Pksk Permohonan Tingkatan 1 Dan 4 Ke Sekolah Khusus


Permohonan Ujian Pentaksiran ke Sekolah Khusus (PKSK) sesi 2026/2027 kini telah dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025. 
Permohonan PKSK sesi 2026/2027 boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my  (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my  (Tingkatan 4) untuk murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM).
Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM boleh membuat permohonan melalui pautan berikut: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm.
Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah khusus seperti  seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan MRSM, permohonan menduduki Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah WAJIB.

Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 1
Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 4
Apa itu PKSK? Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai dan memilih pelajar yang layak memasuki sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Ujian ini adalah satu syarat utama yang wajib dipatuhi oleh semua calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sekolah khas tersebut.

Tarikh-tarikh Penting PKSK 2026/2027 BACA JUGA: Semakan PKSK 2026/2027 & Tarikh Permohonan Dibuka
Format Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2026/2027 Ujian PKSK terdiri daripada tiga bahagian utama:
BahagianKomponenSoalan/FormatPeratus MarkahTempohCatatanAKecerdasan Insaniah30 soalan objektif20%90 minitEQ, SQ, SSQ; tiada jawapan betul/salahBKecerdasan Intelek70 soalan objektif70%90 minitIQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah, Math/Sains (qualitatif & kuantitatif), Bahasa Inggeris (10 soalan)CArtikulasi Penulisan1 karangan (pilih daripada 3 tajuk)10%45 minitKarangan Bahasa Melayu: min 100 patah (T1), 250 patah (T4) Bahagian A: Kecerdasan Insaniah
Untuk mengukur karakter dan keperibadian murid (emosi, spiritual, sosial). Skop: EQ (Emotional Quotient), SQ (Spiritual Quotient), SSQ (Social Quotient). Bentuk: 30 soalan objektif, tiada jawapan betul atau salah. Sumbangan Markah: 20%. Bahagian B: Kecerdasan Intelek
Mengukur tahap kognitif (IQ), pengetahuan am, serta kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai subjek termasuk Matematik, Sains, Teknologi, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris. Bentuk: 70 soalan objektif (pilihan berganda). Bahasa Inggeris diuji menerusi 10 soalan khas. Sumbangan markah 70%. Jawapan “betul” diberikan 1 markah, “salah” 0 markah. Bahagian C: Artikulasi Penulisan
Calon memilih 1 daripada 3 tajuk yang diberikan untuk menghasilkan karangan Bahasa Melayu. Minimum perkataan: 100 untuk Tingkatan 1, 250 untuk Tingkatan 4. Tempoh: 45 minit. Sumbangan markah 10%. Fokus kepada idea, pendapat serta hujah calon.
Format PKSK
Cara PKSK Dilaksanakan Ujian berfasa:
Fasa 1: Calon menjawab Bahagian C (karangan) secara bertulis di pusat pentaksiran. Fasa 2: Calon menjawab Bahagian A & B secara dalam talian di pusat pentaksiran dengan tempoh lebih kurang 90 minit. Jenis-jenis Sekolah Jenis-jenis Sekolah Khusus yang wajib menduduki PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) sebagai syarat utama kemasukan ialah:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kolej Vokasional (KV) Maktab Tentera Diraja (MTD) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) (ambilan terbaru telah diselaraskan di bawah PKSK mulai sesi 2026/2027) Pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di semua sekolah khusus ini diwajibkan menduduki PKSK sebagai syarat kemasukan rasmi yang utama.
Proses Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus PKSK Proses Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus PKSK Berikut ialah proses permohonan rasmi ke Sekolah Khusus KPM bagi sesi 2026/2027:
LANGKAH 1: PERMOHONAN ONLINE
Tempoh permohonan: 1 Ogos hingga 7 September 2025.
Permohonan boleh dilakukan melalui:
Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM): Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm Pemohon perlu sediakan:
Nombor MyKad/MyKid murid. Nombor MyKad Penjaga Utama. Pilihan sekolah khusus (SBP, SMKA, SMT, KV, MTD, MRSM). Pilihan lokasi pusat ujian PKSK. NOTA: Pastikan maklumat murid/penjaga dikemaskini dalam Modul Pengurusan Murid (APDM/MOEIS).
LANGKAH 2: SEMAKAN PUSAT UJIAN
Semak pusat ujian, tarikh, & masa:
Tingkatan 1: 12 September hingga 17 Oktober 2025 Tingkatan 4: 12 September hingga 3 Oktober 2025 LANGKAH 3: AMBIL UJIAN PKSK
Ujian PKSK meliputi:
Kecerdasan Insaniah (20%) Kecerdasan Intelek (70%) Penulisan Karangan (10%) Tarik ujian PKSK:
Tingkatan 1: 6-17 Oktober 2025 Tingkatan 4: 22 September-3 Oktober 2025 LANGKAH 4: PROSES PENILAIAN
Markah PKSK akan dinilai secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan SBP, SMKA, KV, SMT, MTD, dan MRSM.
Tiada temuduga kelayakan untuk SBP/SMKA/KV/SMT/MTD/MRSM – pelantikan dan pemilihan hanya berdasarkan keputusan PKSK dan merit akademik.
LANGKAH 5: SEMAKAN TAWARAN
Semak keputusan penempatan boleh dilakukan mengikut maklumat di bawah:
Tarikh Keputusan Tawaran: 26 Disember 2025. Portal semakan sama: Tingkatan 1: spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1  Tingkatan 4: spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4  LANGKAH 6: RAYUAN (JIKA TAK BERJAYA)
Permohonan rayuan online: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026 Keputusan rayuan: 6 – 10 Februari 2026 LANGKAH 7: PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUS
Tarikh pendaftaran pelajar: 13 Januari 2026 Pendaftar di sekolah yang ditawarkan dan mula sesi baharu Siapa Yang Wajib Ambil PKSK? Murid Tahun 6 sesi semasa (iaitu, murid berumur 12 tahun pada tahun 2025) yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan 1 di Sekolah Khusus (SBP, SMKA, SMT, KV, MTD, MRSM) bagi tahun 2026. Murid Tingkatan 3 sesi semasa (iaitu, murid berumur 15 tahun pada tahun 2025) yang ingin memohon kemasukan ke Tingkatan 4 di Sekolah Khusus yang sama bagi tahun 2026. Syarat tambahan utama: Warganegara Malaysia Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2026) Berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid KPM (APDM/MOEIS). Jadi, hanya murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 sesi semasa yang memenuhi syarat ini, layak memohon dan perlu menduduki PKSK sebagai syarat utama kemasukan ke mana-mana Sekolah Khusus sesi 2026/2027.
Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
Tarikh Penting PKSK 2026 Tingkatan 1Tingkatan 4Permohonan Online1 Ogos – 7 September 20251 Ogos – 7 September 2025Semakan Pusat Ujian12 Sep – 17 Okt 202512 Sep – 3 Okt 2025Ujian PKSK Dilaksanakan6 – 17 Oktober 202522 Sep – 3 Oktober 2025Semakan Keputusan Tawaran26 Disember 202526 Disember 2025Rayuan26 Dis – 13 Jan 202626 Dis – 13 Jan 2026Semakan Rayuan6 – 10 Februari 20266 – 10 Februari 2026Pendaftaran Sekolah13 Januari 202613 Januari 2026 Garis Masa PKSK Tingkatan 1 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 4 2026
Persediaan & Tips Penting PKSK Berikut adalah beberapa tips penting untuk calon yang akan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) sesi 2026/2027:
Fahami Format Ujian: Ketahui tiga bahagian utama PKSK iaitu Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ), Kecerdasan Intelek (IQ dan pengetahuan akademik), serta Penulisan Karangan. Latih Diri dengan Contoh Soalan: Amalkan menjawab soalan objektif dan penulisan karangan. Ini membantu biasakan diri dengan jenis soalan dan masa yang diberikan. Bawa Dokumen Penting: Pastikan bawa MyKad/MyKid, slip menduduki PKSK, dan alat tulis yang diperlukan pada hari ujian. Patuhi Waktu Ujian: Hadir di pusat ujian tepat pada masa yang ditetapkan dan ikut arahan staf pusat ujian. Jaga Kesihatan: Pastikan cukup rehat dan makan sebelum hari ujian supaya fokus dan tenang semasa menjawab. Pakai Pakaian Sekolah Lengkap: Ikut kod pemakaian sekolah yang ditetapkan untuk kelancaran proses ujian. Tenang dan Fokus: Urus masa dengan baik ketika menjawab soalan, jangan terburu-buru dan baca soalan dengan teliti. Semak Maklumat Semasa: Sentiasa rujuk portal rasmi untuk sebarang perubahan atau maklumat terbaru berkaitan PKSK.
Jangan lupa cetak Slip Menduduki PKSK sebelum mengambil ujian
BACA JUGA: Contoh Karangan PKSK Tingkatan 1 dan 4 – Tips Berguna
Semakan Keputusan PKSK 2026/2027 Keputusan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dijangka diumumkan pada 26 Disember 2025.
Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
Untuk Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my Untuk Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my Pada laman web ini, masukkan maklumat yang diperlukan untuk melihat keputusan tawaran.
Pastikan sentiasa menyemak portal rasmi KPM untuk sebarang kemaskini atau maklumat penting berkaitan semakan keputusan PKSK.
Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Rayuan PKSK 2026/2027 Tempoh Rayuan PKSK: 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026.
Cara Membuat Rayuan: 
Rayuan hanya boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PKSK di:
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my  Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my  Pemohon perlu log masuk menggunakan nombor MyKad/MyKid untuk mengemukakan rayuan.
Keputusan Rayuan:
Keputusan rayuan akan diumumkan antara 6 hingga 10 Februari 2026 melalui portal semakan yang sama.
Rayuan dibuka untuk mereka yang tidak tersenarai dalam tawaran kemasukan sekolah khusus hasil keputusan PKSK. Tiada rayuan secara manual atau bertulis, semua proses adalah atas talian sahaja.
Pastikan ibu bapa dan calon sentiasa memantau portal rasmi untuk maklumat terkini dan arahan lengkap berkenaan rayuan PKSK.
Contoh Soalan PKSK Contoh soalan PKSK mengikut bahagian utama ujian adalah seperti berikut:
Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) — 20%
Soalan menilai kecerdasan emosi, kerohanian, dan sosial calon. Tiada jawapan betul/salah, penilaian berdasarkan sikap dan nilai murni.
Contoh soalan:

“Apa langkah yang anda ambil untuk mengurus tekanan di sekolah?” “Bagaimana anda menyelesaikan konflik dengan rakan sebaya?” “Jika kamu dibuli di asrama, apa tindakan yang sesuai?” “Apa yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan penjaga asrama untuk kali pertama?”
Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) — 70%
Soalan objektif berkaitan pelbagai subjek:
Matematik: “Jika harga sebuah buku RM12.50, berapakah kos membeli 8 buku?” Sains: “Apakah unit asas tenaga dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI)?” Bahasa Melayu: “Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul.” Sejarah: “Siapakah tokoh bapa pembangunan Malaysia?” Pengetahuan Am: “Apakah ibu negara Malaysia?”
Bahagian C: Artikulasi Penulisan — 10%
Calon menulis karangan dalam Bahasa Melayu berdasarkan salah satu tajuk yang diberikan. Minimum 100 patah perkataan (Tingkatan 1) atau 250 patah perkataan (Tingkatan 4). Contoh tajuk karangan termasuk “Peranan pelajar dalam menjaga kebersihan sekolah” atau “Ciri-ciri pemimpin yang disayangi”.
Calon digalakkan berlatih soalan-soalan ini bagi membiasakan diri dengan format dan jenis soalan PKSK. Latihan yang konsisten dapat membantu meningkatkan keyakinan dan prestasi semasa ujian. 
BACA JUGA: Contoh Soalan PKSK Beserta Jawapan – Bahagian A, B, C
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di
Laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia Twitter @KemPendidikan ATAU
Hubungi KPM di talian berikut:
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400 Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200 Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154 Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562 Soalan Lazim PKSK 1. Siapa yang wajib menduduki PKSK? Murid Tahun 6 yang ingin masuk Tingkatan 1 dan murid Tingkatan 3 yang ingin masuk Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus seperti SBP, SMKA, KV, SMT, MTD, dan MRSM wajib menduduki PKSK.
2. Apakah format ujian PKSK? PKSK mempunyai tiga bahagian:
– Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) – 20%
– Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) – 70%
– Bahagian C: Penulisan karangan Bahasa Melayu – 10%
3. Bagaimana cara membuat permohonan PKSK? Permohonan dibuat secara online di portal rasmi KPM iaitu spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) dan spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4).
4. Apakah tarikh penting PKSK untuk sesi 2026/2027? Permohonan: 1 Ogos – 7 September 2025
Semakan pusat ujian: 12 September – 17 Oktober 2025
Ujian PKSK Ting. 1: 6 – 17 Oktober 2025
Ujian PKSK Ting. 4: 22 September – 3 Oktober 2025
Keputusan: 26 Disember 2025
Rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Semakan rayuan: 6 – 10 Februari 2026
Pendaftaran sekolah: 13 Januari 2026
5. Bagaimana cara semak keputusan PKSK? Semakan keputusan dibuat secara online melalui portal rasmi yang sama seperti permohonan dengan menggunakan nombor MyKad.
6. Bolehkah murid sekolah swasta memohon MRSM melalui PKSK? Murid sekolah swasta yang tiada rekod dalam Modul Pengurusan Murid KPM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan bukan PKSK.
7. Bagaimana calon perlu membuat persediaan untuk PKSK? Calon digalakkan berlatih contoh soalan, memahami format ujian, menjaga kesihatan, dan memastikan hadir tepat pada masa ke pusat ujian.
8. Adakah temuduga dijalankan untuk sekolah khusus? Tiada. Kemasukan hanya berdasarkan PKSK & merit kecuali untuk beberapa program khas tertentu sahaja.
9. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke pusat ujian? MyKad/MyKid
Slip pendaftaran PKSK
Borang deklarasi kesihatan (jika ada)
Alat tulis
Pakaian seragam sekolah lengkap.
10. Jika tidak berjaya, apa boleh saya lakukan? Buat rayuan secara online dalam tempoh rayuan yang ditetapkan.
Keputusan rayuan diumumkan melalui portal PKSK.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pksk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pksk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4

Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 236 hits
Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Teknik Kolej Vokasional dan Maktab Tentera Diraja Permohonan...
Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 193 hits
Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara Per...
Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 205 hits
Setiap pagi dia bangun dengan hati yang berat Bukan kerana malas ke sekolah tapi kerana takut Takut akan ejekan Takut akan tolakkan bahu di koridor Takut suara yang menjerit di belakangnya menuduh memperlekeh menghina Di tempat yang sepatut...
Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 170 hits
Kisah menyayat hati melibatkan adik Zara Qairina pelajar perempuan yang menjadi mangsa buli di asrama kini bukan saja menarik perhatian rakyat Malaysia malah turut mengundang respons penuh emosi dari kalangan selebriti tanah air Salah seora...
Pengajar Sekolah Memandu Didakwa Pegang Paha Pelajar Perempuan Berusia 17 Tahun

Pengajar Sekolah Memandu Didakwa Pegang Paha Pelajar Perempuan Berusia 17 Tahun

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 163 hits
Sinar HarianChin Leong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun bulan lalu IPOH Seorang pengajar institut memandu mengaku tidak bersalah di Mahkam...
Kisah Stoking Sekolah

Kisah Stoking Sekolah

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum kisah stokin sekolah bikin adrenaline mencanak naik Dak Aish ada bagitau stoking sekolah dia dah banyak yang rosak dan saiz pun dah kecil Saya rancang nak belikan baru pada hari Sabtu atau semalam tapi tak sempat Bila tak se...
Maruah Sekolah Pondok Dibela Kerajaan Madani Kembalikan Peruntukan

Maruah Sekolah Pondok Dibela Kerajaan Madani Kembalikan Peruntukan

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 131 hits
Keputusan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan peruntukan sekolah pondok dan sekolah agama rakyat sebenarnya mengembalikan maruah institusi berkenaan yang diinjak injak kerajaan terdahulu Foto Face...
Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Denda Rm5 000 Pendidikan Sekolah Menengah Wajib

Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Denda Rm5 000 Pendidikan Sekolah Menengah Wajib

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 207 hits
Terkini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan menerusi satu kenyataan semalam bahawa mulai tahun ini pendidikan peringkat sekolah menengah secara rasmi diwajibkan kepada semua anak warganegara Malaysia Pengumuman ini dibuat susulan ...
Bukan Saja Rafizi Sindir K Jaan Madani Anwar Pun Kena Balun Atas Isu Rasuah

Influencers As Marketing Strategy

Oem Factory Malaysia Reliable Manufacturing Solutions For Global Brands In 2025

Penunggang Motosikal Terlelap Pembonceng Tercampak Dari Jejantas

Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nineball Hingga Akhir Waktu Chord

Amirudin Consistently Engages Selangor Bn Leaders Says Aide

Why Malaysia Must Treat Espionage Scandal As Security Crisis

1mdb Jana Wibawa Show Need For Govt Procurement Bill Says Pm

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works