Pm Anggap Wartawan Sebagai Wira Tak Didendang



PM anggap wartawan sebagai wira tak didendang
Wartawan adalah wira tidak didendang tatkala negara dan dunia dilanda wabak Covid-19 dengan menyedia dan menyalurkan maklumat berkaitan pandemik itu kepada masyarakat, kata Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata wartawan sanggup mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri berdepan wabak berkenaan demi melaksanakan tugas.
Menurut Ismail Sabri, kesemuanya itu dilakukan wartawan bagi memastikan rakyat yang terkurung di rumah akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) mendapat maklumat dan mampu mengikuti perkembangan semasa tanah air serta luar negara.
“Tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan maklumat penting dapat disebar luas dengan cepat dan pantas termasuk sidang media Covid-19 yang dilaksanakan hampir setiap hari.
“Oleh kerana sumbangan besar para wartawan kepada negara, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para wartawan sebagai sebahagian daripada petugas barisan hadapan sewaktu pandemik ini.
“Tahniah dan terima kasih!,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2021, di Kuala Lumpur malam ini.
Perdana Menteri berkata tugas semua wartawan bukan sekadar melaporkan berita panas dan hangat tentang politik, berita kemalangan, malapetaka, tragedi atau sensasi sukan dan hiburan, malah mampu menjadi mata serta telinga bagi membantu kerajaan memastikan kelangsungan dan kejayaan rancangan pembangunan untuk rakyat.
“Saudara dan saudari semua boleh membuat teguran yang bernas dan berasas bagi membantu kerajaan menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
“Pastinya media yang bebas dan terbuka serta bertanggungjawab adalah mekanisme semak dan imbang yang menjadi teras konsep Keluarga Malaysia. Peranan media hendaklah senantiasa dimantapkan,” katanya.
Ismail Sabri turut mengharapkan jalinan persefahaman antara kerajaan dan media akan terus subur.
Hari wartawan setiap hujung Mei
Dalam pada itu, perdana menteri berkata beliau sedar tentang pelbagai cabaran yang dihadapi syarikat dan ramai pengamal media pada masa ini akibat berhadapan dengan asakan teknologi komunikasi baru.
Ismail Sabri berkata keadaan itu menyebabkan banyak organisasi media tidak mampu bertahan, malah ada yang terpaksa ditutup kerana jualan akhbar dan iklan semakin merosot di samping kos percetakan serta pengangkutan kian meningkat.
Namun di sebalik cabaran tersebut, perdana menteri percaya, media tradisional masih mempunyai tempat dan relevan untuk menyampaikan hasrat kerajaan kepada rakyat termasuk dalam usaha bersama menjayakan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaan hari ini.
“Kewartawanan tradisional yang melalui proses pengesahan, penyuntingan yang ketat, pastinya menghasilkan berita yang benar atau sahih dan sekali gus membolehkan rakyat memahami konsep sebenar Keluarga Malaysia atau dasar kerajaan yang lain.
“Justeru, saya percaya rakyat masih menaruh keyakinan pada kredibiliti wartawan dalam situasi seperti itu, ini kerana sesetengah blog tidak lebih daripada berita yang niatnya untuk mensensasikan maklumat yang tidak tepat.
“Media yang menyajikan berita-berita yang profesional, adil, sahih, menarik dan terkini, akan berjaya,” katanya.
Sementara itu, perdana menteri berkata lawatannya ke Indonesia baru-baru ini membantu mengeratkan hubungan dengan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang terjalin sejak 2007, dan percaya badan itu dapat memainkan peranan penting sebagai jambatan bagi wartawan kedua-dua negara.
Ismail Sabri berharap hubungan media dan wartawan Malaysia bersama rakan wartawan di negara jiran melalui Asean atau selainnya dapat diperkukuh dengan menjadikan Iswami sebagai model.
“Saya mencadangkan agar satu rangkaian kerjasama serantau membabitkan wartawan pada peringkat serantau dapat diperkasa demi memudahkan capaian kesefahaman antara negara.
“Media dan wartawan adalah rangkaian persefahaman secara tidak langsung, selain daripada hubungan diplomatik sedia ada,” katanya.
Selain itu, Ismail Sabri turut mengumumkan persetujuan kerajaan untuk mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional atau Hawana yang pertama kali telah dijayakan pada 2018.
“Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada program yang sesuai untuk dilaksanakan,” katanya. Mk
PM anggap wartawan sebagai wira tak didendang
Baca Artikel Menarik :
Kejohanan skuasy dunia di KL dibatalkan disebabkan atlet Israel Najib: Bersatu susun propaganda untuk tumbangkan Ismail Sabri Isu tanah di Langkawi, Mahathir melenting sindiran Najib Mungkin Sanusi tak berani – Kon Yeow Sejak zaman abah kau harga barang naik, cecah paras tertinggi Menara Merdeka 118 kini bangunan kedua tertinggi di dunia Haram dimakan ayam tak matang jika mudarat kesihatan MN seperti anjing dengan kucing – Ku Li Kenapa Thomas tak ambil tindakan terhadap Zeti, soal Charles Dulu kereta kena tarik, kini mampu beli Ferrari Wanita berang payudara bersaiz 38j miliknya dituduh palsu Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

The post PM anggap wartawan sebagai wira tak didendang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/01/pm-anggap-wartawan-sebagai-wira-tak-didendang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Wira Tak Didendang Di Era Covid Kata Ismail Sabri

Wartawan Wira Tak Didendang Di Era Covid Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 223 hits
Media yang bebas dan terbuka disifatkan sebagai mekanisme semak dan imbang yang menjadi teras konsep Keluarga Malaysia kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakon menyifatkan wartawan wira yang...
Hiburan Saya Dengan Adik Saya We Are One Nabil Aqil Tak Anggap Imran Aqil Sebagai Pesaing

Hiburan Saya Dengan Adik Saya We Are One Nabil Aqil Tak Anggap Imran Aqil Sebagai Pesaing

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 468 hits
Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja tidak menganggap adiknya yang juga merupakan Peserta Hero Remaja 2020 sebagai persaingan dalam industri seni Nabil atau nama sebenar Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin mengakui sangat berbangga den...
Siti Saleha Anggap Kemenangan Sebagai Pengubat Hati

Siti Saleha Anggap Kemenangan Sebagai Pengubat Hati

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 187 hits
Siti Saleha anggap kemenangan Seraut wajah cukup tenang namun tiada siapa tahu gelodak yang membenam di jiwa si jelita Siti Saleha Kini segala galanya bagaikan debu yang berterbangan Nikmat rumah tangga hanya dikecapi seketika namun ia buka...
Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 371 hits
Perasaan nerv0us atau gementar mungkin merupakan antara perasaan yang tak asing bagi mana mana pasangan yang akan mendirikan rumah tangga Macam macam benda nak kena fikir lepas tu kalau boleh nak pastikan semua benda perfect lagi Fuhhh Lain...
Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah

Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 269 hits
Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah Setiap hari mendapat khabar berita kematian bertenanglah sekejap Renungilah sebentar akan keadaan diri kita sendiri Di manakah letaknya kita ketika ini dan saat ini di hadapan Allah SWT Ad...
Peja Gagal Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

Peja Gagal Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 180 hits
Oleh Nurul Aisyah JIKA kita menghitung kegagalan individu bernama Ahmad Faizal Azumu pasti terlalu banyak sehingga tidak terkira Perkara ini bukan lagi rahsia Seluruh rakyat Malaysia juga tahu Peja seorang yang gagal Persoalannya mengapa in...
Dpr Dorong Asn Terima Bansos Segera Mengundurkan Diri Sebagai Penerima

Dpr Dorong Asn Terima Bansos Segera Mengundurkan Diri Sebagai Penerima

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 226 hits
Ace mengatakan sangat tidak wajar jika ASN golongan III dan IV menerima bantuan sosial karena dari segi pendapatan sudah mencukupi
Letak Lah Sapa Pun Sebagai Menteri Agama Judi Tetap 22 Kali Tak Malu Ke Dap Ke

Letak Lah Sapa Pun Sebagai Menteri Agama Judi Tetap 22 Kali Tak Malu Ke Dap Ke

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 211 hits
Letaklah ulamak sebagai duta khas bertaraf menteri Letaklah lebai sebagai menteri agama dan timbalan menteri Letaklah Jamil Khir sebagai penasihat menteri Namun judi tetap kekal kpd 22 kali cabutan Waktu PH kerajaan tak perlu menteri agama ...
Hiburan Sebagai Ibu Saya Sangat Trauma Cik B Akhirnya Pulih Dari Covid 19 Dsv Ungkap Rasa Syukur

Hiburan Sebagai Ibu Saya Sangat Trauma Cik B Akhirnya Pulih Dari Covid 19 Dsv Ungkap Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 200 hits
Pengasas usahawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsikan berita gembira di akaun Instagramnya bahawa anak perempuannya Cik B telah pun pulih daripada jangkitan COVID 19 Menurut usahawan jutawan itu status kesihatan anak perempuannya telah di...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Dah Sampai Pulau Phuket

Khidmat Mafia Putih Untuk Uruskan Teman Lelaki Bermasalah

Wanita Dakwa Ditekan Polis Tarik Balik Laporan Anak Autistik Diserang

Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station