Plays Org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk Dimainkan Secara Percuma
Plays.org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk dimainkan Secara Percuma
Permainan dalam talian / game online adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat anak-anak muda mahupun warga yang bukan muda lagi ( macam TB .. haha) tambahan pula di waktu pandemik ini, masa yang terluang banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti dan salah satunya bermain game online. haaa.. Sama ada korang suka game online atau tidak, korang tidak dapat menafikan betapa game online ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat sekarang
Sesetengah orang yang memang aktif dengan game online ini telah mencuba pelbagai permainan selama bertahun-tahun, siap ada yang melanggan game online berbulan-bulan tu. Punya minat betul dengan game online. Bagi TB mereka ini adalah terdiri daripada kelompok yang penyabar kerana kita sendiri pastinya tahu setiap permainan / game online ini memerlukan masa dan komitmen yang berbeza untuk diselesaikan. Untuk capai level kes lebih tinggi perlukan masa dan pengorbanan yang tinggi. haha.. Tapi TB salute la sebab mereka ini mampu bertahan untuk bermain hingga ke level paling akhir. good job!
Walaubagaimanapun, ada juga kelompok yang tidak begitu aktif bermain game online ini, haaa.. kelompok itu ialah macam TB ni.. TB sukakan game online tapi TB tidak ada masa untuk bermian untuk capai level seterusnya dan paling TB tidak suka apabila kena luangkan masa yang lama untuk mencapai kemenangan (winner) dalam game-game tersebut. TB ni jenis yang suka main game online bila ada masa lapang je.. kan.. kadang-kadang kita hanya mahu bermain permainan dalam 10 minit macam tu je kan, tanpa benar-benar tertarik dan perlu berada dalam talian setiap minit masa lapang. Penatnya kalau begitu kan.. Tambahan pula kita banyak sangat hal lain nak dibuat.. So, bermain game online boleh membuatkan kita lalai seketika. Tapi kalau nak main juga, pilih lah game yang tak perlu nak main lama-lama. Pilih game yang simple-simple aje cukup.
Haa... Di sinilah website Plays.org memainkan peranan mereka, kalau korang nak tahu website plays.org ini mempunyai lebih dari 150 permainan yang tersedia untuk dimainkan secara percuma dan tidak memerlukan pendaftaran atau langganan. Mereka juga terus mengembangkan koleksi mereka dan menambah 1-2 permainan setiap hari!
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, di masa lapang, TB telah mencuba sebilangan permainan di website plays.org dan alangkah seronoknya kerana banyak game-game menarik di dalam website ini dan paling buat TB suka ialah ada game-game klasik yang memang kegemaran TB di masa sekolah dahulu.
Oh ya, sebelum TB bercerita lebih lanjut tentang website Plays .org ni, izinkan TB bercerita serba sedikit tentang latar belakang serta info berkenaan website plays.org ni. Sebab pastinya bukan semua tahu tentang website ini, jadi TB rasa sangat sesuai TB terangkan dahulu tentang website yang menghimpunkan permainan online yang sangat berbaloi untuk kita main
Apa itu Website Plays.org Website plays.org ini ialah laman web yang menawarkan permainan dalam talian percuma dan menyeronokkan yang dapat dimainkan dengan cepat dari penyemak imbas. Laman web ini wujud mungkin salah satu sebabnya ialah kerana begitu banyak orang terkandas di rumah semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) / MCO dan mungkin dengan adanya website plays.org ni dapat menambahkan sedikit kegembiraan dalam kehidupan mereka yang terkandas dirumah termasuklah TB sendiri..
Laman web ini bertujuan untuk memberi kita peluang bersantai dengan permainan game online yang ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk kita menghabiskan sesuatu permainan itu. Boleh dikatakan game yang rsedia ada dalam website Plays.org ini adalah game yang sangat senang untuk kita menang dengan cepat. Ia adalah game online yang super sederhana yang boleh kita mainkan dengan santai, tak perlu sampai jadi ketagihan. Kita boleh berhenti sesuka hati kita, dan kembali sambung bermain pada bila-bila masa kita mahu.
Untuk bermain dengan permainan game online ini, kita tidak perlu memuat turun aplikasi untuk dimainkan dan juga tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna / ID seperti game online yang lain.
Koleksi Permainan Yang Terus Berkembang Sejak dilancarkan awal tahun ini,
Website Plays.org telah menerbitkan ratusan permainan di laman web mereka. Mereka juga telah menerbitkan sekurang-kurangnya beberapa permainan tambahan setiap hari, jadi jika kita mengklik menu "permainan percuma" di atas dengan memautkan di play.org/games/ kita akan melihat sesuatu yang baru setiap hari. Best kan
Di laman utama mereka, kita mempunyai pilihan untuk beberapa permainan paling popular yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kegemaran pemain, klasik arked dan simulasi. Dari semua ini, kita boleh terus memasuki permainan yang kita suka dan mula bermain.
Sekiranya tidak ada yang menarik, kita boleh menatal ke bawah dan mencari permainan atau memilih dari koleksi kategori di bahagian bawah. Seperti yang TB nyatakan sebelum ini, Salah satu perkara yang TB gemar mengenai laman web ini ialah tiada pendaftaran dan tiada iklan. Ini juga salah satu faktor yang menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak bermain. Perasan tak.. ada sesetengah game online itu kerap sangat memaparkan iklan sehingga anak-anak pun asyik tersilap terklik pada iklan itu ketika ia muncul waktu anak-anak sedang bermain game online.
Antara Kategori Game Online yang tersedia ada di website Play.org
Sports Games Untuk yang ini memang pilihan lelaki, perempuan pun tidak kurang juga. Bagi mereka yang sukakan game sukan seperti ini, boleh lah cuba bermain secara percuma.. pastinya ia akan menjadi kegilaan semua kerana ia sangat santai dan mengimbau kembali memori game ketika dahulu..
Player FavoritesHaa.. yang ni memang pilihan TB dan hubby, walaupun grafiknya tidak setanding permainan game yang terkini, tetapi ia cukup memuaskan hati bagi kami untuk melepaskan rasa tension ketika dihujani pelbagai kerja yang semakin hari semakin bertambah.. Dibawah ni TB share antara game pilihan TB, dan Game diatas adalah antara pilihan TB. dan kalau nak tahu game-game diatas ini juga adalah pilihan favourite player tau.. Tak percaya? boleh tengok Bintang / STAR yang diberikan.. 5 STAR semuanya.. lelaki dna perempuan pun suka main, malah budak-budak pun. Sebab game ini simple dan tak ekstreme sangat..
PinBall
Bagi barisan game ini pula, pastinya memang ramai juga yang meminati game PinBall ini. TB pun suka juga. Ini adalah antara game online yang TB akan mainkan kalau tiba waktu senggang atau bosan
Cartoon Games
Kalau lihat pada permainan-permainan yang ada diatas, pastinya kita fikir ianya hanya untuk kanak-kanak sahaja tapi sebenarnya.. ia sungguh mengasyikkan untuk mereka yang sukakan sesuatu yang comel dan terlalu mudah untuk menang. hehe ...
Simulation Games
Yes! ini games paling TB suka. My Favourite! Game ini sangat mengujakan TB. Game ini boleh buat TB rasa kepuasan dalam memenangi setiap level.. Suka sangat game yang bersifat simulation ni, sebab ia seolah-olah kita yang berada dalam game itu. Kita kontrol keadaan, semasa dan realiti
Base Defense
Ok. TB suka yang ni juga! game tentang perang-perang dan lawan-lawan. Sangat mengasyikkan. Anak pun suka game ini.. Tetap antara game pilihan TB dan family juga. Game percuma kan, siapa yang tak asyik sangat bermain tanpa jemu.
Arcade Classics
Ini antara game paling mengimbau memori sebab banyak sangat permainan-permainan yang diinspirasi dari game online yang dahulunya popular di kalangan mereka yang era 80 an dulu-dulu.. Game online seperti ini pastinya akan terus diminati sampai bila-bila kerana ia masih mempunyai peminatnya tersendiri termasuklah TB juga.
Retro Pixels
Secara jujurnya TB belum pernah sekalipun bermain game online dari kategroi Game Pixel ini. Tapi tertarik juga nak mencuba kerana melihat rating star nya juga menarik.. bolehlah cuba kalau free nanti
Permainan Game Online Yang TB dan Famili SukaHaaa.. Sekarang ni TB nak share pulak antara game online yang TB dah main dalam website plays.org ni.. TB sempat senaraikan yang ini je dulu sebab masa agak terhad nak bermain semua game kan.. Memang terasa excited sangat nak mainkan kesemuanya tapi apakan daya masa lapang tu agak terhad bagi ibu yang ada anak kecil ni.. heheh.. Apa-apa pun jemput baca yea..
Tap SupermarketGrocery store simulation game
Ini antara game yang TB paling suka main sejak zaman remaja lagi. Memang suka game yang berkaitan Grocery Store, Restaurant, mahupun stall jual makanan.. seronok sangat bila main macam rasa kita owner kedai/restoran yang sebenar..
Berkenaan Game ini dan cara-cara bermain :Ini adalah permainan simulasi kedai runcit di mana pemain memastikan kedai runcit berjalan lancar
Klik di atas pelanggan di barisan pembayaran untuk berhubung / berinteraksi dengan mereka
Klik bulatan berputar untuk mengisi semula barang
Simpan dan berjimat dengan wang, supaya dapat membelanjakannya untuk mengembangkan barisan inventori
Permainan ini mempunyai 3 fungsi asas yang harus dilakukan oleh pemain:1.) Lihat Pelanggan / Layan pelanggan yang ingin membuat pembayaran di kaunter dengan cepat. 2.) Pastikan stok barang yang dijual dalam bakul jualan cukup, kalau kurang kena tambahkan3.) Luaskan inventori kedai untuk letak lebih banyak barang jualan
Lihat pelanggan / layan Pelanggan
Cara Bermain :Pelanggan yang menunggu untuk checkout akan mempunyai bulatan hijau di atas kepala mereka yang menunjukkan berapa lama mereka menunggu dan berapa lama mereka bersedia menunggu. Klik pada mereka untuk mendapatkan pembelian mereka
Sekiranya terdapat banyak pelanggan berturut-turut, kita boleh mengklik dengan cepat sekumpulan mereka supaya kita dapat menumpukan perhatian pada bahagian permainan yang lain. Haha.. ketika ini TB ada perhatikan pelanggan yang terus keluar market dengan emoji marah di atas kepala nya.. Masa tu TB tak tau kenapa pelanggan tu itu marah, kemudian terlihat bakul jualan dah kosong, barulah TB tahu kenapa pelanggan marah. so kita perlu topup bekalan stok ke dalam bakul jualan tersebut. Jangan biar kosong ye
Level Up! Salah satu peningkatan pertama yang harus kita beli dalam permainan adalah membuka barisan kaunter pembayaran yang kedua, yang berharga $ 1,000. Masa ni dah kalut sangat sebab ramai sangat pelanggan dah datang
Simpan stor Apabila barang habis terjual, lingkaran hijau muncul di atasnya yang menunjukkan bahawa ia perlu diisi semula. Jangan lupa untuk memeriksa bilik stok secara berkala untuk melihat apakah ia perlu diisi semula.
Selepas itu kita boleh membeli palet ketiga di ruang stok dengan harga $ 5,000, yang sangat berguna apabila kedai semakin sibuk. ketika ini boleh la kita buat susun atur kedai sedikit agar nempak kemas dah mudah untuk pelanggan
Luaskan inventoriBahagian atas kedai runcit mempunyai tempat di mana kita boleh meletakkan barisan inventori baru
Semasa menjana pendapatan, duit keuntungan itu kita bolehlah membeli alatan untuk upgrade untuk menyimpan barang-barang ini
Oh ya.. ada pemain yang suka dengar sound dan ada juga yang suka bermain dengan senyap sahaja, jangan risau, disudut kanan atas skrin telah tersedia butang untuk menghidupkan atau mematikan suara
Yang bestnya selepas bermain kita terasa nak berhenti, kita boleh sahaj tinggalkan game kita kerana setakat mana permainan yang kita dah main telah disimpan dipenyemak imbas web kita. so, kita boleh meneruskan dari mana kita berhenti jika berehat dari permainan
Kesimpulannya, ketika bermain game ini TB berasa seronok kerana dapat memuaskan hati pelanggan yang datang dan paling kelakar bila masa mula-mula main tu, terpandang emoji Angry diatas kepala pelanggan dan tak tahu apa puncanya pelanggan angry .. so bila dah lama-lama main, baru tahu dan kita pun semakin mahir bermain. Seperti menjaga kedai / supermarket sendiri je .. haha ..
Pac Rat Game Inspired by Pac Man
Ini adalah pembuatan semula game versi moden yang diinspirasikan oleh Pac Man klasik hit arcade. TB suka kucing tetapi permainan ini benar-benar membuat kucing jadi penjahat dalam game tersebut. Bagi TB Pac Rat Game ni adalah permainan yang menyeronokkan untuk dimainkan berulang kali
Cara memainkan game ini, ialah.. Kita sebagai Tikus, perlu makan keju di sepanjang ruang dan perlu berhati-hati untuk elak dari dimakan kucing kecuali kita mempunyai pelet kuasa, jadi perlakukannya seperti keju.. Makan je kucing tu macam makan keju.. Setiap tahap selesai apabila semua keju telah dimakan
Cara nak gerakkan Tikus tu ialah menggunakan butang anak panah arah pada papan kekunci. Sekiranya kucing menyerang tikus, watak tikus akan mati kecuali tikus baru sahaja memakan pelet yang kuat dan bercahaya. ha, selepas memakan salah satu pelet kuasa di sudut skrin kucing akan kelihatan takut dan tikus korang akan bersinar. Pada masa ini korang boleh memakan anak kucing. dan mereka akan berubah menjadi hantu, kembali ke pangkalan pusat, kemudian cuba mengejar korang lagi
Game ini walaupun ada persamaan dengan Pac Man namun permainan ini jauh lebih mudah daripada kerana ia hanya mempunyai 6 tingkat, ia mempunyai 3 kucing dan bukannya 4 hantu, dan kelajuan watak relatif juga memihak kepada pemain
Oh ya, prestasi permainan kita akan disimpan di penyemak imbas web tempatan kita. So selepas kita melepasi tahap tertentu, kita dapat memainkannya semula sesuka hati, walaupun kita harus mengalahkan tahap semasa untuk membuka tahap berikutnya
Neon Invaders – Free Space Invaders Shooting Game
Permainan ini adalah pembuatan semula versi moden yang indah yang diilhamkan oleh Space Invaders klasik arcade. Cukup hebat untuk mencari salah satu permainan kanak-kanak terbaik website ini. Neon Invaders ini adalah versi baru untuk permainan klasik. TB suka permainan ini. Pada mulanya TB ingatkan ia game Space Armada, Galactic Chase, dan Space Invaders
Cara bermain :
Tekan Space Bar di papan kekunci untuk menembak makhluk asing dan Gerakkan ke kiri dan kanan untuk mengelakkan tembakan semasa menembak ke arah mereka. Yang ini kita guna butang anak panah atas bawah kiri kanan tu saja. mudah kan..
Gunakan benteng/pengkalan untuk menyekat tembakan musuh atau mengelakkan tembakannya dengan bergerak ke kiri atau kanan. Caranya gerakkan kapal korang dari sisi ke sisi menggunakan kekunci anak panah korang atau gunakan butang di bahagian kiri bawah skrin
Seperti biasa untuk game ini kita diberikan 3 nyawa untuk memulakan permainan . Setiap kali peluru menghantam kapal korang, korang akan kehilangan nyawa. Sekiranya meter kuasa di bahagian atas skrin menjadi sifar, korang juga akan mati
Oh ya, seperti game-game space incaders yang sebelum ini, akan ada jantung/nyawa yang turun dari atas dan kita kena cepat mendapatkan untuk memberi nyawa kepada kita, tapi sekiranya kita sudah mempunyai 3 nyawa maka kita tidak akan mendapat nyawa keempat, walaubagaimanapun ini juga meningkatkan kekuatan kita
Tapi.. yang frustnya.. satu je tentang game ni, Sekiranya permainan berakhir dan kita bermain lagi, kita terpaksa bermula dari awal.
Star Wars X-Wing Fighter Flying Game
TB sukakan yang ini, sebab grafik dia nampak cantik sikit dari yang lain. cara bermain pun sangat seronok. Kita [erlu menembak Kapal musuh dan perlu elak dari terkena tembakan. Kalau dah terkena tembakan kita perlu kumpul tenaga termasuk kesihatan untuk memulihkan nyawa kita. Seterusnya kita perlu capai target dan selesaikan misi dan mata markah dalam pusingan simulasi untuk menaik taraf kapal lebih jauh
Play Star Wars X-Wing Fighter Game Onlinegame ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. namun untuk bermain game ini, perlu menunggu loading yang lama sikit berbanding game simple yang lain (tidaklah terlalu lama) kerana Saiz game ini besar sedikit.
Cara bermainnya sngat mudah,hanya gunakan kekunci tetikus atau anak panah untuk menggerakkan jet pejuang korang secara menegak dan mendatar
Tekan Space bar atau tetikus untuk mengisi meriam laser anda
Permainan ini menawarkan tiga tahap
Pertempuran di TakodanaSerangan Pangkalan StarkillerSimulasi
Kesimpulannya, TB terlalu suka website ini kerana semua permainan yang tersedia dalam website ini adalah permainan yang sangat santai dan tidak perlu memerah otak atau tidak perlu terlalu agresif untuk mencapai kemenangan. Just main ketika ada masa lapang dan berhenti sekiranya perlu.. Selepas itu boleh sambung bermain di masa yang lain pula
Plays.Org sangat berbaloi untuk mereka yang sukakan game online yang santai dan percuma. Kita tidak perlu melanggan, tidak perlu membuat pembayaran, atau memuat turun apa sahaja!. Ini adalah platform berasaskan web yang serasi dengan kedua-dua iO, Android, dan semua jenis penyemak imbas mudah alih dan komputer.
Semasa kecil dulu TB ada bermain permainan di PC, permainan konsol, dan sekarang juga permainan mudah alih. Bermain game online ini adalah adalah sumber keseronokan, kegembiraan, dan keselesaan bagi mereka yang kebosanan apatah lagi ketika terkurung didalam rumah ketika pandemik ini. Terdapat kajian menunjukkan bahawa bermain permainan video atau game online dapat membantu kita mengatasi kemurungan.
Untuk bermain game tidak semestinya rumit, kita boleh hilangkan kebosanan dan menikmati keseronokan dalam permainan yang lebih santai seperti menjawap teka-teki, mengeja perkataan, mencari objek tersembunyi, tembak-menembak, dan lain-lain lagi.
TB telah mencuba permainan play.org di komputer, tablet dan telefon bimbit. Semuanya berfungsi dengan baik! TB puas hati dan seronok apabila menjumpai website ini. Tak perlu muat turun. Tiada aplikasi atau jenis perisian. kita cuma memainkan semuanya dari penyemak imbas kita sahaja. Yang paling penting tiada iklan. Inilah yang membezakan plays.org dengan laman web online games yang lain. TB sangat tidak suka apabila iklan tiba-tiba muncul pada pertengahan permainan. Ia mengganggu dan merosakkan momentum kita yang tengah asyik bermain.
So, korang tunggu apa lagi? boleh la try mencuba game-game yang ada di website ini ye.. pasti korang suka sampai melekat tak mahu berhenti..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.tengkubutang.com/2021/06/playsorg-menyediakan-lebih-150-game.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+SharingMyCeritera+(Sharing+My+Ceritera)