Siti Saleha Anggap Kemenangan Sebagai Pengubat Hati



Siti Saleha anggap kemenangan
Seraut wajah cukup tenang, namun, tiada siapa tahu ‘gelodak’ yang membenam di jiwa si jelita, Siti Saleha.
Kini, segala-galanya bagaikan debu yang berterbangan. Nikmat rumah tangga hanya dikecapi seketika, namun, ia bukanlah pengakhiran buat sebuah kebahagiaan.
Jauh di sudut hati, wanita kacukan Melayu Inggeris itu mengharapkan panas hingga ke petang, namun, siapa sangka hujan di tengah hari.
Nyata, di sebalik senyuman manis terukir, namun berlubuk sengsara di sanubarinya, lalu mengejutkan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi sebutan kes perceraian pada 13 Oktober lalu.
Berita perceraian Siti Saleha, 31, dan suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, selepas empat tahun melayari bahtera rumah tangga cukup mengejutkan ramai, apatah lagi, mereka dikenali sebagai pasangan bahagia.
Ketika ini, timbul pelbagai persepsi termasuklah Siti Saleha dan Ahmad Lutfi didakwa sudah tidak tinggal sebumbung, selain dikatakan wujud ‘orang ketiga’ menjadi punca keretakan rumah tangga.
Namun, aktres yang dinobatkan Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, minggu lalu, terus mengunci mulut biarpun dihambat seribu persoalan.
Sambil merenung jauh, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum itu mengakui, “Saya reda atas takdir yang tertulis.
“Jujurnya, tiada pasangan yang berkahwin untuk bercerai. Saya juga tidak menjangka ini boleh berlaku dalam kehidupan rumah tangga, tetapi ia tetap berlaku.
“Siapa saya untuk menolak takdir yang tertulis? Apa pilihan yang saya ada, selain reda dan bangkit perlahan-lahan demi memperjuangkan hidup.
“Ketika ini, segala-galanya masih tergantung apabila sebutan kes perceraian masih berjalan. Saya juga masih memegang status ‘isteri orang’,” katanya kepada BH Online.
Aktres yang melonjak populariti menerusi drama Nora Elena, Jika Masih Ada Rindu dan 7 Hari Mencintaiku itu menganggap kemenangan ABPBH 34 bagaikan satu rahmat besar.
“Ia menjadi penyelamat untuk saya terus mempertahankan prinsip tidak berkongsi soal peribadi. Umpama ditutup pintu soal peribadi, dibuka pula dengan kisah kemenangan ini.
“Saya tahu ramai rakan wartawan ingin tahu punca dan apa yang berlaku pada rumah tangga saya. Mohon maaf, saya bukan berniat menyusahkan atau berteka-teki.
“Namun, jawapan saya tetap sama. Sudah takdir, tiada jodoh antara kami, selebihnya biarlah menjadi rahsia yang terpendam. Saya menghormati tugas wartawan, namun, saya tidak mahu berterusan membicarakan soal ini, cukuplah…
“Bukan mahu berlagak baik, tetapi biarlah ia kekal menjadi rahsia tanpa perkongsian secara mendalam. Lagipun, saya enggan membuka aib sesiapapun,” katanya.
Wanita kelahiran Basildon, England itu berkata, hatinya sedikit terubat apabila menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular buat kali ketiga.
“Ketika berada pada tahap paling bawah, namun, Allah hadirkan kemenangan ini sebagai pengubat duka.
“Malah, ia menjadi kekuatan buat saya berdepan dengan seribu kemungkinan yang bakal diharungi pada masa depan.
“Saya bersyukur terus mendapat sokongan peminat dan kelab peminat, Team Siti Saleha yang amat disayangi,” katanya yang begitu anggun persalinan merah jambu rekaan Alia Bastamam pada malam kemuncak ABPBH 34.
Siti Saleha berkata, kejayaan yang dilakar tidak sesekali membuatkannya terus berada pada zon selesa. Sebaliknya, ia menjadi ruang memperbaiki kekurangan yang sentiasa ada.
“Saya menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular atas kapasiti drama 7 Hari Mencintaiku, tahun lalu.
“Tuah watak Mia Adriana, saya dapat mempertahankan kemenangan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 pula dalam ABPBH 34.
“Sejujurnya, saya tidak sabar menanti sambungan drama ini untuk musim ketiga yang dijangka memulakan penggambaran awal tahun depan.
“Kita nantikan apa pula konflik rumah tangga yang bakal diharungi Mia dan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dalam sambungan musim ketiga,” katanya.
Bintang yang diangkat sebagai pemenang trofi Asian Model, Asia Model Festival 2020 di Seoul, Korea Selatan itu berkata, dia tetap selesa menjadi selektif dalam memilih watak dan karya.
“Nyata, percaturan saya menjadi selektif dalam memilih watak amat berbaloi. Sekarang, saya hanya perlu memastikan kekal relevan dan konsisten.
“Kita tahu kemunculan ramai bakat baharu, namun, saya anggap sebagai persaingan sihat, bukan ancaman.
“Bagi saya, biar wajah tidak selalu keluar di kaca televisyen, sekali muncul meninggalkan impak besar,” katanya yang kini mula menceburi sukan tenis sebagai riadah menghilangkan tekanan.
Diusik persoalan masa depan, Siti Saleha akui, dia tidak mampu menjangkakan apa yang berlaku termasuk soal pengganti.
“Saya harus lalui ujian yang belum selesai ini terlebih dahulu. Seterusnya, nak terus fokus dalam kerjaya seni.
“Soal lain termasuk membuka pintu hati dengan lelaki pada masa depan, biarlah ia datang tanpa provokasi.
“Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ingin hidup berpasangan. Bagi saya, hidup solo juga boleh bahagia jika kena pada caranya,” katanya yang sibuk dengan penggambaran drama Love In Lockdown.
Selain trofi Pelakon TV Wanita Popular, Siti Saleha pernah diangkat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 27 dan ABPBH 28. BH
Siti Saleha anggap kemenangan
Baca Artikel Menarik :
Pas Keluarga Malaysia Prasarana galak guna pengangkutan awam – Ismail Keena minta Baby Shima hentikan publisiti murahan Adun DAP mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang BN, UMNO bawa aura ‘feel good’ ke Melaka Ingatkan Uqasha, rupanya Emma Maembong Rauf nafi ada pihak tak setuju Sulaiman dilantik ketua menteri Shahrulezad Bidas Annuar Musa, Selamat Datang Ke Dunia Jahanam PH kalah kerana pengkhianatan Muhyiddin – Mat Sabu Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional Dana 1MDB dipegang syarikat suami Zeti mesti disiasat Wanita bawa duit dalam beg plastik beli Ninja 250 Layari Laman Facebook MYKMU
Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

The post Siti Saleha anggap kemenangan sebagai pengubat hati appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/22/siti-saleha-anggap-kemenangan-sebagai-pengubat-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dakwaan Orang Ketiga Punca Bercerai Siti Saleha Tutup Mulut Tak Mahu Ulas Lebih

Hiburan Dakwaan Orang Ketiga Punca Bercerai Siti Saleha Tutup Mulut Tak Mahu Ulas Lebih

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 380 hits
Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 34 Siti Saleha mengambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai krisis yang melanda bersama suaminya Ahmad Lutfi Azhar 1 bulan laluRumah Tangga Berdepan Dengan Masalah S...
Berharap Bagi Ruang Privasi Berkaitan Kehidupan Peribadi Siti Saleha Masih Kunci Mulut Mengenai Krisis Rumah Tangga

Berharap Bagi Ruang Privasi Berkaitan Kehidupan Peribadi Siti Saleha Masih Kunci Mulut Mengenai Krisis Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 348 hits
KUALA LUMPUR Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke 34 Siti Saleha enggan mengulas lanjut mengenai krisis rumah tangga dengan suami Ahmad Lutfi Azhar 35
Mierul Aiman Anggap Kacak Sebagai Sesuatu Yang Subjektif

Mierul Aiman Anggap Kacak Sebagai Sesuatu Yang Subjektif

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 861 hits
Pernah dilabel wajah berkerak dan tidak komersial juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman berpendapat bahawa ketampanan seseorang individu itu bukan terletak hanya pada wajah semata mata ARTIKEL BERKAITAN Semalam Mimpi Aku Bermesra D
Hiburan Jam Tangan Lebih Rm1 Juta Netizen Anggap Siti Nurhaliza Layak Milikinya

Hiburan Jam Tangan Lebih Rm1 Juta Netizen Anggap Siti Nurhaliza Layak Milikinya

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 320 hits
Kemunculan penyanyi lagenda Datuk Siti Nurhaliza di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 pada Ahad malam telah mencuri perhatian orang ramai ia bukan kerana busananya tetapi jam tangan yang dipakai beliau bernilai lebih RM1 juta ARTI...
Hiburan Saya Dengan Adik Saya We Are One Nabil Aqil Tak Anggap Imran Aqil Sebagai Pesaing

Hiburan Saya Dengan Adik Saya We Are One Nabil Aqil Tak Anggap Imran Aqil Sebagai Pesaing

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 467 hits
Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja tidak menganggap adiknya yang juga merupakan Peserta Hero Remaja 2020 sebagai persaingan dalam industri seni Nabil atau nama sebenar Muhammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin mengakui sangat berbangga den...
Sering Anggap Sebagai Adik Sendiri Perlakuan Manis Nagita Slavina Ke Dimas Ahmad Dipuji

Sering Anggap Sebagai Adik Sendiri Perlakuan Manis Nagita Slavina Ke Dimas Ahmad Dipuji

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 226 hits
Bahkan dalam perayaan ulang tahun bos salah satu stasiun TV Nagita memperkenalkan Dimas sebagai adiknya
Hiburan Wajah Mirip Allahyarham Siti Sarah Cucu Jadi Pengubat Rindu Raissuddin Hamzah

Hiburan Wajah Mirip Allahyarham Siti Sarah Cucu Jadi Pengubat Rindu Raissuddin Hamzah

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 312 hits
Bapa kepada penyanyi Allahyarham iaitu Raissuddin Hamzah menyifatkan pemergian Allahyarham masih lagi satu kenyataan yang sukar untuk diterima Raissuddin 61 berkata dia perlu reda dengan ketentuan Ilahi selain memanjatkan rasa syukur kerana...
Isu Rumah Tangga Siti Saleha No Comment Saya Minta Semua Resp3k Space Saya

Isu Rumah Tangga Siti Saleha No Comment Saya Minta Semua Resp3k Space Saya

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 291 hits
Pelakon Siti Saleha 31 menganggap isu rumah tangga yang men1mpa dirinya sebagai satu ujian Memfailkan percer4ian terhadap suami Ahmad Lutfi Azhar 35 pada 13 Oktober lalu Saleha meminta agar semua pihak menghorm4ti ruang peribadinya Dalam pa...
Cara Pengubat Hati Sebagaimana Diajarkan Rasulullah S A W

Cara Pengubat Hati Sebagaimana Diajarkan Rasulullah S A W

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 225 hits
Cara Pengubat Hati Sebagaimana Diajarkan Rasulullah s a w Pertama Setiap musibah yang berlaku dijanjikan sebagai penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik Bagaimana untuk menukarkan m...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall