Jeragat Masalah Kulit Birdnest Essence Ada Penyelesaiannya
Sebelum ni k.fiezz jenis tak kisah pun pasal penggunaan essence, serum dalam rutin penjagaan kulit muka. Feeling cantik all the time. haha. tapi tapi bila usia dah makin meningkat, jeragat dah mula nak memunculkan diri, kulit pun dah start tak berapa nak anjal dan lain-lain masalah berkaitan kulit. Kelam kabut cari penyelesaian macamana nak atasi masalah ni terutama masalah jeragat. Haih, jeragat kalau dah muncul, susah tau nak hilangkan. Jadi wajib lah cari produk hilangkan jeragat sementara dia belum meriah lagi muncul kat muka ni.
Entry sebelum << Kelebihan Sabun BirdNest Merawat Segala Masalah Kulit Di Muka >>
BIRDNEST ESSENCE
K.fiezz tahu penggunaan serum sangat-sangat penting bila dah masuk ke peringkat usia macam k.fiezz ni. Tapi jenis tak ambil kisah kan sebab perasan cantik je all da time.haha. Atas kesedaran diri sendiri, k.fiezz nak juga guna serum dalam rutin penjagaan kulit muka k.fiezz.
Kebetulan kawan k.fiezz ada jual sabun birdnest, birdnest essence by PNA ni dan selalu lah nampak iklan dia promote lalu lalang kat wall facebook k.fiezz, terpengaruh juga weii. haha. K.fiezz kan sejenis cepat terpengaruh. Selalu nampak caption yang kawan k.fiezz mention, birdnest essence ni untuk merawat masalah jeragat/pigmentasi. Wah...nampak menarik ayat tu. Serum dan Essence apa beza?Tadi k.fiezz beritahu nak cari serum, eh tetiba beli essence. Nanti kat bawah, k.fiezz cerita lebih lanjut.
Kebaikan BirdNest Bio Essence
Sebelum beli birdnest essence, k.fiezz google juga sikit info berkenaan birdnest essence ni. Dari hasil pembacaan, nampak menarik untuk di cuba. Sebab....Antara fungsi Birdnest Essence -Menghilangkan pigmentasi & jeragatMencerah & melembutkan kulitMengembalikan keanjalan kulitKulit lebih glowingMeratakan lubang jerawatMenegangkan kulitMeremajakan kluitMelambatkan penuaanMengecilkan pori terbukaMenghilangkan serta mencegah jeragat/jerawatMenjadikan tona kulit lebih sekataMenghilangkan bintik hitam & parut jerawatMemperbaiki kulit kusam Jadi moh la kita cuba sebab banyak fungsi birdnest ni,hah.
HARGA MURAH
Roger kawan k.fiezz untuk beli birdnest essence & sabun birdnest. Harga dua-dua barang ni, murah je. Sabun RM5 & birdnest essence RM20. Murah kan?Lagi lahhh kakak terpengaruh. haha
Selain sabun birdnest , birdnest essence ni, ada juga MacKinz Serum. Yang serum ni, k.fiezz belum cuba lagi. Nanti slow-slow kita beli ikut bajet.
BIRDNEST INGREDIENTS
Antara kandungan dalam birdnest ni haruslah 90% pati sarang burung walit. Tak perlu risau, birdnest essence niLULUS KKMLULUS LABTESTHALALBEZA ESSENCE & SERUM
Okey, antara dua ni yang mana lagi elok sebenarnya. Jom kita tengok.
SERUM - Kandungan serum lebih pekat dari essence ataupun pelembap. Kandungan serum halus untuk memudahkan penyerapan ke lapisan kulit kita. Kebiasaanya juga serum ada bahan aktif yang fokus untuk merawat masalah tertentu (bintik-bintik hitam, kedutan, kulit kusam)
Essence - Kandunganya cair sedikit dari serum dan berwarna jernih atau pekat seperti milky lotion. Fungsi cecair ini untuk melembap dan memberi nutrisi kepada kulit muka kita. Serta essence mengandungi antioksidan & mineral untk menyerikan muka kita.
K.fiezz ada tanya dengan kawan k.fiezz yang jual produk birdnest dari PNA ni, antara essence dan serum mana lagi elok. So jawapannya kedua-duanya sekali. Sebab kedua-duanya saling membantu memberi penyerapan lebih pada kulit kita untuk merawat masalah kulit kita.
CARA GUNA ESSENCE & SERUM
Dah banyak sangat produk dalam rutin penjagaan kulit kita, macamana nak pakai essence dan serum ni kalau kita guna kedua-duanya bersama produk penjagaan kulit yang lain.
So check it out...
Cleanser - Toner - Essence - Serum - Moisturizer - Sunblock/Sunscreen
Sebab kita guna essence dulu selepas toner, asas dalam penjagaan kulit muka - selepas toner kita guna produk yang mengandungi tekstur paling cair sebab memudahkan proses penyerapan dan meresap ke dalam kulit
Jadi korang yang nak berjinak-jinak dengan birdnest essence ni, boleh cari di Shopee ataupun dapat dari agen yang sah. Salah seorang agen sah, kawan k.fiezz >> NordianaMY
Tapi my advice, better beli dari agen yang sah sebab di Shopee agak pening cari original. Bukan kata semua dalam shopee tu jual birdnest essence fake cuma kita tak tahu nak beza yang mana jual hat ori. Memandangkan dari review customer yang membeli birdnest essence ni di shopee, ada yang dapat tanpa kotak. K.fiezz baca, kalau tak ada kotak, katanya tak ori. ada yang beli dapat kotak tapi part barcode di buang sebab seller ada mention kat barcode tu ada harga diaorang beli dari supplier. Diaorang buang barcode sebab tak nak kantoi dengan customer diaorang beli murah. Adeh. Pening cari yang ori kat shopee, tau sebab kita pula jadi was-was sebab info tak sama. Barcode tu penting untuk kita sebagai pembeli sebab kita boleh scan untuk tahu samaada produk original atau fake. Kalau dah buang, macamana kita nak check. Tu k.fiezz advice lebih baik beli dari agen-agen yang sah.
Experience Beli Birdnest Essence di Shopee
Baru ni k.fiezz cari kat shopee sebab kawan k.fiezz yang jual ni, tengah pantang. Jadi malas nak kacau dia tengah pantang. Kebetulan stok birdnest essence k.fiezz dah habis. Cari punya cari, dapat beli dari seorang seller dari Shopee ni..RM20 birdnest essence + free sabun birdnest. K.fiezz pun tak pasti ori atau fake yang k.fiezz beli ni tapi dari segi bau & tekstur sama macam yang k.fiezz beli dari kawan k.fiezz sebelum ni. Jadi k.fiezz consider ori lah naaa.
Review k.fiezz guna Birdnest Essence
K.fiezz pakai Birdnest Essence ni waktu malam sebelum tidur & k.fiezz perasan lepas apply kulit lembut je, suka cubit muka sendiri..hehe.. Setakat ni tak nampak lagi perubahan sebab k.fiezz baru je guna. Tapi yang confirm tak ada sebarang masalah atau kesan negatif lepas guna Birdnest Essence ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/05/Jeragat-Masalah-Kulit-Birdnest-Essence-Ada-Penyelesaiannya.html