Main Game Di Plays Org Percuma Tanpa Iklan


AssalamualaikumBismillah
Hari ini aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah website yang terbaik untuk main game. Dalam website ini terdapat lebih 100 pilihan game yang korang boleh pilih dan main. 
Percuma pula tu! Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke website Plays.org  Siapa yang suka memang suka sangat main game tu boleh terus main game kat Plays.org. Percuma dan tak ada iklan.
Aku pun baru juga tahu kewujudan laman website ini. Aku bukanlah seorang yang selalu main game, tetapi sekiranya ada masa terluang, selalu jugalah habiskan masa main game di smartphone aku. 

Cuma sejak belakangan ini aku rasa bosan pula dengan game yang ada. Candy Crush, Crossword, Magic Tiles dan banyak lagi yang yang ada ini banyak makan data internet. Terutama game SuperStar YG hehe

Yang tak bestnya main game kat handphone ni kalau line slow sangat. Memang berjanggut lah menunggu, lastly tak dapat main. Sejak aku tahu tentang website Plays.org ni aku memang jarang dah buka game kat handphone. 
Line internet masalah, nak pass setiap level pun kadang payah. Kalau kat Plays.org ni seronok dapat main ramai-ramai dengan adik. 
Permainan Dulu Dan SekarangKalau korang perasan, dulu dan sekarang sangat berbeza kan? Kalau dulu-dulu, kita suka-suka sahaja keluar bermain dengan kawan. Memang padu kena marah dan teriak oleh sang ibu, tapi yelah, budak-budak kan lagi masa tu

Asal pergi rumah kawan, mulalah main macam-macam permainan yang tak perlukan telefon langsung. Selalu main kejar-kejar, kahwin-kahwin, masak-masak walaupun cuma guna daun sebagai piring. Memang tak habis kalau nak cerita semula

Tapi kadang-kadang tak dapat keluar, kalau bukan sebab hujan, mesti sebab kena marah dengan ibu. Masa tulah, terperap jer kat rumah. Nasib baik ada penyelamat! Kalau tak dapat keluar, aku dan adik-beradik aku akan main game lain. Salah satunya game famous ni. Brick Game! 

Tapi masa tu, cuma ada satu jer jadi kena ganti-ganti main. Sampai bergaduh sebab berebut nak main. Lepas tu kena pukul sebab bising sangat. Aduhai.

Tapi sekarang, zaman dah berubah. Masing-masing dah ada telefon canggih. Laptop canggih. Semua dah boleh main online. Nak jumpa pun boleh dari alam maya. Memandangkan sekarang masih lagi PKP, memang tak dapat lah nak jumpa. Harapkan telefon sahaja untuk terus berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan yang jauh di sana.


Main game di Plays.orgKembali kepada topik utama kita iaitu website Plays.org yang korang boleh masuk untuk isi masa lapang korang. Mesti ada antara korang tu yang tak tahu nak buat apa masa di rumah ni kan? Jangan risau! Jom main game di Plays.org
Kat bawah ni aku tunjukkan katalog game yang terdapat dalam website ni. Ada banyak pilihan kan.?Pilih sahaja kategori yang macam mana korang suka. Macam aku pula suka game jenis Food, Memory, Word Search, Simulation dan banyak lagi. 

Korang pilihlah kategori yang macam mana yang korang suka. Tak perlu lagi susah payah cari satu-persatu. Semuanya dah disediakan. Hanya korang main sepuas-puasnya saja. Bukan itu sahaja, game ini juga sesuai untuk semua peringkat umur. 
Malah game untuk kanak-kanak pun ada juga. Ia termasuk dalam kategori kids, kindergarden, maths, quiz, macam-macam lah. Sambil main game pun boleh belajar juga. 


Percuma dan Tiada Iklan!Masa pertama kali tau pasal laman ni, aku pun cubalah masuk sebab nak main. Seronok sangat main sampai tak sedar dah hampir sejam aku duduk. Sampai sejuk kopi aku masa tu. 
Kalau main game di sini, korang tak perlu risau pasal nak download. Sebab di sini, boleh main direct tanpa perlu download game tu. Jadi korang boleh masuk di laman ni dan main sepuas hati. Tak perlu risau pasal handphone full storage sebab game ni hanya perlukan data internet sahaja.
Game ni juga percuma. Tak perlukan apa-apa pembayaran pun. Kalau download dan main game yang dari Playstore, mesti ada beberapa yang perlu dibayar dahulu kan kalau nak masuk next level? Kalau kat Plays.org tak perlu bayar apa-apa.
Masa aku main tu, memang tak ada iklan langsung. Salah satu sebab kenapa aku boleh stay lama masa main game kerana tak ada gangguan langsung. Bukan macam game yang aku selalu main kat handphone. Setiap kali berjaya melepasi 1 level, mesti ada iklan. 
Lebih dari 100 Jenis Pilihan Game di Plays.orgSelain percuma dan tiada iklan, kat sini ada terlalu banyak pilihan! Lebih dari 100 jenis game. Ha, mana nak cari? Untuk siapa-siapa yang nak mengimbas kembali masa lalu, boleh singgah main sekejap ni laman ni. 
Salah satu game yang aku suka main kat sini ialah SpeedType Game: Improve Typing Speed & Accuracy. Memandangkan kerja aku ini menulis blog, aku nak juga uji kepantasan dan ketepatan aku menaip. 

Bukan itu sahaja, game yang ada kat website ni bukan semuanya untuk bermain sahaja. Ada juga game yang buat memerlukan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah untuk melepasi beberapa level. 
Contohnya macam game Greater Less Same: Timed Math Solving and Value Comparison Aku ni kurang mahir dalam Matematik, jadi bagi aku game ni boleh dikatakan susah juga nak kira tanpa kalkulator. Padahal game untuk budak-budak kot hahaha~ Siap ada masa lagi nak solve problem tu memang pening lah. 
Sebenarnya main game ni sebenarnya dapat buat korang berfikiran lebih terbuka. Lagipun, setiap orang perlukan sedikit hiburan dalam hidup. Apatah lagi waktu PKP sekarang ni kan langsung tak boleh keluar tanpa tujuan. 

Setiap game kat website Plays.org ini juga ada disediakan review, dari segi keseluruhan, reka bentuk, kesukaran dan main semula. Jadi sebelum mula main tu, korang boleh tengok bahagian sini dulu. Cara untuk bermain pun ada disediakan! Kalau korang tak tahu main, boleh baca instruction dulu.


Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak bagi ya. Siapa-siapa yang belum pernah masuk laman ni, aku syorkan korang main dulu sekejap. Cuba luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. Mungkin lepas tu korang berminat nak main lebih lama. Hehe

Apapun, mesti pandai tengok masa juga ya! Jangan terlalu bermain sampai lupa nak buat kerja korang. Untuk yang sedang bercuti tapi tak tahu nak buat apa-apa, apa lagi, jom ke website Plays.org ni dan main game





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/06/main-game-di-playsorg-percuma-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Plays Org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk Dimainkan Secara Percuma

Plays Org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk Dimainkan Secara Percuma

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 246 hits
Plays org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk dimainkan Secara PercumaPermainan dalam talian game online adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat anak anak muda mahupun warga yang bukan muda lagi tambahan pula di waktu pandemik ini mas...
Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays Org

Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays Org

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 353 hits
Bosan pkp bersambung lagi Dah buntu taktau nak buat apa Macam ciktie sendiri alhamdulillah sepanjang lockdown ni bergilir gilir masuk pejabat dan bekerja dari rumah Sesekali masuk pejabat haaa ambik ko Pulunlah bagi siap mana mana kerja yan...
Pemilik Pekerja Perniagaan Mikro Berbaris Untuk Makanan Percuma Kata Persatuan

Pemilik Pekerja Perniagaan Mikro Berbaris Untuk Makanan Percuma Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 193 hits
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Michael Kang berkata individu dalam kumpulan M40 kini menjadi kategori B40 PETALING JAYA Putrajaya digesa memberikan bantuan kewangan segera kepada pemilik perniagaan kecil yang kin...
Yoodo Power Pass Cara Langgan Sim Percuma Pelan Terbaik Unlimited 2021

Yoodo Power Pass Cara Langgan Sim Percuma Pelan Terbaik Unlimited 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 315 hits
yoodo power pass sim prepaid terbaik 2021 kenapa pilih yoodo lihat video dibawah
Tambang Percuma Naik Bot Laju Pulau Pinang Mulai 1 Julai 31 Disember

Tambang Percuma Naik Bot Laju Pulau Pinang Mulai 1 Julai 31 Disember

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 263 hits
Warga Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bot penumpang laju di Pulau Pinang boleh menikmatinya secara percuma bermula 1 Julai sehingga 31 Dis tahun ini Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata ini...
Tutorial Trick Menonton Channel Astruk Dan Seluruh Dunia Percuma Menggunakan Tivimate Premium

Tutorial Trick Menonton Channel Astruk Dan Seluruh Dunia Percuma Menggunakan Tivimate Premium

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 783 hits
Give Away Percuma saluran tv seluruh dunia termasuk Astruk menggunakan Tivimate Premium Ikuti langkah langkah yang diberikan seperti di bawah Aplikasi tivimate iptv ini boleh didapati di playstore bagi pengguna Android Boleh dipasang pada T...
Telefon Yes Percuma Meletup 11 Telefon Terbaik Bawah Rm200 Sesuai Pdpr Video

Telefon Yes Percuma Meletup 11 Telefon Terbaik Bawah Rm200 Sesuai Pdpr Video

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 583 hits
Telefon YES percuma meletup 11 telefon terbaik bawah RM100 RM200 sesuai untuk pelajar PdPRtelefon yes 4g jaringan prihatin percuma meletup credit image to the owner telefon yes 4g jaringan prihatin percuma meletuptelefon yes 4g jaringan pri...
Best Free Online Games At Play Org

Best Free Online Games At Play Org

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 435 hits
Best Online Free Games At Play org When the Lockdown was announced a couple of days ago not everyone is so pleased the worries loss of patience stressful and everyone believe that will be prolonged same as the previous MCO The daily routine...
Elok Pegi M4ti Je Lah Ameng Trpaksa Repot Poiis Selepas Ada Org Komen Camtu Masa Dia Tgh Live

Elok Pegi M4ti Je Lah Ameng Trpaksa Repot Poiis Selepas Ada Org Komen Camtu Masa Dia Tgh Live

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 196 hits
Rasanya orang yang berfikiran ngatif dan bvruk sangka pada orang ni elok dia pergi m4ti saja lah Itu respon pedas penyanyi Ameng yang dimuatnaik di Instagram beliau pagi ini terhadap segelintir individu yang meninggalkan komen jeIik terhada...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Ultimate Guide To Ghibli Park

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru