Plus Aktifkan Semula Lorong Smarttag


Oleh Ahmad Suhael Adnan KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol kendalian syarikat itu susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Itu antara langkah PLUS bagi mengatasi isu berbangkit berkaitan penggunaan RFID di plaza tol, selain meningkatkan kepantasan pengesanan serta menggantikan tag RFID yang rosak secara percuma.
PLUS dalam satu kenyataan berkata, pengaktifan semula lorong SmartTAG itu dilaksanakan bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pelanggan SmartTAG dan pengurusan trafik yang berdepan kesulitan apabila lorong SmartTAG ditutup di plaza tol berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, PLUS akan mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum Selasa depan, khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.
"PLUS komited untuk mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari depan untuk kelancaran trafik sempena Perayaan Tahun Baharu Cina.
"Selepas perayaan ini, iaitu pada pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol," katanya.
Terdahulu, PLUS memaklumkan langkah itu antara usahanya menyelesaikan rungutan orang ramai yang dibangkitkan dalam pertemuan antara pengurusan tertinggi PLUS dengan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Mohd Shuhaimi Hassan.
Mengulas lanjut, PLUS turut menempatkan Pembantu Khidmat Pelanggan di semua 158 lorong RFID di 74 plaza tol kendaliannya untuk memberi bantuan kepada pelanggan RFID yang berdepan masalah, dengan menggunakan Peranti Pengesan Mudah Alih.
Selain itu, PLUS memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
"Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik yang tinggi bagi memastikan kenderaan dapat melalui lorong RFID dengan lebih pantas.
"Lokasi zon pengesanan RFID akan ditandakan pada permukaan jalan bagi membolehkan pengguna memastikan kedudukan kenderaan mereka dengan lebih baik dalam meningkatkan kadar pengesanan yang lebih tinggi ketika melalui lorong RFID," katanya.
Dalam perkembangan sama, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch N Go kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS.
Katanya, pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan.
"Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag itu secara PERCUMA.
"PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan yang terlatih," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/plus-aktifkan-semula-lorong-smarttag.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
After Rfid Kerfuffle Plus Says Sorry And Promises To Reinstate Smarttag Lanes At Toll Plazas

After Rfid Kerfuffle Plus Says Sorry And Promises To Reinstate Smarttag Lanes At Toll Plazas

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 179 hits
Cars head to the Sungai Besi toll plaza with the Radio Frequency Identification technology system Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Jan 20 Highway operator PLUS Malaysia Berhad has today issued a formal apology for the malfunction of it...
Doktor Ditahan Semula Selepas Pembeli Tidak Terima Sijil Vaksin

Doktor Ditahan Semula Selepas Pembeli Tidak Terima Sijil Vaksin

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 196 hits
Oleh MARANG Tidak sampai 24 jam dibebaskan dengan jaminan polis seorang doktor swasta yang disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID 19 palsu sekali lagi ditahan Suspek berusia 51 tahun itu ditahan semula di Ibu Pejaba...
Sempat Lari 50 Meter Polis Berjaya Tahan Semula Okt Cuba Loloskan Diri

Sempat Lari 50 Meter Polis Berjaya Tahan Semula Okt Cuba Loloskan Diri

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 194 hits
Seorang orang kena tuduh berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian selepas cuba melarikan diri ketika menaiki lori polis di hadapan Klinik Kesihatan Beranang Semenyih Terdahulu tular di media sosial menerusi sebuah vid...
Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19 Okt Ditahan Semula Polis

Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19 Okt Ditahan Semula Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 241 hits
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang OKT berbaju dan berseluar ungu melarikan diri ketika urusan menaikkan sekumpulan OKT ke lori polis selepas ujian saringan Covid 19 di Klinik Kesihatan Beranang KUALA LUMPUR Seorang oran...
Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor

Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 251 hits
Kerajaan seharusnya menggunakan sebaik mungkin jaringan klinik swasta yang sudah tersedia berbanding tertumpu kepada PPV mega atau klinik terpilih menurut seorang doktor PETALING JAYA Seorang pakar kesihatan awam menggesa kerajaan membuka s...
Richworks Komited Bantu 605 000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021

Richworks Komited Bantu 605 000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Pembaca semua Bonde ingin kongsikan kepada anda semua tentang RichWorks Komited Bantu 605 000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Tahun 2021 ini adalah This is a content summary only Visit my website for full...
Michael Bay Membuat Semula Filem Aksi Ini

Michael Bay Membuat Semula Filem Aksi Ini

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 209 hits
Buat yang dah lama mengikuti penulisan abam pasti mengetahui bahawa abam amat meminati filem aksi dari Indonesia ini iaitu The Raid Redemption dan The Raid 2 Berandal Keduanya adalah filem yang dijadikan sebagai penanda aras untuk setiap fi...
Apakah Muhyiddin Akan Dipilih Semula Dun Gambir Prn Johor

Apakah Muhyiddin Akan Dipilih Semula Dun Gambir Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 209 hits
YB Peja usah keliru dan pening pening kepala Maksud pengkhianat parti itu mudah sahaja Yang melompat parti dan mengkhianat mandat rakyat Contoh Di Pagoh daripada 23 558 pengundi yang mengundi Tan Sri Muhyiddin pada PRU 14 yang lepas lebih d...
Richworks Prihatin Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605k Usahawan Bangkit Semula

Richworks Prihatin Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605k Usahawan Bangkit Semula

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 335 hits
RichWorks Prihatin Perjuangan Richworks 2021 Berjaya Bantu 605K Usahawan Bangkit Semula l Assalamualaikum Tahun 2021 merupakan satu lagi tahun yang sukar buat semua terutama para usahawan Malaysia Tahun lepas bermula dengan isu pandemik yan...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord