Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm


Sekolah Menengah Teknik (SMT) merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik bagi sesi 2026 dibuka mulai 1 Ogos sehingga 7 September 2025 melalui pautan rasmi KPM https://spskt4.moe.gov.my/. Selain permohonan ke SBP dan MRSM, salah satu daripada pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional, iaitu aliran (TVET).
Tahukah anda apakah itu aliran TVET dan bagaimana haluan kerjaya yang boleh dipilih dalam bidang ini?
Anda minat kejuruteraan, teknologi, sains, teknikal dan TVET? Jom mohon masuk Sekolah Menengah Teknik Ambilan Sesi 2026!
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelebihan, cara permohonan dan syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik di Malaysia.
Permohonan untuk bagi kemasukan ke sekolah ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 7 September 2025.
Ayuh ketahui lebih lanjut tentang pakej matapelajaran jika anda memilih untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik dan bagaimana pula dengan halatuju selepas SPM nanti.
Apakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.
Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.
Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.
Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.
Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.
Berikut merupakan program yang ditawarkan bagi aliran kemahiran (TVET) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sekolah Menengah Teknik (SMT).
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
i.Pengajian Kejuruteraan Awamii.Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronikiii.Pengajian Kejuruteraan Mekanikaliv.Perdaganganv.Sains Pertanian Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
i.Tingkatan 4ii.Tingkatan 5dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia MATA PELAJARAN BAGI SETIAP KURSUS
KURSUSMATA PELAJARAN ELEKTIFMATA PELAJARAN TERASMATA PELAJARAN WAJIBKejuruteraan AwamPengajian Kejuruteraan Awam
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Kimia
FizikBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
MatematikPendidikan Jasmani dan Pendidikan KesihatanKejuruteraan Elektrik dan ElektronikPengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Kimia
FizikKejuruteraan MekanikalPengajian Kejuruteraan Mekanikal
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Kimia
FizikPerdaganganSains
Pengajian Keusahawanan atau Perniagaan
Prinsip PerakaunanSains PertanianPertanian
Biologi
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik Senarai lokasi SMT dan kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di laman sesawang berikut : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/lokasi_teknik.cfm
Perbezaan Antara Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Untuk perbezaan yang lebih jelas sila rujuk jadual di bawah:
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Syarat Permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2026 SYARAT UMUM
Pemohon adalah Warganegara Malaysia. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/2025. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Sihat tubuh badan. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali. TIDAK rabun warna/buta warna. Berminat dengan program dipohon. SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu :
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer Cara Permohonan Sekolah Menengah Teknik Untuk makluman semua, permohonan bagi sesi 2026 dibuka mulai 1 Ogos 2025 (jam 12.00 tengah malam) hingga 7 September 2025 (12.00 tengah malam).
Calon dari sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.
Permohonan Sekolah Menengah Teknik bagi sekolah KPM:
https://spskt4.moe.gov.my
Manakala bagi calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.
Permohonan Sekolah Menengah Teknik bagi sekolah swasta:
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila rujuk SOALAN LAZIM (FAQ) di bawah:
Apakah syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)? SYARAT UMUM
• Murid adalah Warganegara Malaysia.
• Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
• Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
• WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
• Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
• TIDAK rabun warna/buta warna.
• Berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS
• Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
▪ Bahasa Melayu
▪ Bahasa Inggeris
▪ Matematik
▪ Sains
▪ Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
Bilakah tarikh permohonan ke SMT? Permohonan Sekolah Menengah Teknik dibuka mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025.

Bilakah tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke SMT? Semakan penawaran ke SMT mulai 26 Disember 2025.
Apakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)? SMT merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.
Bagaimana cara memohon Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi https://spskt4.moe.gov.my/


Apakah yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke SMT? a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
c) Borang-borang yang lain boleh dirujuk terus ke SMT yang menawarkan untuk tindakan selanjutnya.
Jika tidak berjaya dalam rayuan kali pertama, bolehkah membuat rayuan lagi? Boleh. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/permohonanKVSMT
Bagaimana saya ingin tahu lebih lanjut tentang Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Anda boleh melayari Portal Rasmi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pautan https://bpltv.moe.gov.my/sekolah-menengah-teknik/
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
+603 – 8884 5154
+603 – 8889 5047
[email protected]
Permohonan : https://spskt4.moe.gov.my/
Jangan lupa ikuti https://www.facebook.com/KVdMedia atau layari laman web rasmi https://bpltv.moe.gov.my/ untuk mengetahui pelbagai info menarik tentang Kolej Vokasional & SM Teknik, BPLTV KPM.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-sekolah-teknik/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-sekolah-teknik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Denda Rm5 000 Pendidikan Sekolah Menengah Wajib

Mak Ayah Gagal Hantar Anak Boleh Denda Rm5 000 Pendidikan Sekolah Menengah Wajib

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 377 hits
Terkini Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan menerusi satu kenyataan semalam bahawa mulai tahun ini pendidikan peringkat sekolah menengah secara rasmi diwajibkan kepada semua anak warganegara Malaysia Pengumuman ini dibuat susulan ...
Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 582 hits
Kuiz AI Kebangsaan 2025 PAJSK KebangsaanKuiz AI Kebangsaan 2025 kini dibuka untuk penyertaan kepada semua murid sekolah menengah dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 di seluruh negara Program ini merupakan anjuran bersama Malaysia Di...
Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 283 hits
Kisah menyayat hati melibatkan adik Zara Qairina pelajar perempuan yang menjadi mangsa buli di asrama kini bukan saja menarik perhatian rakyat Malaysia malah turut mengundang respons penuh emosi dari kalangan selebriti tanah air Salah seora...
Kpm Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin Mak Ayah Tak Perlu Risau Anak

Kpm Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin Mak Ayah Tak Perlu Risau Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 363 hits
Itu jaminan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ibu bapa yang bimbang untuk menempatkan anak mereka di sekolah asrama seluruh Malaysia Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek KPM memberi jaminan bahawa semua sekolah...
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 354 hits
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli KEMAMAN Enam pelajar sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul dan buli terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan tiga...
Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4

Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 471 hits
Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Teknik Kolej Vokasional dan Maktab Tentera Diraja Permohonan...
Sistem Tunggal Permohonan Sbp Mrsm Mulai 2026

Sistem Tunggal Permohonan Sbp Mrsm Mulai 2026

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 308 hits
Mulai tahun 2026 kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA akan menggunakan Sistem Tunggal Permohonan SBP MRSM Ini bagi menggantikan sistem sebelum ini yang dibuat secara berasingan bagi kemasukan ke SBP dan juga MRS...
Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 617 hits
Permohonan Kolej Vokasional bagi sesi 2026 dibuka secara online mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan Kolej Vokasional menawarkan 2 jenis program utama iaitu Program Sijil Program Kemahiran Berikut dikongsikan lebih lanjut ten...
Pksk Permohonan Tingkatan 1 Dan 4 Ke Sekolah Khusus

Pksk Permohonan Tingkatan 1 Dan 4 Ke Sekolah Khusus

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 887 hits
Permohonan Ujian Pentaksiran ke Sekolah Khusus sesi 2026 2027 kini telah dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025 Permohonan PKSK sesi 2026 2027 boleh dilakukan melalui pautan dan untuk murid dari sekolah Kementerian Pendidikan ...
Hujan Rahmat Mengiring Majlis Perkahwinan 13 09 2025

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Police Urge Public To Stop Speculating On Viral Jpj Foreigner Video

Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik

Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

Le Chemin Du Bois Harel By Alta A New Urban Vision In Timber Architecture

Siti Kasim On Kampung Sungai Baru Laws Cannot Be Used As A Tool Of Injustice


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Malaysia Sara One Off

Mariam Meenachi

Hak Menulis Di Media Sosial

Izin Untuk Menangis

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Minum Petang Di Toastma Kopitiam