Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays Org
Bosan pkp bersambung lagi? Dah buntu taktau nak buat apa. Macam ciktie sendiri, alhamdulillah, sepanjang lockdown ni bergilir-gilir masuk pejabat dan bekerja dari rumah. Sesekali masuk pejabat haaa ambik ko. Pulunlah bagi siap mana-mana kerja yang perlu diselesaikan dengan segera. Balik rumah ataupun BDR pula haaa dengan kerenah anak-anak buah berdua tu yang entahlah biasalah budak-budak kan. Nampak aje achiknya mulalah macam-macam. Itulah inilah.. layankan ajelah walaupun sesekali tak terdaya juga dibuatnya.
Tapi seronok aje sebenarnya layan kerenah diorang ni. Dengan muka cute miut, cakap sesekali pelat, ada tu sampai kita pun tak faham. Kesian dia jenuh terangkan sampai merajuk lah nak bagi kita faham 😬😬
Oklah, baru-baru ni ajak diorang main games online dekat laptop maknya. Kesian juga tak dapat nak penuhi permintaan untuk belikan plastesin yang dimintanya tempohari. Kebetulan kedai buku tutup dan stok dekat kedai runcit tu dah habis. So, nak buat macamana kan?? Mula-mula ajak tu saje aje nak cuba. Lepas tu hahaha tertarik terus. Terus melekat dekat laptop ! Nasib baiklah kebanyakan games dalam laman web tu boleh akses guna phone dan juga tablet. Bolehlah biarkan diorang main sendirian sementara kita buat benda lain.
Mengamik kenangan sebenarnya kebanyakan games dalam website plays.org ni. Banyak yang ciktie pernah main terutamanya masa belajar dekat Politeknik dulu. Teringat kenangan di Kafeteria bermain games shake dengan bff sementara menunggu order makanan kami siap dulu. Walaupun masa tu takdelah pandai pun tapi bolehlah untuk lepaskan kebosanan dan stress belajar.
Tapi seronok juga sesekali dapat main games camni. Bolehlah juga kurangkan tekanan dan hilangkan stress dengan keadaan kita sekarang ini. Nak keluar bersantai dengan anak buah seperti sebelum ini pun dah tak boleh. Asyik repeat aktiviti yang sama ajelah setiap hari ni.
Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays.OrgBetul ke website Plays.Org boleh hilangkan tekanan kerja ataupun stress ??
Mempunyai lebih dari 150 jenis pilihan permainan atas talian (games) secara PERCUMA yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Cara nak main mudah aje..kita boleh direct main mana-mana game yang kita kehendaki dimana-mana sahaja dan bila-bila masa yang kita nak, tanpa perlu register ataupun daftar terlebih dahulu. Senang kata semua game dalam ni adalah free ! Nak terus main ataupun nak usha-usha dulu pun boleh.
Untuk pilihan permainannya kita boleh tengok dekat katalog, bahagian bawah sekali website https://plays.org/games ianya tu. Haa senang aje kan cari 😘
Senang akses, Tiada Iklan, Tak Perlu Register & Tak Perlu Download !
Kita boleh direct akses menggunakan phone, tablet, laptop mahupun komputer. Televisyen pun rasanya boleh kot janji ada sambungan internet. Lepas tu bolehlah main sampai puas tanpa apa-apa gangguan. Loading pun cepat tapi lainlah kalau data internet kita dah berkurangan. Repeat berapa kali pun boleh tanpa perlu risau game over.
Iklan pun takde tau! Kebiasaannya kalau kita nak up level baru memang tak sah kalau takde iklan. Nak-nak pula benda free dekat 5-10 minit jugalah nak kena tunggu sesi iklannya ini sampai habis. Kalau dibuatnya kita skip ataupun klik button X, alamatnyaa boleh ter rugilah satu point kan.
Haaaa lagi best kita tak payah susah-susah nak kena download bagai ! Bab yang kena download ni sebenarnya kita tak berapa suka sangat. Ialah memori phone pun bukannya banyak mana sangat. Inipun dah penuh dengan gambar dan video dah, belum lagi masuk dokumen berkaitan hal-hal kerja lagi.. Nanti nak tak nak kena buang pula 😟😟
Kenapa Perlu Pilih Plays.Org ??Lebih daripada 150 jenis permainan, Stail & Corak Permainan !Ada macam-macam jenis games dekat dalam ni, ada yang stail biasa, classic, main tekan-tekan aje, yang stail menguji minda pun ada. Ada yang kita boleh main secara berkumpulan, 2 atau 3 ataupun 4 orang sekali main. Yang camni lagi best! Lagi seronok. Memang boleh riuh serumah.
Plays.Org | Pac-Rat Permainan Paling Digemari Yang paling ciktie suka games Pac-Rat ni ! Tapi main dekat PC ajelah senang nak buat pergerakan guna anak panah kiri kanan, atas bawah dekat keyboard ajelah kalau main dekat phone habislah. Menguji kemahiran / ketangkasan kita melihat dan bertindak! Hahaha 2/3 kali main asyik game over je. Geram aje sebab tak sempat nak bawa lari tikus dari dikejar 3 ekor kucing tu hikhik
Cara mainnya mudah aje untuk ke next level, kita kena habiskan kesemua keju dalam stage tu. Dan untuk mengelakkan kita dimakan oleh kucing, kita kena makan pelet kuasa tak boleh makan sekali gus untuk takutkan kucing dalam satu tempoh masa. Haaa pastu cepat-cepat habiskan keju tu untuk ke level seterusnya.
Sebenarnya banyak lagi game dalam plays.org ini yang ciktie suka antaranya macam pinball, Zombie, Brick Out tapi yang ini biasanya ciktie main menggunakan phone ajelah sambil-sambil melihat anak-anak buah bermain. Dapatlah juga hilangkan stress dan tension sesekali musim-musim PKP camni. Yang si kakak Fatma pun dah pandai dah. Nampak aje laptop ataupun tablet mulalah nak main games zombie. Tak zombie nak mewarna, mengira pula. Mau berebut laptop dan tablet dengan maknya.
Walaupun dah pandai main permainan atas online, kita yang dewasa ini kenalah bijak mengatur masa dan strategik. Kena tengok dan pantau juga. Sampai masanya tutuplah data tu. Tiadalah tumpuannya hanya ke situ aje. Betul tak??
Oklah cukup setakat ini dulu untuk kali ini. Kepada korang yang masih lagi tercari-cari game apa yang sesuai untuk menghilangkan stress sepanjang lockdown ini. Boleh layari laman web Plays.org ini yer ✌️
Pilih dan mainlah selagi nak ! Hingga jumpa lagi, bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2021/06/hilangkan-stress-sepanjang-lockdown.html