Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah
Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah. Setiap hari mendapat khabar berita kematian, bertenanglah sekejap. Renungilah sebentar akan keadaan diri kita sendiri. Di manakah letaknya kita ketika ini dan saat ini di hadapan Allah SWT. Adakah terlalu jauh? Hingga tak tergapai oleh amalan yang dilakukan? Renungkanlah!!
Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah
Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan
Jadikan Kematian Itu Sebagai Peringatan Dan Hidayah
Bila kita tidur, sebenarnya kita telah "mati". Mati sementara yang langsung tak ingat apa-apa. Ketika tidur, jika ada orang ambil gambar kita pun, kita akan kelihatan seperti orang mati. Cuma, dengan ehsan Allah SWT, keesokan harinya jika kita terjaga, itulah nafas yang Allah pinjamkan untuk kita sehari lagi.
Bila bangun dari tidur, ayat pertama yang keluar dari mulut mestilah ucapan ALHAMDULILLAH
Apa jaminan kita akan bangun semula bila kita tidur
Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kematian semasa tidur
Apa jaminan kita akan pulang semula ke rumah selepas berangkat ke pejabat
Tiada. Kita sendiri banyak mendengar berita tentang kemalangan yang meragut nyawa
Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib
Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan lupa membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa
Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga
Imam al-Ghazali berpesan: "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."
Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah
Setiap kali kamu terbaca atau mendapat berita kematian, angkatlah lagi tinggi akan derajatmu di sisi TuhamMu dengan melipatgandakan segala amalan baik dan ketaqwaan kepadaNya
Semoga bermanfaat
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ilmanhati.blogspot.com/2021/11/jadikan-kematian-itu-sebagai-peringatan.html