Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan


PM Anwar Mahu Pemulihan Prasarana, Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan
KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah serta membaik pulih kerosakan infrastruktur di negeri itu dilakukan segera.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerja-kerja memperbaiki kerosakan infrastruktur bangunan dan jalan raya akibat bencana alam itu dipercepatkan tanpa mengikut proses biasa.
Ia termasuk membina bangunan baharu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh baru-baru ini.
“Saya tak mahu ikut proses biasa kerana banjir dan kerosakan ini bukan proses biasa. Kalau kita buat proses biasa, nak siapkan jalan, kemudahan (ambil masa) terlalu lama.
“Oleh itu, kita dah minta supaya proses itu dipercepatkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi tanah runtuh di IPG Kampus Gaya di sini, hari ini, diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Anwar berkata usaha pemulihan prasarana serta penyaluran bantuan kepada mangsa bencana itu akan diselaraskan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan ia dapat dilakukan dengan kadar segera.
Buat masa ini, Anwar berkata beliau telah meluluskan peruntukan segera RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di Sabah yang diumumkan pada 15 Sept lepas.
“Sekarang ini kita hanya bantu masalah keluarga – makan, minum dan penempatan mereka. Tetapi, kita lihat beberapa keperluan yang tentunya memerlukan peruntukan lebih pascapenyelesaian awal banjir.
“Bagaimanapun, kos anggaran keseluruhan (peruntukan pemulihan prasarana) yang diperlukan masih belum dikemukakan,” katanya.
Perdana Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jentera agensi Kerajaan Persekutuan dan Sabah yang sentiasa siap siaga serta bertungkus lumus dalam proses memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain usaha membaik pulih bekalan elektrik di kawasan terjejas.
“Terima kasih kepada Ketua Menteri (Hajiji) dan kerajaan Sabah yang menjalankan usaha-usaha ini dalam langkah segera,” katanya. Mengenai IPG Kampus Gaya, Anwar berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah mengemukakan laporan awal kepada Jemaah Menteri Rabu lepas, dan kerajaan akan menunggu laporan akhir berhubung perkara itu.
“Kita akan tunggu laporan kejuruteraan sama ada boleh kekal (atau) bangunkan semula di sini. Kita akan runding dengan kerajaan negeri mendapat satu kawasan baharu untuk dibangunkan dalam tempoh segera,” katanya.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, setakat petang ini sebanyak 2,256 orang daripada 710 keluarga ditempatkan di PPS.
Bencana tanah runtuh di negeri itu setakat ini meragut 13 nyawa manakala seorang maut akibat banjir.
Sumber: Bernama
The post PM Anwar Mahu Pemulihan Prasarana, Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/19/pm-anwar-mahu-pemulihan-prasarana-bantuan-mangsa-banjir-sabah-disegerakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Rasai Kedukaan Mangsa Banjir Dan Tingkatkan Bantuan Keselamatn Dan Keperluan

Pm Anwar Rasai Kedukaan Mangsa Banjir Dan Tingkatkan Bantuan Keselamatn Dan Keperluan

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1698 hits
Saya berduka dengan perkhabaran bencana banjir yang semakin memburuk di Sabah tatkala lebih daripada 400 mangsa di Penampang dan Beaufort terpaksa meninggalkan kediaman untuk berlindung di pusat pemindahan sementara Saya mohon penduduk di k...
Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2651 hits
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort Beberapa kawasan di Kota Kinabalu dilanda banjir kilat lewat malam tadi antaranya Sembulan Lido Kolombong ...
Bantuan Wang Ihsan Hingga Rm10 000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah

Bantuan Wang Ihsan Hingga Rm10 000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3225 hits
Bantuan Wang Ihsan Hingga RM10 000 Bantu Mangsa Bencana Di Sabah KOTA KINABALU 15 Sept Bantuan Wang Ihsan antara RM1 000 hingga RM10 000 akan disalurkan kepada mangsa bencana di Sabah bagi meringankan beban yang ditanggung ketika ini Jawata...
Banjir Sabah Pm Anwar Hargai Peranan Semua Pihak Tangani Bencana

Banjir Sabah Pm Anwar Hargai Peranan Semua Pihak Tangani Bencana

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 958 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melakukan tinjauan ke PPS dan kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sabah pada 19 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 19 Sep Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan pengh...
Lawatan Pm Anwar Ke Bwberapa Kawasan Terjejas Banjir Di Sabah

Lawatan Pm Anwar Ke Bwberapa Kawasan Terjejas Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1317 hits
Saya turun ke beberapa kawasan di Sabah petang tadi untuk meninjau sendiri kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini Terkesan melihat keadaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya dan pangsapuri C...
Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

Rakyat Malaysia Kumpul Sumbangan Dalam Talian Bantu Mangsa Banjir Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2660 hits
Rakyat Malaysia kumpul sumbangan dalam talian bantu mangsa banjir Sabah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor melawat mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara Kampung Sarapung Penampang Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia bers...
Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 3381 hits
Banjir Di Perak Pulih Lebih 3 000 Mangsa Terjejas Di Sabah Kelantan KUALA LUMPUR 17 Sept Situasi banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim di daerah Muallim yang menempatkan 39 mang...
Aisar Khaled Diusir Ketika Hulurkan Bantuan Banjir Di Bali

Aisar Khaled Diusir Ketika Hulurkan Bantuan Banjir Di Bali

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2411 hits
BALI Usaha pempengaruh Malaysia Aisar Khaled membantu mangsa banjir di Bali bertukar insiden tegang apabila beliau diusir penduduk tempatan ketika menyalurkan bantuan pada Selasa Teguran penduduk tempatan Menurut laporan portal Indonesia Su...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Shell Caf Kembali Dengan Lima Perisa Donat Premium Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu