Pks Sokong Gst Dikembali Pada Kadar Lebih Rendah


 
Regim cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih adil dan meluas, kata Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta).PETALING JAYA: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyokong pengembalian cukai barang dan perkhidmatan (GST) namun pada kadar lebih rendah 4% berbanding 6% sebelum ini.
Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), William Ng, berkata cukai penggunaan merupakan regim cukai lebih adil dan meluas bagi mengelak cukai berganda, sambil membenarkan cukai output ditolak dengan cukai input.
“Bagaimanapun, apabila diperkenalkan semula, kami berharap tidak berlaku lagi ‘flip-flop’ kerana mengakibatkan tambahan kos yang tidak dapat ditanggung perniagaan ketika ini,” katanya kepada FMT.
“Selain itu, jangkauan penuh produk dan perniagaan dikecualikan atau kadar sifar perlu dimaklumkan ketika pengenalan semula.”
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Ng berkata, PKS sudah melakukan pelaburan agak besar dalam tenaga buruh, bayaran profesional dan teknologi maklumat ketika cukai itu diperkenalkan pada 2015.
Bagaimanapun, sejak ia dimansuhkan pada 2018, pelaburan dibuat lebur begitu sahaja dan kebanyakan perniagaan perlu kembali melatih semula kakitangan masing-masing.
“Rungutan lain berhubung kelewatan mendapatkan bayaran balik GST. Ada PKS menunggu selama 18 bulan untuk mendapatkan semula bayaran itu,” katanya.
Katanya, PKS tidak berminat mengaut keuntungan daripada sebarang perubahan dalam regim cukai, namun perubahan kerap akan menyebabkan kos pematuhan, yang sebahagian daripadanya perlu dipindahkan kepada pengguna.
Pada 2016 dan 2017, cukai penggunaan menyumbang pendapatan purata RM42.7 bilion setahun, membabitkan hampir 20% pendapatan bercukai keseluruhan negara. Secara perbandingan, regim cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menyumbang RM27.9 bilion, pada 2021.
Di lapangan, Pengasas Terang Bulan Landscape Sdn Bhd Tan Peng Koon, yang memulakan perniagaan pada 2017, menyifatkan pematuhan terhadap GST ketika itu adalah rumit memandangkan perniagaannya baharu bermula dan tidak mempunyai eksekutif akaun untuk digaji.
Bagaimanapun, lima tahun kemudian, Tan sudah bersedia selepas syarikatnya kini mempunyai eksekutif akaun untuk menguruskan perkara berkenaan.
“Selain perkara pentadbiran, saya berharap kerajaan memberi jaminan pembayaran balik segera GST,” katanya. “Bagi perniagaan kecil sepertinya, kelewatan menerima bayaran balik akan menyebabkan masalah gangguan aliran tunai.”
Dalam pada itu, penasihat cukai, Thenesh Kannaa, berkata kajian menyeluruh perlu dilaksanakan berhubung jangka masa bagi pengenalan semula GST dan kesannya terhadap ekonomi, termasuk pengguna.
Beliau menyeru pihak berkuasa berkaitan cukai diberikan kuasa memproses bayaran balik, justeru hanya pendapatan bersih selepas bayaran balik diperuntukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Katanya, masa mencukupi perlu diberikan kepada perniagaan bagi persiapan sekiranya pengenalan semula GST dilakukan.
Beliau turut bersetuju dengan pihak lain bahawa kadar cukai terpakai GST sejajar dengan jangkauan pengecualiannya.
“Sebagai contoh, kadar cukai rendah tanpa sebarang pengecualian akan lebih menjejaskan golongan berpendapatan rendah, berbanding kadar tinggi membabitkan pengecualian yang diteliti,” katanya.
“Adalah mengelirukan untuk mempertimbang kadar cukai berasingan tanpa mengambil kira pengecualian dan inisiatif sasaran demi mengimbangi impak GST.”
Bulan lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan mengembalikan cukai penggunaan itu sebagai langkah meningkatkan kecekapan perolehan hasil kerajaan demi menangani inflasi dan kenaikan kos sara hidup.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, mendedahkan ia mengambil masa sembilan bulan untuk mengembalikan semula GST selepas mendapat kelulusan Parlimen. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/pks-sokong-gst-dikembali-pada-kadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjual Di China Jual Kad Grafik Pada Harga 38 Lebih Rendah Daripada Harga Rasmi

Penjual Di China Jual Kad Grafik Pada Harga 38 Lebih Rendah Daripada Harga Rasmi

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 291 hits
Krisis matawang kripto yang berlaku sebelum ini telah membawa kepada ketidakstabilan dalam industri perlombongan kripto di China Seterusnya krisis tersebut membawa kepada lambakan kad kad grafik yang terpaksa dijual bawah harga pasaran oleh...
Resipi Kek Buah Versi Bakar Mudah Sedap Lebih Cepat Masak

Resipi Kek Buah Versi Bakar Mudah Sedap Lebih Cepat Masak

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 401 hits
Bagi penggemar Kek Buah resipi perkongsian saudari Hadiyana Che Halim ni boleh anda cuba Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak Kek Buah Kukus memerlukan masa yang panjang untuk masak Jika anda tidak punya m...
6 000 Lebih Kasus Cacar Monyet Dilaporkan Di 58 Negara Who Gelar Rapat Darurat

6 000 Lebih Kasus Cacar Monyet Dilaporkan Di 58 Negara Who Gelar Rapat Darurat

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 292 hits
Organisasi Kesehatan Dunia akan menggelar rapat darurat setelah kasus cacar monyet yang dilaporkan dari seluruh dunia terus bertambah
Asean Bincang Cara Pikat Lebih Ramai Pelancong

Asean Bincang Cara Pikat Lebih Ramai Pelancong

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 364 hits
Asean bincang cara pikat lebih ramai pelancong nbsp Dikemas kini 28 saat yang lalu Diterbitkan pada 7 Jul 2022 7 30PM
Rancangan Realiti Resipi Berani Maggi Musim Ke 2 Lebih Hebat Lebih Tegas Dan Lebih Aksi

Rancangan Realiti Resipi Berani Maggi Musim Ke 2 Lebih Hebat Lebih Tegas Dan Lebih Aksi

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 277 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Siapa sini mengikuti rancangan realiti TV Resipi Berani MAGGI Musim Pertama dulu Korang memang wanita yang cukup beranilah Tah...
Inilah Jam Tangan Mekanikal Ternipis Di Dunia Harga Lebih Rm8 Juta

Inilah Jam Tangan Mekanikal Ternipis Di Dunia Harga Lebih Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 354 hits
Tiada ciri canggih dan moden seperti penjejak kesihatan paparan digital dan skrin sentuh tetapi inilah jam tangan mekanikal ternipis di dunia Jam tangan keluaran Richard Mille dengan kerjasama Ferrari ini adalah senipis 1 75mm sahaja Sekali...
Kalau Mahu Terus Di Hormati Umno Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui Pru

Kalau Mahu Terus Di Hormati Umno Perlukan Mandat Baharu Yang Lebih Stabil Melalui Pru

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 461 hits
KUANTAN Desakan supaya pilihan raya umum ke 15 segera diadakan terus mendapat sokongan akar umbi UMNO Kali ini Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman tampil berkata parti Melayu itu memerlukan mandat baru yang lebih st...
Setiap Hari Lebih Kaw Dengan Cloud 9

Setiap Hari Lebih Kaw Dengan Cloud 9

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 375 hits
Anda berpeluang untuk memenangi barangan edisi terhad yang hebat apabila anda rap Para penyanyi rap berbakat sekalian sahutlah cabaran dan tambahkan keseronokan KAW ke dalam hidup anda dengan menyertai Cloud 9 KAW Rap Challenge untuk mendap...
Pasangan Gbp Usd Penurunan Yang Lebih Besar Menjelang Di Hadapan

Pasangan Gbp Usd Penurunan Yang Lebih Besar Menjelang Di Hadapan

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 230 hits
Halangan Menurun GBP USD Ditembusi Pasangan mata wang GBP USD menurun dengan ketara selepas gagal untuk kekal di atas tahap 1 2108 Anda mendapat tahu daripada analisis saya sebelum ini bahawa harga boleh jatuh lebih dalam sekiranya menurun ...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Mengalami Kehilangan

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan