Rancangan Realiti Resipi Berani Maggi Musim Ke 2 Lebih Hebat Lebih Tegas Dan Lebih Aksi
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini mengikuti rancangan realiti TV Resipi Berani MAGGI Musim Pertama dulu. Korang memang wanita yang cukup beranilah. Tahun ini program ini tampil pula untuk Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2. Dengar cerita musim kedua ini lebih hebat, lebih tegas dan peserta lebih aksi.
Kali ini daripada 2000 orang peserta yang sertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI hanya 12 orang sahaja yang bertuah dan telah terpilih untuk sertai rancangan Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 kali ini. Musim kedua menjanjikan lebih banyak kejutan menarik dan akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak
Antara cabaran utama yang perlu dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan mencipta semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.
Barisan Mentor Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris
Apa makna sebuah rancangan realiti tanpa mentor merangkap juri yang hebat kepada semua peserta kali ini. Barisan mentor dan juri adalah terdiri daripada Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris. Juga musim kedua ini masih mengekalkan pengacara yang sama makin cantik, makin ayu siapa lagi kalau bukan Nana Mahazan.
Mereka ini akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan juga empat orang juri jemputan iaitu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian
Mengekalkan Nana Mahazan Sebagai Pengacara Musim Kedua
Majlis pelancaran dan perkenalan program ini kepada KOL terlah diadakah pada 6 Julai lalu bertempat di Maggi Masak-masak Kitchen Mutiara Damansara. Pada majlis itu juga diperkenalkan 12 barisan perserta yang telah layak untuk masuk dalam rancangan musim kedua ini. Barisan peserta terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah
Meraka datang dari serata Malaysia seperti Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu).
Matlamat utama rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Diharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Ini terbukti apabila dapat menyaksikan perubahan ketara pada pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain
Selain menerima modal benih sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000
Resipi Berani MAGGI ini adalah kemuncak kepada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak
Kalau anda adalah wanita yang cukup berani dan mahu menjadi seperti mereka jangan lupa untuk saksikan rancangan realiti Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 yang akan disiarkan pada pukul 4.30petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu bermula 8 Julai hari ini. Kalau terlepas masih boleh tonton siaran ulangan pada jam 11.30pagi setiap hari Sabtu. Korang juga boleh tonton episod yang lalu setiap minggu menerusi saluran YouTube MAGGI Malaysia https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos dari 5.00petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai.
Info lanjut kat laman https://www.maggi.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2022/07/rancangan-realiti-resipi-berani-maggi-musim-kedua-lebih-hebat-lebih-tegas-dan-lebih-aksi.html