Pm Sedang Selesaikan Masalah Teknikal Dalam Partinya



Shahbudindotcom mengulas..
Muhyiddin akan hapus jawatan Pengerusi BERSATU?


SETELAH berjaya menjadi Pemangku Pengerusi Bersatu dengan bantuan RoS, kemudian dijangka memecat Tun Mahathir Mohamad dan selepas itu menjalankan proses pemilihan parti, apa seterusnya yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin?Dalam keadaan semua dalam kawalannya, mungkin juga diikuti dengan pemberian jawatan-jawatan dalam GLC kepada pimpinan Bersatu di peringkat pusat, negeri dan bahagian, kalau pun Mukhriz Mahathir tidak turut dipecat bersama bapanya, Muhyiddin dijangka tidak lagi berdepan masalah mengekalkan jawatan Presiden Bersatu yang disandangnya sekarang.Tetapi, adalah dijangkakan Mukhriz yang baru-baru ini kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah, hampir pasti akan turut dipecat keahliannya daripada Bersatu.Dengan yang demikian, Muhyiddin pasti akan menang percuma untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan nanti.Makna kata, sebagaimana jawatan Perdana Menteri diperolehinya melalui tebuk atap, jawatan Pemangku Pengerusi Bersatu melalui tingkap, mengekalkan jawatan Presiden pula bakal diraihnya dengan cara menutup pintu cabaran lawan secara rapat dan ketat.Maka, selepas pemilihan Bersatu nanti, berjayalah Muhyiddin menguasi Bersatu sepenuhnya, walaupun mungkin keahlian parti selepas itu tidak lagi seramai mana.Jawatan Pengerusi Bersatu yang sepatutnya diisi oleh Tun Mahathir kerana telah menang tanpa bertanding, namun disebabkan beliau dijangka akan dipecat sebelum pemilihan diadakan, ia dipercayai akan dibiarkan kosong buat beberapa ketika sebelum kemudiannya jawatan itu akan dimansuhkan sama sekali.Tanpa wujud lagi jawatan pengerusi, bermakna Muhyiddin selaku Presidenlah yang paling berkuasa dalam Bersatu selepas ini.Mengimbas kembali proses awal penubuhan parti itu, seseorang yang rapat dengan Muhyiddin pernah memberitahu, Ahli Parlimen Pagoh itu sejak awal tidak berapa setuju dengan adanya jawatan pengerusi dalam Bersatu.Muhyiddin sebaliknya mencadangkan jawatan pengerusi itu lebih sesuai digantikan dengan jawatan penasihat saja.Beliau berhujah jawatan pengerusi itu, lebih-lebih lagi kerana ia disandang oleh Tun Mahathir, seolah-olah membayangi kedudukannya sebagai presiden parti.Namun, seseorang yang rapat dengan Muhyiddin tadi berserta beberapa yang lain akhirnya berjaya meyakinkan Presiden Bersatu itu agar bersetuju dengan kewujudan jawatan pengerusi itu.Alasan yang diberikan ialah supaya Tun Mahathir dengan jawatan Pengerusi lebih menampakkan peranannya yang sebenar untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu berbanding jika hanya berjawatan sebagai Penasihat Bersatu.Lagi pula, pengaruh dan aura Tun Mahathir lebih diperlukan untuk memperlihatkan Bersatu sebagai pengganti kepada UMNO.Yang kedua, Muhyiddin juga diyakinkan bahawa oleh kerana ketika penubuhan Bersatu pada 2016 itu Tun Mahathir sudah berusia 91 tahun, bekas Perdana Menteri dipercayai tidak mungkin hidup lama lagi di dunia ini.Hanya setelah diyakinkan demikian, difahamkan barulah Muhyiddin kemudiannya mengalah dan sedia menerima wujudnya jawatan pengerusi dalam Bersatu.Sekarang, setelah menjadi Perdana Menteri, berbalah pula dengan Tun Mahathir dan seterusnya dapat menerobos tingkap untuk duduk sebagai Pemangku Pengerusi Bersatu, adalah mustahil jika Muhyiddin tidak berbuat apa-apa, apa lagi sanggup membiarkan bekas Perdana Menteri itu kembali sebagai Pengerusi Bersatu yang bermakna akan terus wujud gangguan terhadapnya dalam menguasai parti.Memecat Tun Mahathir serta menjadikan kemenangannya tanpa bertanding jawatan Pengerusi sebagai sesuatu yang sia-sia dan seterusnya menghapuskan jawatan pengerusi adalah rangkuman pilihan paling logik buat Muhyiddin, bukan saja untuk memastikan Bersatu secara mutlak berada dalam kawalannya, tetapi juga untuk menunaikan perasaan terpendam dan tidak selesanya selama ini dengan kewujudan jawatan yang disandang oleh bekas Perdana Menteri itu. (Shahbudindotcom 20/05/2020)Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa yang penting, kerajaan sekarang bukan kerajaan pintu belakang, seperti yang disebut awal-awal lagi oleh Presiden PAS iaitu pada Februari 06, 2020 di Kota Bharu..Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebarang proses demokrasi mestilah mengikut lunas undang-undang. Pas pada masa yang sama juga bersedia untuk membentuk muafakat bersama parti lain.“Muafakat ini luas, sebut muafakat ini kena ramai, dengan sebab itu kita ajak sesiapa hendak muafakat kita persilakan.“Saya rasa dalam demokrasi, proses demokrasi ini macam-macam. Masuk Parlimen boleh masuk mana-mana pintu, mesti ikut proses undang-undang yang betul. Insya-Allah kita masuk 'pintu depan' tidak boleh ‘pintu belakang’ cuma kita tahu ada hendak jadi ‘perdana menteri pintu belakang.” Katanya di sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana sempena tiga dekad pentadbiran Pas Kelantan ketika itu. Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujud muafakat antara Pas, Umno dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membentuk kerajaan baharu.Dalam membuat perubahan terhadap satu-satu kerajaan, tiada istilah pintu depan mahupun pintu belakang, asalkan perubahan itu dilakukan mengikut sistem demokrasi, undang-undang dan perlembagaan. PAS menganggap perubahan itu sebagai sah, meskipun ia dilakukan menerusi 'tingkap'.PM kita Muhyiddin sekarang sedang mnyelesaikan masalah-masalah teknik dalam partinya, semoga berjaya Insya Allah!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/pm-sedang-selesaikan-masalah-teknik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Haid Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Wanita

Masalah Haid Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Wanita

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 659 hits
AssalamualaikumBismillahNormal bagi golongan wanita yang telah baligh mengalami kitaran haid setiap bulan Namun setiap wanita yang mengalami haid ini adalah berbeza Ada yang mengalami pengeluaran darah yang sedikit dalam tempoh yang singkat...
Masalah Hb Rendah Semasa Hamil

Masalah Hb Rendah Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 368 hits
Masalah Haemoglobin Rendah Bagi Wanita Yang Mengandung Masalah haemoglobin rendah saat hamil bukanlah perkara yang rumit Ianya permasalahan yang biasa dialami oleh ibu ibu hamil berikutan rembesan hormon yang tidak stabil serta nutrisi yang...
Syarikat Berdepan Masalah Kewangan Mila Jirin Terpaksa Jual Kek

Syarikat Berdepan Masalah Kewangan Mila Jirin Terpaksa Jual Kek

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 616 hits
Berdepan situasi getir penanyi dan usahawan terkemuka Mila Jirin tampil bersuara bekenaan isu yang melibatkan perniagaan yang kini difahamkan berdepan situasi yang kurang enak didengar Susulan Perintah Kawal pergerakan yang bermula 18 Mac l...
Tiada Masalah Tukar Semester Sekolah Ke Julai

Tiada Masalah Tukar Semester Sekolah Ke Julai

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 317 hits
Tiada masalah jika permulaan semester persekolahan bagi peringkat rendah dan menengah ditukarkan kepada Julai berbanding Januari ketika ini Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Zakaria Kasa berkata cadangan pertuk...
Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 606 hits
Merawat Masalah Kulit Secara Dalaman Dengan Mylara Platinum Series Collara Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua Hari ni kinah nak kongsi dengan korang dengan satu produk kecantikan khusus bagi mereka yang mempunyai masalah kuli...
Jeragat Masalah Kulit Birdnest Essence Ada Penyelesaiannya

Jeragat Masalah Kulit Birdnest Essence Ada Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 599 hits
Sebelum ni k fiezz jenis tak kisah pun pasal penggunaan essence serum dalam rutin penjagaan kulit muka Feeling cantik all the time haha tapi tapi bila usia dah makin meningkat jeragat dah mula nak memunculkan diri kulit pun dah start tak be...
Youtube Menghadapi Masalah Untuk Diakses

Youtube Menghadapi Masalah Untuk Diakses

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 225 hits
Kemaskini Kini kembali berfungsi seperti biasa YouTube salah satu perkhidmatan video terkemuka di dunia kini menghadapi masalah sementara untuk diakses Tiada video yang dipaparkan pada halaman YouTube com selain sejumlah saluran hanya sekad...
Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 323 hits
Bagi ibu bapa yang beru mendapatkan cahaya mata pelbagai rawatan penjagaan perlu dititikberatkan Terutamanya apabila bayi kerap menyusu tetapi kurang buang air besar Perihal ini boleh menyebabkan bayi kembung perut menyebabkannya tidak sele...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It