Nam Malaysia Buka Kedutaan Untuk Palestin Di Jordan Pm


Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Baku, Azerbaijan.
Kedutaan itu akan ditempatkan di Jordan, katanya ketika menyampaikan ucapan kepada para pemimpin dan wakil dari 120 negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak NAM ke-18.

Loading… “Kami tahu Israel tidak akan membenarkan Malaysia membuka kedutaan di wilayah yang diduduki. Oleh itu kami akan membuka kedutaan di Jordan,” kata Dr Mahathir.
Perdana Menteri berusia 94 tahun itu berkata pembukaan kedutaan itu akan membolehkan Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin lebih mudah, walaupun beliau mengakui bahawa Israel akan mencari jalan untuk memastikan tidak ada bantuan yang akan sampai ke Palestin.
“Saya juga ingin membawa sidang kemuncak itu untuk mengenang nasib malang saudara-saudara Palestin kita. Palestin masih diduduki oleh rejim yang kejam. Rejim ini terus memperluas penempatan haram di tanah yang dimiliki oleh rakyat Palestin,” kata beliau.
Beliau berkata komuniti antarabangsa tidak berbuat apa-apa dan tidak dapat mengambil apa-apa tindakan walaupun Israel terus mendera Palestin.
“Malang sekali apabila pertubuhan dunia yang ditubuhkan oleh negara yang cukup berkuasa, kini menyaksikan bahawa mereka sendiri tidak mengendahkan resolusi yang dihasilkan badan dunia itu. Kini kita lihat negara-negara lain turut berbuat demikian,” tambahnya.
Beliau berkata Israel telah mengumumkan hasratnya untuk menduduki bahagian-bahagian di Tebing Barat – langkah yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa, di samping menuntut Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya.
“Banyak negara-negara barat menyokong langkah ini dengan memindahkan, atau menetapkan untuk memindahkan kedutaan mereka ke sana, Malaysia tidak bersetuju dengan perkara ini,” katanya.
Dr Mahathir turut mengambil kesempatan untuk menggesa negara-negara anggota NAM yang telah berpindah ke Baitulmuqaddis atau merancang untuk berpindah ke sana, supaya mengkaji semula keputusan itu.
Ketika ini terdapat lebih 30 pejabat diplomat dan pertubuhan antarabangsa di Ramallah serta Gaza di kawasan Palestin, dan Palestin pula ketika ini mempunyai pejabat kedutaan di Kuala Lumpur, manakala Duta Besar Malaysia ke Mesir adalah khusus buat Palestin.
Dalam ucapan di Pertubuhasn Bangsa-bangsa Bersatu bulan lepas, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak dapat menerima rampasan tanah Palestin secara terang-terangan oleh Israel untuk membina penempatan mereka, dan juga pendudukan Baitulmuqaddis oleh Israel.
Malaysia, katanya menerima pembentukan negara Israel sebagai “fait accompli’ atau sesuatu yang telah berlaku, namun menegaskan bahawa pembentukan itu mewujudkan permusuhan terhadap kaum muslim dan juga Islam. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/10/nam-malaysia-buka-kedutaan-untuk-palestin-di-jordan-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia To Open Embassy Accredited To Palestine In Jordan

Malaysia To Open Embassy Accredited To Palestine In Jordan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 322 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and leaders of Non Aligned Movement at the 18th NAM summit in Baku Azerbaijan today BAKU Malaysia is to open an embassy accredited to Palestine to enable it to extend aid to the Palestinians more easily Pr...
Rapatkan Jurang Perdagangan Malaysia India

Rapatkan Jurang Perdagangan Malaysia India

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 357 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Perlawanan Antarabangsa Futsal Malaysia Kuasai Padang

Perlawanan Antarabangsa Futsal Malaysia Kuasai Padang

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 354 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pelaburan Sektor Minyak Dan Gas Mengukuh Kedudukan Malaysia Industri Marin Global

Pelaburan Sektor Minyak Dan Gas Mengukuh Kedudukan Malaysia Industri Marin Global

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 331 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mendag Enggar Beberkan Penyebab Ekspor Ri Kalah Dibanding Malaysia Dan Vietnam

Mendag Enggar Beberkan Penyebab Ekspor Ri Kalah Dibanding Malaysia Dan Vietnam

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 203 hits
Ketika Indonesia melakukan ekspor produk asal Indonesia mendapatkan tarif yang lebih mahal Sebab belum menjalankan kerja sama perdagangan
E Commerce Fingo Lancar Platform E Dagang Sosial Di Malaysia

E Commerce Fingo Lancar Platform E Dagang Sosial Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 1036 hits
Fingo Sdn Bhd hari ini melancarkan Fingo platform e dagang inovatif yang menggunakan model perniagaan e dagang sosial di Malaysia Majlis pelancaran Fingo oleh Menteri Ketua Pegawai Eksekutif Fingo Malaysia Lee Chee Sing berkata tidak sepert...
Gerombolan Chauvinist Menginginkan Sebuah Republik Malaysia

Gerombolan Chauvinist Menginginkan Sebuah Republik Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 335 hits
Malaysia takkan jadi republik kata Aziz BariAdun DAP yang juga pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari memberi jaminan Malaysia akan kekal sebagai negara yang memiliki raja berperlembagaan walaupun jika wujud tekanan untuk menjadi republik Ka...
Berita Elaun Khas Bomba Di Malaysia Rm200

Berita Elaun Khas Bomba Di Malaysia Rm200

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 582 hits
SOURCE appeared first on Berita Elaun Khas Bomba di Malaysia RM200 Ramai tidak mengangka yang mana nasib kalangan anggota bomba diangkat dalam Mungkin inilah waktu yang tepat untuk tidak mengenepikan kebajikan kalangan anggota bomba di Mala...
Turkey Working With Malaysia To Stamp Out Is Terrorist Threat

Turkey Working With Malaysia To Stamp Out Is Terrorist Threat

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 264 hits
Turkey will continue to cooperate with Malaysia in the latter s fight against terrorism including intensifying the sharing of intelligence on Malaysian Daesh operatives in Syria Turkey s Ambassador to Malaysia Merve Safa Kavakci said such c...
Minum Cuka Epal Boleh Kurus Fakta Atau Mitos

Volkswagen Presents A Teaser With Their Cheapest Electric Vehicle

The Opposite Of Love Isn T Hate It S Indifference

Suami Isteri Kebas Emas Rumah Terbakar

Sacred Bond How A Politician S Act Bridged Divides At A Hindu Wedding

Penang Umrah Pilgrims Lodge Report Against Tour Agency Claiming To Have Been Shortchanged

Guidelines For Muslims Non Muslims Unnecessary Says Anwar

London Wales Day 4 Majlis Konvokesyen


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Cara Meningkatkan Kesehatan Jantung Koroner Di Indonesia

Zenqira Revolusi Infrastruktur Ai Berbasis Komputasi Terdesentralisasi

Pesawat Ringan Terhempas Berdentum Rempuh Bas 2 Terbunuh

Garis Panduan Akmal Tak Setuju Pm Ingatkan Orang Bukan Islam Jangan Campur

Permasangan Lebih 34 000 Akses Wifi Di Ipta Selesai Julai Ini

Menipu Polis Indonesia Untuk Konten Ini Teguran Aisar Khaled Untuk Ammar Nazhan Fikir Dulu Kalau Konten Itu