Wan Azizah Nafi Dakwaan Zuraida



Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur-unsur sabotaj dalam pemilihan parti itu seperti didakwa ketua wanitanya Zuraida Kamaruddin.

Menurut Dr Wan Azizah selain tiada isu penafian dalam parti beliau juga mahu semua pihak tidak cuba untuk membayangkan bahawa parti itu bermasalah.

"Tidak ada penafian. Kalau ada sesuatu kita akan ambil tahu," katanya kepada pemberita semasa melawat Rumah Rengayan Anak Ngumbang di Nanga Ruyak di Julau, Sarawak hari ini.

Loading...
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zuraida pada akhir bulan lalu yang berkata pucuk pimpinan parti perlu bangkit daripada sindrom penafian dan memandang serius kemungkinan wujud unsur sabotaj pada pemilihan PKR kali ini.

Zuraida yang bertanding jawatan naib presiden berkata isu berkenaan memerlukan penyelesaian segera secara tuntas kerana boleh merosakkan keseluruhan sistem pemilihan.

Dr Wan Azizah berkata beliau mahu pemilihan PKR dijalankan secara bersih dan adil, termasuk tidak menggunakan sebarang jentera kerajaan atau jawatan di dalam kerajaan yang boleh menghalang anggota parti membuat pemilihan secara demokratik.

"PKR mahukan agar pemilihan ini dijalankan secara lancar dengan semua ahli boleh membuat pilihan masing-masing secara bebas.

"Biarlah ia dijalankan secara sihat tanpa menggunakan jentera kerajaan kerana ada di antara mereka yang bertanding adalah (memegang jawatan) di dalam kerajaan. Ini supaya calon-calon dapat bertanding di atas padang yang sama rata," katanya.

Beliau juga berkata kemuncak pemilihan parti itu akan diadakan pada 10 Nov di 29 cabang-cabang di Sarawak.

Dr Wan Azizah mengakui terdapat masalah capaian internet bagi pengundian yang dijalankan secara dalam talian di beberapa cabang seperti Julau yang hanya mempunyai capaian 10 peratus sahaja.

"Kita (akan) adakan kongres dan kita mahukan agar pemilihan dijalankan mengikut jadual," katanya.

Katanya beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti untuk menentukan penangguhan pemilihan apabila berlaku masalah teknikal.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi pembinaan jalan ke Rumah Rengayan yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/wan-azizah-nafi-dakwaan-zuraida.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawatan Wan Azizah Ke Julau Dipertikai

Lawatan Wan Azizah Ke Julau Dipertikai

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 356 hits
SIBU Lawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Julau di sini semalam mencetuskan pertikaian dalam kalangan kepemimpinan parti itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Latheefa Koya berkata lawatan berkenaan bia...
Pkr Pak Turut Dap Ahli Pkr Desak Wan Azizah Dedah Perjanjian Sulit Dengan Dap

Pkr Pak Turut Dap Ahli Pkr Desak Wan Azizah Dedah Perjanjian Sulit Dengan Dap

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 429 hits
SUNGAI PETANI Sekitar 3 000 ahli PKR dari kawasan Jerai Pendang dan Merbok mendesak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan apa yang didakwa mereka perjanjian sulit dengan pemimpin DAP Bekas pemangku Ketua Cabang Jerai ...
Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

Latheefa Persoal Wan Azizah Ke Julau Menjelang Pemilihan Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 371 hits
November 7 2018 10 04 AMLatheefa Koya berkata orang ramai berhak tahu tujuan lawatan Wan Azizah Wan Ismail ke Julau menjelang pemilihan PKR Sarawak PETALING JAYA Ahli Jawatankuasa Pusat PKR Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presidennya Da...
Wan Azizah Denies Pkr Suffers From Denial Syndrome

Wan Azizah Denies Pkr Suffers From Denial Syndrome

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 390 hits
PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail says it will be up to the party s election committee to decide if any of the polls should be postponed due to technical problems JULAU PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail today refuted her women s c...
Cukai Minuman Bergula Akan Diperhalusi Wan Azizah

Cukai Minuman Bergula Akan Diperhalusi Wan Azizah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 352 hits
PUTRAJAYA Mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincangkan pelaksanaan cukai eksais bagi minuman bergula dalam usaha kerajaan mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit di kalangan rakyat Timbalan Perdana Menteri ...
Kerajaan Ph Mahu Sarawak Setara Dengan Semenanjung Wan Azizah

Kerajaan Ph Mahu Sarawak Setara Dengan Semenanjung Wan Azizah

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 323 hits
06 November 2018 11 27 PM SIBU Kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan semenanjung kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan
Aalan Nafi Zamani Tarik Diri Gegar Vaganza Seperti Dakwaan Johan

Aalan Nafi Zamani Tarik Diri Gegar Vaganza Seperti Dakwaan Johan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 494 hits
MHETV Pengurus Zamani Aalan Ahmad menafikan kenyataan bekas pengurus Zamani Johan Aziz yang mndakwa Zamani telah menarik diri daripada program Gegar Vaganza musim kelima Menurut Aalan dari awal lagi Johan sebenarnya bukan pengurus Zamani da...
Dr Wan Azizah Bukan Berkempen Hadir Sebagai Tpm

Dr Wan Azizah Bukan Berkempen Hadir Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 443 hits
Rashid Din menjelaskan Wan Azizah tidak membawa penyokong dan juga tidak bertanding pada Pemilihan PKR 2018
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle