Pm Bentang Belanjawan 2025 Petang Ini Belanjawan Ketiga Kerajaan Madani


bharian.com.my
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
 - Oktober 18, 2024 @ 7:38am
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri)menunjukkan dokumen Belanjawan 2025 ketika hadir meninjau persiapan penyediaan Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan, semalam. Hadir sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kiri), Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying (kanan), Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tiga, kanan).
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen jam 4 petang ini.

Bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', ia adalah belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan.

"Insya-Allah, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama," katanya.

Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.

Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awam

Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar berkata Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang.

Tumpuan Belanjawan 2025 pastinya pada langkah yang bakal diperkenalkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan peniaga, pelabur dan penganalisis ekonomi, sedang menantikan belanjawan ini dengan harapan ia akan membawa pendekatan menyeluruh dan progresif, terutama dalam menangani cabaran global serta memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia.

Semua golongan dapat manfaaat

Belanjawan kali ini juga dijangkakan menyediakan sesuatu untuk semua golongan, termasuk petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja yang dibayar gaji secara harian, generasi muda yang mencari pekerjaan serta suri rumah dan pekerja gig.

Memandangkan kebimbangan terhadap inflasi dan kos sara hidup semakin meningkat, ramai menjangkakan Belanjawan 2025 akan menyediakan langkah baharu untuk membantu rakyat menguruskan kehidupan harian, seperti insentif cukai, bantuan tunai bersasar dan subsidi harga barang keperluan asas.

Bagi sektor perniagaan pula, pakar ekonomi meramalkan pakej rangsangan yang lebih komprehensif akan diumumkan bagi mempercepatkan pemulihan pasca pandemik dan mengekalkan daya saing negara dalam pasaran global.

Ini termasuk pelbagai insentif bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor swasta yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Kurangkan defisit fiskal

Di sebalik semua jangkaan ini, persoalan utama adalah sama ada kerajaan akan menyelaraskan perbelanjaan negara dengan sasaran untuk mengurangkan defisit fiskal.

Dalam kerangka Belanjawan 2025, kerajaan juga dijangka merangka pelbagai inisiatif untuk memperbaiki keadaan infrastruktur asas seperti sekolah dan klinik, jalan raya dan bekalan asas luar bandar.

Belanjawan 2025 juga dijangka memberi tumpuan kepada meningkatkan siling ekonomi menerusi penyusunan semula ekonomi melalui peralihan hijau, meningkatkan daya saing dan produktiviti negara, menarik pelaburan, serta mempromosikan inovasi dan digitalisasi khususnya dalam kalangan perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PMKS).

Subsidi, bantuan sosial

Perdana Menteri dijangka turut mengumumkan penyasaran subsidi dan bantuan sosial untuk meringankan kos sara hidup, khususnya golongan B40.

Belanjawan ini turut dijangka memperkenalkan langkah untuk memperluas asas cukai dan memastikan sistem percukaian yang progresif sambil mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai.

Difahamkan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan disentuh buat masa ini, sekiranya ambang gaji minimum tidak mencecah RM3,000 hingga RM4,000. Pada masa ini, gaji bulanan minimum di Malaysia adalah pada RM1,500.

Menurut Maybank Investment, defisit belanjawan bagi 2025 dijangka berada pada paras 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 4.3 peratus dalam Belanjawan 2024. Ramalan ini berdasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 4.2 peratus, dengan anggaran jumlah perolehan RM320.5 bilion.

Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh momentum ekonomi yang berterusan serta peningkatan pendapatan korporat.

Belanjawan 2025 dijangka bernilai RM403.5 bilion

Anggaran saiz Belanjawan 2025 dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada RM403.5 bilion, terutama akibat kenaikan gaji penjawat awam yang akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.

Dalam pada itu, aras gaji minimum juga mungkin disemak semula kepada RM1,700 hingga RM1,800 sebulan berbanding aras semasa RM1,500 sebulan. Juga dijangka adalah penetapan aras gaji minimum untuk graduan baharu.

Belanjawan 2025 juga dijangka memberi tumpuan kepada rasionalisasi dan pengoptimuman subsidi, termasuk rasionalisasi subsidi petrol RON95. Namun seperti yang disebut Perdana Menteri sebelum ini, penyasaran subsidi bahan api berkenaan tidak akan membabitkan 85 peratus rakyat.

Harga minyak mentah lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh memberi peluang kepada kerajaan untuk berbuat demikian.

Langkah rasionalisasi ini mungkin membabitkan kenaikan harga petrol RON 95, disusuli bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, difahamkan kerajaan juga dijangka menamatkan subsidi gula dan telur sejajar perancangan untuk mengoptimumkan perbelanjaan awam.

Belanjawan juga mungkin menumpukan kepada pengurangan subsidi pendidikan khususnya bagi golongan berpendapatan tinggi, seperti kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini.

Anwar juga dikatakan akan menumpukan kepada beberapa inisiatif bagi mengukuhkan tadbir urus fiskal, meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan mengoptimumkan kos melalui langkah konsolidasi dan rasionalisasi agensi kerajaan.

Pengenalan Akta Perolehan Kerajaan (GPA) pada mesyuarat Dewan Rakyat kali ini adalah langkah legislatif penting selepas Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) bagi memperkukuh tadbir urus fiskal dan meningkatkan disiplin serta pengawasan dalam kewangan awam.

Akta ini bertujuan menambah baik pengurusan perbelanjaan awam dan kontrak melalui pelaksanaan tender terbuka serta audit wajib bagi perolehan dan kontrak bernilai tinggi.

Ini relevan untuk kategori 'Bekalan dan Perkhidmatan' yang mewakili 12.5 peratus daripada Perbelanjaan Operasi (OE) di bawah Belanjawan 2024, iaitu item keempat terbesar selepas 'Emolumen', 'Pencen', dan 'Caj Perkhidmatan Hutang' serta lebih besar berbanding 'Subsidi & Bantuan Sosial'.

Sementara itu, sektor kesihatan dan pendidikan dijangka terus menjadi keutamaan dengan hampir satu pertiga daripada peruntukan keseluruhan belanjawan.

Reformasi sistem pencen penjawat awam

Kerajaan juga mungkin mengumumkan reformasi sistem pencen, di mana pekerja baharu perkhidmatan awam tidak lagi menerima skim pencen tetapi skim kontrak yang lebih baik untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk bayar pencen.

Sementara itu TA Securities, berkata dalam konteks politik yang stabil, pasaran dijangka memberi reaksi positif terhadap Belanjawan 2025 dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kestabilan dalam pendapatan korporat.

BIMB Securities menyatakan bahawa terdapat kemungkinan kerajaan tidak akan mengumumkan pelaksanaan beberapa projek mega dalam Belanjawan 2025 kerana mahu menumpukan kepada program rakyat yang lebih mendesak.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/pm-bentang-belanjawan-2025-petang-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2025 Kerajaan Peruntuk Rm21 2 Bilion Untuk Pertahanan Negara

Belanjawan 2025 Kerajaan Peruntuk Rm21 2 Bilion Untuk Pertahanan Negara

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 112 hits
Kerajaan memberi peruntukan RM21 2 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meningkat RM1 4 bilion berbanding tahun ini Kerajaan peruntuk RM21 2 bilion ...
Belanjawan 2025 Usaha Kerajaan Tangani Kos Sara Hidup

Belanjawan 2025 Usaha Kerajaan Tangani Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 125 hits
ARAU Belanjawan 2025 dibentangkan Jumaat lalu banyak memberi penekanan menangani kos sara hidup yang semakin meruncing ketika ini Antara yang jelas seperti kenaikan gaji minimum kepada RM1 700 daripada RM1 500 sebulan yang memperlihatkan ba...
Apa Manfaat Dan Mudharat Kerajaan Madani Untuk Keluarga Anda

Apa Manfaat Dan Mudharat Kerajaan Madani Untuk Keluarga Anda

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 141 hits
Che IbrahimA Senarai manfaat kebaikan1 Kenaikan gaji penjawat awam 2 Kenaikan pencen 3 Kenaikan bantuan kepada OKU4 Bantuan Budi Madani5 Bantuan Agri Komoditi6 Bantuan Musim Tengkujuh7 Kenaikan harga komoditi 8 Subsidi bersasar ke atas bara...
Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

Penyasaran Subsidi Ron95 Mulai Tahun Depan Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 161 hits
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun depan Berikut dikongsikan ringkasan dan perincian bagi penyasaran tersebut Penyasaran SUBSIDI RON 95 Mu...
Intipati Belanjawan 2025 Ringkasan Infografik

Intipati Belanjawan 2025 Ringkasan Infografik

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 147 hits
Intipati Belanjawan 2025 Ringkasan Infografik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4 00 petang ini Turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Aziza...
Pm Anwar Tinjau Persiapan Akhir Belanjawan 2025

Pm Anwar Tinjau Persiapan Akhir Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 109 hits
sinarharian com my17 Oktober 2024Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan di sini Foto BernamaPUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ...
Belanjawan 2025 Naikkan Gaji Minimum Tingkatkan Kadar Cukai Korporat

Belanjawan 2025 Naikkan Gaji Minimum Tingkatkan Kadar Cukai Korporat

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 163 hits
KANGAR Dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mendesak pendapatan minimum isu rumah perlu sekurang kurangnya RM6 000 sebulan khususnya bagi keluarga yang tinggal di bandar bandar besar Justeru dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangk...
Belanjawan 2025 Harap Peruntukan Ahli Parlimen Sokong Pmx Kekal

Belanjawan 2025 Harap Peruntukan Ahli Parlimen Sokong Pmx Kekal

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 290 hits
KUALA KANGSAR Kerajaan diharap mengekalkan peruntukan yang diberikan kepada ahli ahli Parlimen bebas yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul ...
Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia

Seo Myths Debunked Common Misconceptions Holding You Back

Singgah Di Kurashiki Bikan Historical Quarter Okayama

Tahniah Yb Ds Muhammad Sabu

Liters A Pair Of Historic F1 Suzukis From Union Motorcycle Classics


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Video Sabah Rm450k Untuk Bayar Hutang Saya Boleh Pulangkan Rm500k

Wanita Ditahan Disyaki Simbah Air Panas Pada Anak

Kepala Surat Dan Dokumen Ditiru Jangan Terpedaya Dengan Pegawai Rtm

Zahnita Wilson Nekad Fail Cerai Dah Tak Tahan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Maklum Balas Dari Menteri Kewangan Sabah Berkenaan Video Whistleblower Yang Tular

Kipas Jisulife Pro1s Pilihan Praktikal Untuk Cuaca Panas Di Malaysia