Simpan Baju Zip Supaya Bau Tak Hilang Awal Ashaari Tak Mampu Berpisah Lama Dengan Anak


Figura yang satu ini sememangnya cukup dikenali sebagai seorang bapa yang cukup penyayang. Malah keakraban pengacara popular, Awal Ashaari bersama dua anak perempuannya, Lara Alana dan Lila Amina sememangnya tak mampu disangkal lagi. Melekat bagaikan magnet.

Mengenali bapa penyayang yang cukup hebat ini di atas pentas pengacaraan, siapa menyangka Awal Ashaari tidak mampu untuk berpisah lama dengan dua anak perempuannya, malah cukup sensitif bila berbicara soal anak.
Malah untuk berpisah lama dengan dua orang kesayangannya itu terasa cukup sukar buat Awal. Berkongsi cerita meninggalkan Lara dan Lila ketika mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu, Awal yang terpilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Papa Millenial 2023 ini berkongsi kisah dua buah hatinya menerusi sesi Live yang cukup menyentuh hati semua.

Akui Awal, dia punya cara sendiri bagi mengawal emosinya yang terlalu rindukan anak ketika berjauhan.
“Sebenarnya Awal dengan Scha ni kami ada dua ‘coping mechanism’ yang berbeza. Macam Scha kalau dia nak pergi ke mana-mana dia sedih waktu nak berpisah tapi dia ok sebab dia sentiasa call anak-anak,” ujar Awal memulakan bicara.
Lain pula kisahnya dengan bapa kepada dua cahaya mata ini yang punya terapi sendiri bila terlampau rindukan Lara dan Lila.

“Bagi Awal pula, saya sensitif dan sangat beremosi, lebih-lebih lagi nak berpisah dengan anak. Bila berpisah dengan anak, saya tak nak ada drama dan tak nak nampak kesedihan itu.
“Bila pergi umrah hari itu, jujurnya saya buat video call hanya tiga kali sahaja. Masa Scha buat video call dengan anak-anak pun saya akan cuba mengelak untuk cakap dengan anak-anak.

“Setiap kali kalau tinggalkan anak, ada benda yang saya buat. Contoh hari ini hari terakhir dengan anak, saya akan ambil baju dia masukkan dalam zip lock dan zip supaya bau tak hilang.
“Bila dekat sana, malam-malam kalau rindu, saya akan bukak dan bau dalam-dalam. Barulah saya rasa tenang. Lepas tu saya akan terus rasa ok. Itu cara saya dan saya buat ni dari Lara kecil dulu sampailah sekarang,” ujar Awal bercerita.

Berbeza tapi saling melengkapi
Akui Awal lagi, dia dan Scha sememangnya berbeza dalam mendidik anak-anak namun saling melengkapi. Scha sememangnya lebih tegas dan menjaga disiplin rutin harian anak-anak manakala dia sendiri lebih santai namun bertegas bila perlu.
“Saya ni kalau dengan anak saya lebih suka go with the flow. Saya lebih relaks dan lebih banyak terapkan bermain, bergurau dan body contact dengan anak-anak. Anak-anak kalau tak ada satu hari saya jadi macam resah.

“Perasan tu macam nak cepat balik, nak bau dan gomol anak tu lebih sebab kita buat semua itu hari-hari.
“Saya tak tegas tapi garang, kalau menjerit dari atas semua akan menikus hilang. Semua dah tahu kalau daddy datang maksudnya serius,” ujar Awal lagi ketika ditanya sisi kebapaannya bersama anak-anak di rumah.
Awal yang menjadi penerima anugerah Pa&Ma Gala Award bersama 19 selebriti mama dan papa lain turut berkongsi rasa kesedihan hatinya bila anak-anak semakin membesar.

“Bila kita ada anak ni, kita rasa masa berlalu sangat pantas. Saya rasa macam tak cukup dan masih tak puas lagi spent time masa dengan mereka. Kalau boleh saya nak ulang balik masa, saya nak kurangkan kerja, kurangkan keluar dan nak duduk dengan mereka.
“Saya dan Scha juga paling takut tunggu masa anak-anak ada life sendiri itu nanti datang dalam hidup kami. Kalau boleh nak simpan anak-anak duduk dengan kami sampai bila-bila tapi kami tahu semua itu tak mungkin akan terjadi,” luah Awal sebak.

Terdahulu, Awal dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Lara Alana dan Lila Amina.
Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Simpan Baju & Zip Supaya Bau Tak Hilang” Awal Ashaari Tak Mampu Berpisah Lama Dengan Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/simpan-baju-zip-supaya-bau-tak-hilang-awal-ashaari-tak-mampu-berpisah-lama-dengan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Abang Dengan Adik Ramai Suka Awal Ashaari Buat Trend Tik Tok Dengan Lara

Macam Abang Dengan Adik Ramai Suka Awal Ashaari Buat Trend Tik Tok Dengan Lara

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 434 hits
Gelagat pengacara Awal Ashaari yang kerap muncul bersama anak sulungnya Lara Alana di Tik Tok menarik perhatian ramai Mana tidaknya Awal dilihat begitu sporting melayan karenah anak sulungnya Lara yang mahu tampil dengan pelbagai trend Tik ...
Awal Awal Memang Tak Kongsi Haris Neelofa Kongsi Foto Anak Kedua Bila Tiba Waktunya

Awal Awal Memang Tak Kongsi Haris Neelofa Kongsi Foto Anak Kedua Bila Tiba Waktunya

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 209 hits
Pendakwah bebas Haris Ismail mengambil pendekatan tidak akan mendedahkan wajah cahaya mata kedua mereka sehinggalah tiba waktunya Pendirian itu sama seperti apa yang dilakukan terhadap anak sulung mereka Muhammad Bilal yang dilahirkan Janua...
Anak Kedua Saya Nak Guna Neelofa Recycle Baju Bilal Untuk Anak Kedua Tapi Ramai Minta Hadiahkan

Anak Kedua Saya Nak Guna Neelofa Recycle Baju Bilal Untuk Anak Kedua Tapi Ramai Minta Hadiahkan

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 243 hits
Bakal menyambut kelahiran anak keduanya sedikit masa lagi usahawan dan pengacara Neelofa dilihat sudah pun membuat beberapa persiapan untuk menyambut kelahiran yang dinanti itu Malah beberapa perkongsian di Insta Storynya Neelofa dilihat su...
Kenapa Tidak Isham Jalil Saja Yang Cadangkan Supaya Umno Berpisah Dengan Dap

Kenapa Tidak Isham Jalil Saja Yang Cadangkan Supaya Umno Berpisah Dengan Dap

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 200 hits
Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil sambil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP Tony Pua kerana menggelar BN sebagai pakatan korup turut mencadangkan agar DAP segera meninggalkan UMNO Menurutnya Tony Pua dalam ha...
Hiburan 2 Hari Hilang Terhidu Bau Busuk Adik Terkejut Jumpa Mayat Abang Dibungkus Plastik Hitam Dalam Bonet

Hiburan 2 Hari Hilang Terhidu Bau Busuk Adik Terkejut Jumpa Mayat Abang Dibungkus Plastik Hitam Dalam Bonet

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 307 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial mengenai satu kes mengenai seorang individu lelaki yang dijumpai sudah tidak bernyawa dalam bonet kereta Malah beberapa foto dan video memaparkan sebuah kereta dibiarkan tersadai di tepi jalan berhampiran...
Bapa Panik Anak Hilang Bimbang Diculik Rupanya Kena Jual Dengan Isteri

Bapa Panik Anak Hilang Bimbang Diculik Rupanya Kena Jual Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 249 hits
MAISARAH AISYASiapa sahaja tidak panik apabila anak yang belum mencecah usia sebulan hilang ketika sedang lena tidur Menurut Tribun News seorang bapa di Jambi Indonesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu Dia...
Hilang 3 Anak Sekaligus Semua Ini Terlalu Berat Mereka Cuma Keluar Beli Ais Krim

Hilang 3 Anak Sekaligus Semua Ini Terlalu Berat Mereka Cuma Keluar Beli Ais Krim

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 406 hits
Semuanya bermula dengan aiskrim sebelum berakhir dengan tangisan berpanjangan Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman 41 sukar menahan sebak mengenang permintaan dua anaknya Nik Nur Faqihah 11 dan adiknya Nik Ikram Nuqman 5 yang mahukan aiskrim di...
Kelantan Wanita Lemas Jatuh Bot Suami Dan Anak Saudara Hilang

Kelantan Wanita Lemas Jatuh Bot Suami Dan Anak Saudara Hilang

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 241 hits
FMT ReportersLokasi kejadian di Sungai Kelantan di mana seorang wanita ditemui lemas manakala suami dan anak saudaranya hilang selepas terjatuh bot PETALING JAYA Seorang wanita ditemui lemas manakala suami dan anak saudaranya hilang selepas...
Anak Kedua Saya Nak Guna Netizen Minta Derma Baju Bilal Ketika Bayi Neelofa Tak Bercadang Nak Beri

Anak Kedua Saya Nak Guna Netizen Minta Derma Baju Bilal Ketika Bayi Neelofa Tak Bercadang Nak Beri

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 273 hits
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memaklumkan dia tidak bercadang untuk memberi baju anak pertamanya Bilal kepada peminat di luar sana Dedah Neelofa ramai yang menghantar mesej meminta dia dan suami memberi derma pakaian Bilal ketika ...
Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Buggy Kenderaan Elektrik

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 158

Perfume Kereta Gel Blank X Syahmisazli Original Pewangi Kereta Viral 100 Original

Sebarkan Mengenai Lane Hogger

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Beli Monitor Refurbished Untuk Pc

Living Comfortably During Recovery The Hidden Value Of Modern Apartments Abroad