Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4


Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1 & 4 kini dibuka pada 1 Ogos sehingga 7 September 2025 melalui https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) atau https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4) bagi murid di bawah sekolah KPM manakala murid dari sekolah swasta boleh memohon melalui pautan https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/.
Tentu ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh keluarnya keputusan permohonan SBP / SMKA / Kolej Vokasional (Sekolah Khusus) yang telah dimohon tempoh hari.
Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya.
Pengenalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu (Sijil Vokasional Malaysia) ke sekolah khusus. Sekolah khusus ini meliputi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Permohonan pentaksiran ini dilaksanakan secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point (tunggal).
Syarat Permohonan SBP 2026 Warganegara Malaysia Modul Pengurusan Murid KPM (APDM / MOEIS) Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2025). Tarikh Permohonan SBP 2026 / Garis Masa PKSK Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2026 dibuka mulai 1 Ogos sehingga 7 September 2025.
Sila rujuk garis masa permohonan SBP dan ujian PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2026/2027 di bawah:
Permohonan PKSK : 1 Ogos – 7 September 2025 Semakan Pusat Ujian : 12 September – 17 Oktober 2025 Ujian PKSK : 7 Oktober – 17 Oktober 2025 Semakan Tawaran : Disember 2025 Cara Permohonan SBP Tingkatan 1 & 4 Kerajaan telah menyediakan 2 portal berasingan bagi permohonan SBP Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 seperti yang berikut:
Untuk Tingkatan 1 (Sekolah KPM) : https://spskt1.moe.gov.my/ Untuk Tingkatan 4/Tahun 1 SVM (Sekolah KPM) : https://spskt4.moe.gov.my/ Untuk Tingkatan 1 & 4 Sekolah Swasta : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ Panduan Permohonan SBP 2026 SBP Tingkatan 1 Berikut merupan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 1 bagi tahun 2026 / 2027:
1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBU BAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.2.Pemohon dikehendaki mengisi dan menyemak semua MAKLUMAT yang diperlukan BETUL dan TEPAT.3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (8 September 2024). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak borang permohonan.5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/SMKA). PKSK Tingkatan 1 akan dilaksanakan dalam tempoh 7 Oktober 2024 hingga 17 Oktober 2024. SBP Tingkatan 4 Berikut merupakan panduan permohonan bagi SBP Tingkatan 4 bagi tahun 2026 / 2027:
1.Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.2.Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.3.Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon dan BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.4.PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (8 September 2024). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.5.Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD). PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 23 September 2024 hingga 3 Oktober 2024. Artikel berkaitan: Permohonan Sekolah Khusus 2025 (SBP/SMKA Tingkatan 1 & 4)
Sejarah Penubuhan SBP Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.
Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) dan memberi penekanan kepada perkembangan sekolah berasrama penuh (SBP).
SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.
SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.
Maklumat Lanjut Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan SBP 2025 bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti berikut:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
Tel: 03-83217400
Emel: [email protected]
Untuk perkembangan terkini mengenai permohonan ke SBP, sila layari laman web di bawah:
Twitter (X) Rasmi Kementerian Pendidikan: https://x.com/kempendidikan?lang=en Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan: https://www.facebook.com/KemPendidikan?locale=ms_MY Permohonan untuk Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/ Permohonan untuk Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-sbp-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-sbp-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sistem Tunggal Permohonan Sbp Mrsm Mulai 2026

Sistem Tunggal Permohonan Sbp Mrsm Mulai 2026

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 204 hits
Mulai tahun 2026 kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA akan menggunakan Sistem Tunggal Permohonan SBP MRSM Ini bagi menggantikan sistem sebelum ini yang dibuat secara berasingan bagi kemasukan ke SBP dan juga MRS...
Pksk Permohonan Tingkatan 1 Dan 4 Ke Sekolah Khusus

Pksk Permohonan Tingkatan 1 Dan 4 Ke Sekolah Khusus

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 186 hits
Permohonan Ujian Pentaksiran ke Sekolah Khusus sesi 2026 2027 kini telah dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025 Permohonan PKSK sesi 2026 2027 boleh dilakukan melalui pautan dan untuk murid dari sekolah Kementerian Pendidikan ...
Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 258 hits
Permohonan Kolej Vokasional bagi sesi 2026 dibuka secara online mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan Kolej Vokasional menawarkan 2 jenis program utama iaitu Program Sijil Program Kemahiran Berikut dikongsikan lebih lanjut ten...
Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 163 hits
Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara Per...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 204 hits
In 2026 the world of quantitative finance stands on the cusp of its next transformation The era of pure algorithmic decision making is giving way to a new paradigm Hybrid Intelligence where the synergy between human intuition and machine pr...
Mandatory Seatbelt Use In Buses Is Paving Way For Safer Vmy 2026 Travels

Mandatory Seatbelt Use In Buses Is Paving Way For Safer Vmy 2026 Travels

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 134 hits
BEGINNING July 2025 Malaysia will enforce mandatory seatbelt use for all passengers in buses a decisive move signalling the government s commitment to road safety and the protection of lives While the decision is a response to past tragic r...
Nak Anak Masuk Mrsm 2026 Isi Borang Kena Betul Mak Ayah Perlu Tahu Langkah Ni

Nak Anak Masuk Mrsm 2026 Isi Borang Kena Betul Mak Ayah Perlu Tahu Langkah Ni

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 162 hits
Terkini seorang pegawai MARA memaklumkan bahawa permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA hanya akan diproses sekiranya pemohon meletakkan program MRSM sebagai PILIHAN PERTAMA dalam borang permohonan Namun begitu terdapat pengecualian sekirany...
Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 248 hits
Tak mampu lagi berdiam seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar akhirnya bersuara di media sosial Untuk info mangsa adalah seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Ag...
Unggul Fc Resmi Berpisah Dengan Joao Almeida Mulai Era Baru Di Musim 2025 2026

Unggul Fc Resmi Berpisah Dengan Joao Almeida Mulai Era Baru Di Musim 2025 2026

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 165 hits
Ikuti analisis dan berita bola terkini dari Eksklusif di LigaKampung com Ligakampung com Malang Unggul FC Malang mengumumkan perpisahan resmi dengan pelatih kepala mereka Joao Almeida menjelang bergulirnya musim kompetisi Liga Futsal Profes...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Perbalahan Antara Dr Akmal Saleh Dan Lokman Noor Adam Apa Kesannya Pada Umno

Salmon And Ikura Dashi Chazuke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat