri Syarahan Kehormat Madani mengenai Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di Seri Perdana, kediaman rasmi PM di Putrajaya.

Anwar melalui ucapannya berkata beliau amat gembira dengan kehadiran anak-anak Almarhum Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi iaitu Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurahman Al-Qaradawi yang sudi berkongsi mengenai biografi dan perjuangan Syeikh Yusof.

"Ini merupakan satu program penting dan pada masa sama menyentuh perasaan saya. Saya rasa sangat terharu semasa dapat tahu Muhammad hubungi saya berhajat ingin serahkan karya besar Syeikh Yusuf sebagai tanda ingatan kepada saya.

"Saya dan rakan-rakan di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebenarnya dekat dengan Syeikh Yusuf, ... menjiwai perjuangan yang membawa mesej Islam.

"Beliau membantu kita dengan keadaan kebangkitan Islam (ketika itu) dan kemaraan anak muda, serta memberi ingatan perlu berhikmah dan kesabaran (berdakwah)," katanya.

DS Anwar amat berterima kasih dan menghargai jasa Dr Yusuf kepada keluarganya dan umat Islam
Anwar turut berkata Syeikh Yusuf pernah menulis surat pada tahun 2013, menyatakan sokongan terhadap perjuangan beliau dan rakan-rakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dan mengambil alih Kerajaan Malaysia.

"Tiada apa yang boleh ditukarkan atau membayar sumbangan beliau bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada umat manusia. Kami amat mengingati beliau," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Pada majlis itu, Muhammad menyerahkan Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi, yang antaranya menghimpunkan karya-karya Allahyarham dalam bidang akidah, feqah, ilmu agama, fatwa-fatwa, tasawuf, tafsir, hadis, sejarah, pemikiran dan khutbah.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi yang diketahui umum sangat rapat dengan Anwar meninggal dunia pada 26 September tahun lalu pada usia 96 tahun.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham menghasilkan lebih 120 buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, Kerajaan Malaysia pada 2009 telah menganugerahkan Syeikh Yusuf Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/pm-terharu-terima-kehadiran-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Sudi Jadi Anak Anak Mummy Terharu Kasih Sayang Anak Anak Watie Mahu Jadi Ibu Terbaik

Terima Kasih Sudi Jadi Anak Anak Mummy Terharu Kasih Sayang Anak Anak Watie Mahu Jadi Ibu Terbaik

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 181 hits
Isteri kepada pelawak Shuib Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur dan terharunya kala diterima baik oleh anak anak Shuib dalam keluarga mereka Menerusi Instagramnya Watie memuat naik video ketika hari pernikahannya serta meluahkan penghargaa...
Majlis Peluncuran Buku Syeikh Yusuf Al Qaradawi

Majlis Peluncuran Buku Syeikh Yusuf Al Qaradawi

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 286 hits
Alhamdulillah petang ini saya telah merasmikan Majlis Peluncuran Buku Syeikh Yusuf al Qaradawi Sebuah Autobiografi Sang Pelita Umat yang diterbitkan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn Bhd Turut sama dalam majlis ini adalah wakil keluarga almarhu...
Yusuf Al Qaradawi S Scholarly Works Impacted My Life Pm

Yusuf Al Qaradawi S Scholarly Works Impacted My Life Pm

papar berkaitan - pada 12/7/2023 - jumlah : 211 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said he is not biased because he often refers to renowned scholar Yusuf Al Qaradawi and the works of the Islamic thinker even during his younger days In fact Anwar said the scholarly analysis of Yusuf Al Qaradaw...
Finnet Indonesia Anak Usaha Telkom Luncurkan Finpay Link

Finnet Indonesia Anak Usaha Telkom Luncurkan Finpay Link

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 293 hits
Finpay Link adalah web link atau URL unik yang dibuat oleh sistem Finpay untuk memfasilitasi transaksi pembayaran Cara ini mampu memberikan kemudahan dalam melakukan pembayaran dari pelanggan atau klien tanpa memerlukan dedicated payment ga...
Ada Dalam Bilik Dadah Dijumpai Anak Menteri Diperiksa Kunjungi Pusat Hiburan Beroperasi Lebih Masa

Ada Dalam Bilik Dadah Dijumpai Anak Menteri Diperiksa Kunjungi Pusat Hiburan Beroperasi Lebih Masa

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 184 hits
Dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap sebuah pusat hiburan yang beroperasi lebih masa di Langkawi seorang anak menteri dilaporkan antara yang diperiksa Menurut sumber serbuan tersebut berlaku pada minggu lalu dan an...
Abang Tak Nak Mengalah Tak Payah Ikut Adik Baik Isteri Pu Abu Ralat Terbeza Bezakan Anak Tanpa Sengaja

Abang Tak Nak Mengalah Tak Payah Ikut Adik Baik Isteri Pu Abu Ralat Terbeza Bezakan Anak Tanpa Sengaja

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 502 hits
Setiap ibu tiada niat nak membeza bezakan anak anak Namun kadang kadang terasa penat bila si abang tak nak dengar arahan dan dalam tak sedar kita pula membandingkan anak anak semata ingin si abang menurut perintah Situasi ini turut dilalui ...
Simpan Baju Zip Supaya Bau Tak Hilang Awal Ashaari Tak Mampu Berpisah Lama Dengan Anak

Simpan Baju Zip Supaya Bau Tak Hilang Awal Ashaari Tak Mampu Berpisah Lama Dengan Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 335 hits
Figura yang satu ini sememangnya cukup dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang Malah keakraban pengacara popular Awal Ashaari bersama dua anak perempuannya Lara Alana dan Lila Amina sememangnya tak mampu disangkal lagi Melekat ba...
Bila Anak Bertanya Tentang Allah

Bila Anak Bertanya Tentang Allah

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 197 hits
Bila Anak Bertanya Tentang Allah Bila anak semakin meningkat usia dan mula petah bercakap banyak soalan akan dipersoalkan termasuklah soal keagamaan Tambah pula bila dalam nasihat kita sehari hari sebut pasal Allah syurga neraka dan perkara...
Tak Boleh Lihat Isteri Saya Sakit Akui Tak Kisah Tiada Anak Kenyataan Jackson Wang Ini Dipuji

Tak Boleh Lihat Isteri Saya Sakit Akui Tak Kisah Tiada Anak Kenyataan Jackson Wang Ini Dipuji

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 224 hits
Nampaknya pendapat Jackson Wang mengenai perkahwinan dan anak telah mendapat pujian ramai ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Jackson telah dijemput sebagai tetamu dalam program podcast KINJAZ PODKAST S3 EP 170 di mana dia ada berkongsi pandang...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti