Pm Sertai Sidang Kemuncak Nam




Dr Mahathir Mohamad dijangka berkongsi pandangan mengenai kepentingan Pergerakan Negara-Negera Berkecuali (NAM) berdiri teguh dalam bekerjasama menangani cabaran dunia globalisasi apabila menyertai pemimpin-pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak NAM ke-18 di Baku, Azerbaijan.

“Perdana menteri juga dijangka menegaskan pentingnya pergerakan itu berpegang kepada dasar berkecuali serta menghormati prinsip asas penubuhan NAM yang termaktub dalam Prinsip Bandung,” kata Menteri Luar, Saifuddin Abdullah kepada media Malaysia di Baku pada Rabu.

Menurutnya, ia adalah tepat pada masanya kerana Dr Mahathir telah menghantar mesej tegas pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, bulan lalu, bahawa ancaman terbesar kepada multilateralisme adalah unilateralisme yang berlaku apabila negara-negara berkuasa memilih untuk melakukan perkara mengikut cara mereka sendiri.

NAM mempunyai konsep asas yang berasal daripada Persidangan Asia-Afrika – juga dikenali sebagai Persidangan Bandung yang diadakan di Indonesia pada 1955, yang menjadi landasan pembentukan pergerakan itu.
Iklan




Antara lain, NAM memperjuangkan rasa hormat terhadap kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, mengiktiraf kesaksamaan dalam kalangan semua bangsa dan semua negara serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Pergerakan itu bermula dengan 25 negara anggota pada 1961 dan kini berkembang menjadi 120 negara anggota, 17 negara pemerhati dan 10 organisasi pemerhati, sekali gus menjadi forum multilateral kedua terbesar selepas PBB.

Saifuddin berkata Dr Mahathir dijangka tiba di ibu negara Azerbaijan pada Khamis ini untuk sidang kemuncak dua hari bermula Jumaat ini.

Beliau berkata Dr Mahathir akan diiringi oleh isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan pegawai kanan kerajaan ke Sidang Kemuncak Baku di mana 17 Ketua-Ketua Negara dan lima perdana menteri dijadual hadir.

“Ini akan merupakan penampilan pertama Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh Malaysia pada Sidang Kemuncak NAM ini,” katanya.

Malah, beliau berkata, kali terakhir perdana menteri Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak NAM ialah pada 2009 apabila Najib Razak menghadiri sidang edisi ke-15 di Mesir.

Saifuddin berkata tema sidang kemuncak ke-18 kali ini iaitu “ Berpegang Kepada Prinsip Bandung” bagi memastikan tindak balas bersama dan mencukupi terhadap cabaran dunia semasa.

“Kita anggap tema ini sangat bertepatan dengan perkembangan politik dan ekonomi semasa. Sekurang-kurangnya dalam keadaan negara-negara anggota NAM sudah timbul kerisauan sekiranya NAM melencong daripada objektif asal," tambah beliau.

Pada sidang kemuncak ini, Azerbaijan, negara merdeka bekas jajahan Kesatuan Soviet, mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi NAM di bawah Presiden Ilham Aliyev bagi tempoh tiga tahun akan datang daripada Venezuela.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya di luar sidang kemuncak itu bagi membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama.

“Perjumpaan tersebut dijangka mengeratkan hubungan dua hala dengan negara-negara berkenaan serta mengukuhkan persefahaman mengenai isu-isu serantau dan global,” kata Saifuddin, sambil menambah penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak itu adalah penting kerana ia mencerminkan komitmen berterusan negara terhadap pergerakan itu.

Ia juga membolehkan Malaysia dan negara-negara membangun lain mempunyai suara yang bersatu dalam pelbagai isu global dan serantau, katanya.

Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM ke-13 pada 2003 iaitu lebih 16 tahun lalu ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat pada masa itu.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/10/pm-sertai-sidang-kemuncak-nam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Nam Di Azerbaijan Jumaat Ini

Sidang Kemuncak Nam Di Azerbaijan Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 198 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

Sidang Media Selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 328 hits
Siaran Langsung Sidang Media selepas Pembentangan Bajet Kedah 2020 oleh YAB Dato Seri Utama Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah
Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 464 hits
Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu dari...
Senyum Merekah Prabowo Hadiri Sidang Kabinet Perdana Di Istana

Senyum Merekah Prabowo Hadiri Sidang Kabinet Perdana Di Istana

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 191 hits
Tak ada sepatah kata yang keluar dari Ketua Umum Partai Gerindra itu saat dicecar pertanyaan oleh wartawan Namun senyumnya sumringah sambil melambaikan tangan kepada awak media
Sidang Perdana Kabinet Indonesia Maju Ma Ruf Amin Pakai Baju Koko Dan Bersarung

Sidang Perdana Kabinet Indonesia Maju Ma Ruf Amin Pakai Baju Koko Dan Bersarung

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 266 hits
Terlihat pemandangan berbeda pada saat rapat perdana Ma ruf Amin memakai setelan biasa yaitu jas baju koko hingga peci dan memakai sarung berwarna gelap Dalam rapat tersebut para menteri tidak seragam Ada beberapa dari mereka menggunakan ba...
Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke 14

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke 14

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 432 hits
SIARAN LANGSUNG MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KALI KE 14
Pablo Rey Utami Dan Galih Akan Jalani Sidang Perdana Kasus Ikan Asin

Pablo Rey Utami Dan Galih Akan Jalani Sidang Perdana Kasus Ikan Asin

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 161 hits
Dalam hal ini pihaknya telah menyerahkan tiga tersangka ke kejaksaan Tiga orang tersebut yakni Pablo Benua Rey Utami dan Galih Ginanjar
Dr Mahathir To Join World Leaders At Nam Summit

Dr Mahathir To Join World Leaders At Nam Summit

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 203 hits
Saifuddin speaking to the Malaysian media as Malaysian Ambassador to Azerbaijan Datuk Yubazlan Yusof looks on BAKU Tun Dr Mahathir Mohamad is expected to share his thoughts on the importance of the Non Aligned Movement a multilateral forum
Nam Malaysia Buka Kedutaan Untuk Palestin Di Jordan Pm

Nam Malaysia Buka Kedutaan Untuk Palestin Di Jordan Pm

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 282 hits
Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Baku Azerbaijan Kedutaan itu akan ditempatkan di Jordan katanya keti...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico