Pkr Sukar Kembali Bersama Tun M
FB Azizul Abd Hamid
Isunya kena faham, kenapa Anwar dan PKR tak akan terima Mahathir dan tidak akan sesekali buat hubungan dengan Mahathir dengan konco2 beliau lagi. Kerana pengkhianatan Mahathir terhadap PH, PKR dan Anwar adalah jelas dan nyata.
Nak tahu mcm mana dia khianat pada PKR dan Anwar? Ni nak explain ni, kalau masih tak faham atau pura2 tak faham, tak tau nak kata apa lah.
Sebaik saja Tun M angkat sumpah jadi PM, dari segi pelantikan kabinet pun dia dah start main dirty game. Dari segi pelantikan awal 4 Menteri Kanan pun patutnya dari 4 tu PKR at least dapat 1, tapi satu pun dia tak bagi PKR. PPBM ambil 2, dia bagi Amanah 1 dan DAP 1. So situ pun di mana keadilannya?
Rafizi Ramli pernah bersuara membantah Tun M buat keputusan tanpa selesai perundingan dengan PKR. Dalam mesyuarat akhir dalam menentukan pelantikan 4 Menteri tersebut, DS Wan Azizah meninggalkan meeting tersebut kerana tak puas hati. Sebab tu lah semasa pengumuman pelantikan 4 Menteri Utama tu Kak Wan tidak berada di situ.
Dalam pelantikan para Menteri, Tun M tidak terima pakai senarai yang diberi oleh Anwar untuk wakili PKR, sebaliknya beliau dengan sengaja melantik pihak2 yang dilihat tidak sehaluan dengan Anwar di dalam PKR untuk menjawat posisi2 penting, sebaliknya calon2 yg dicadangkan Anwar sekadar diberi di Kementerian low profile macam Kementerian Pengguna dan Wanita. Ia memang disengajakan. Tapi orang Azmin diberi jawatan penting seperti Menteri Ekonomi, Menteri KPKT, Menteri Kerja Raya, Menteri Luar, semua Menteri2 penting.Rafizi Ramli iaitu orang yg paling penting dalam usaha beliau mengalahkan BN melalui Invoke telah dipinggirkan sama sekali tanpa sebarang peranan diberikan. Walau pun beliau tidak meminta sebarang jawatan, tetapi kita boleh bayangkan kehampaan beliau apabila orang genius seperti beliau tidak dimanfaatkan oleh kerajaan PH yg lepas. Ia memang disengajakan kerana Rafizi adalah orang kanan Anwar.Dari bulan pertama Tun M jadi PM, beliau tak henti-henti mengadakan banyak rundingan sulit dengan PAS dan UMNO serta bawa ramai ahli MP UMNO masuk ke PPBM. Tujuannya hanya satu iaitu untuk kekal berkuasa dan menafikan Anwar dari jadi PM.Tun M kemudian anjur Program Himpunan Maruah Melayu tetapi dengan sengaja tidak menjemput Anwar. Tetapi pemimpin2 PKR yg menentang Anwar seperti Azmin & gang dijemput pula. Dari situ sudah nampak permainannya.Menjelang 6 bulan terakhir kejatuhan PH, Tun M begitu rancak melakukan banyak perundingan dengan UMNO dan PAS untuk jatuhkan PH.
Kemuncaknya beliau letak jawatan untuk pastikan beliau tidak terikat dengan janji untuk serah kuasa pada Anwar dan menjadi PM semula dalam kerajaan perpaduan yg berikan beliau kuasa lebih luas.
Malangnya ada orang percaya bulat2 kononnya Tun tak terlibat dalam jatuhkan PH sedangkan semua orang tahu perancangan tersebut dah dibuat awal lagi. Kalau Tun M tak terlibat jatuhkan PH, so atas tujuan apa Tun M buat banyak mesyuarat sulit dengan para pemimpin UMNO dan PAS beberapa bulan sebelum kejatuhan PH?
Lagi satu, kerajaan PH takkan jatuh kalau setakat Muhyiddin dan Azmin keluar PH. Kalau tolak Muhyiddin dan Azmin, PH ada baki 109 MP, so takkan lah Tun M tak mampu cari 3 MP lagi untuk cukup hilang tanpa perlu letak jawatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/30689