Pkr Tidak Percaya Kepada Mahathir Amk Tidak Setuju Tun M Dilantik Pm Sekali Lagi


Astro Awani, Kenyataan Media |
Akmal percaya pendirian AMK itu mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat dan pendokong PH. - Gambar failKUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetap menganggap Tun Dr Mahathir sebagai penyebab runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila meletak jawatan tanpa merujuk kepada Majlis Presiden PH.

Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir menegaskan, atas sebab itu pihaknya tidak bersetuju dengan kesediaan DAP untuk menyokong Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Akmal menjelaskan, beliau percaya pendirian AMK itu mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pendokong PH.

"Memang benar, jika dibiarkan Perikatan Nasional berkuasa, maka keadaan akan terus bertambah mudarat. Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘lesser of two evils’.
"Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua,"katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan, 'pintu belakang' untuk mengkhianati mandat rakyat telah dikhianati lebih awal.

Sebagai contoh, kata Akmal, PKR tidak pernah mencadangkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dilantik sebagai menteri.

Namun beliau menegaskan, Dr Mahathir tetap memilih Azmin dan menubuhkan jemaah Kabinet mengikut seleranya bukan persetujuan semua parti dalam PH.

"Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis porak-peranda parti. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheraton-nya langsung tidak dikecam.

"Bila ditanya atau mohon pertimbangan, mulalah ditunjuk taring kuasa eksekutif," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan Dr Mahathir tidak pernah berusaha meredakan serangan teruk terhadap PH dengan sentimen agama dan perkauman.

Sebaliknya, kata beliau, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu menambah perpecahan dengan merestui Kongres Maruah Melayu.

"PH sewajarnya bergerak melangkaui sentimen dan pencaturan politik sedemikian.

"Jangan kita lupa kepada sifat dan jati diri yang berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa, agama atau budaya.

"Tak perlulah diceritakan satu per satu, cukuplah sekadar peringatan.

"Buatlah penjanjian atau mekanisme macam mana sekali pun, bila asyik mungkiri (langgar janji) memang susah hendak dipercayai lagi," katanya.

Pada Rabu, Malaysiakini melaporkan Athony sebagai berkata, PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baharu dibangkitkan iaitu menggandingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/pkr-tidak-percaya-kepada-mahathir-amk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Tidak Setuju Tun Mahathir Dicalonkan Sekali Lagi Sebagai Pm

Amk Tidak Setuju Tun Mahathir Dicalonkan Sekali Lagi Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 481 hits
Angkatan Muda KEADILAN menolak Tun Mahathir dicalonkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri ke 9 Ketua AMK Akmal Nasir berkata beliau dan rakan rakan tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke semalam yang mahuka...
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 567 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Hangit Mesyuarat Mpt Bersatu Malam Ini Tun Mahathir Mukhriz Tidak Dijemput

Hangit Mesyuarat Mpt Bersatu Malam Ini Tun Mahathir Mukhriz Tidak Dijemput

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 580 hits
KUALA LUMPUR Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dijangka mengadakan mesyuarat pada malam ini tanpa menjemput pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad Satu edaran panggilan mesyuarat oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kap...
Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

Amanah Dap Kata Anwar Pernah Setuju Terima Mahathir Pm 9

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 579 hits
KENYATAAN MEDIA Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa khususnya mengena...
Maaf Loke Pemuda Pkr Tak Setuju Dr M Jadi Pm Lagi

Maaf Loke Pemuda Pkr Tak Setuju Dr M Jadi Pm Lagi

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 464 hits
Diterbitkan Hari ini 1 35 pmKATA MP Semalam DAP melalui Sdr Anthony Loke telah menyatakan secara terbuka mengenai kesediaan untuk menyokong Mahathir Mohamad sekali lagi sebagai Perdana Menteri Maaf saya dan rakan rakan Pemuda PKR tidak bers...
Mahathir Pm Anwar Dpm Dap Urges Pkr To State Stand

Mahathir Pm Anwar Dpm Dap Urges Pkr To State Stand

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 526 hits
EXCLUSIVE DAP has revealed the cards with regard to the impasse in Pakatan Harapan Plus over who should be named as the prime minister candidate Party organising secretary Anthony Loke said in recent weeks the coalition and its allies had e...
Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah Sekarang Merayu Di Pejabat Pkr Pula Kenapa Terdesak Nak Jadi Pm

Dulu Dr Mahathir Merayu Pada Anwar Di Mahkamah Sekarang Merayu Di Pejabat Pkr Pula Kenapa Terdesak Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 768 hits
Siapa sebenarnya yang terdesak atau bergolek golek sambil menghentak hentak kaki atas simen untuk menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir atau Anwar Semalam laman blog ini menyiarkan bagaimana strategi Anwar untuk pancung Dr Mahathir buat selam...
Pkr Tetap Mahu Anwar Jadi Pm Tolak Dr Mahathir

Pkr Tetap Mahu Anwar Jadi Pm Tolak Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 434 hits
PKR tetap mahu Anwar jadi PM tolak Dr Mahathir Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Jun 2020 2 30PM
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri