20 000 Pengundi Ph Pada 2018 Tak Pulang Undi Punca Pkr Kalah Di Melaka Dakwa Maszlee




FMT Reporters -November 27, 2021 

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik mendakwa, kekalahan PKR pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka disebabkan 20,000 pengundi Pakatan Harapan (PH) pada 2018, tidak pulang mengundi.PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik mendakwa kekalahan teruk PKR pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka berpunca daripada 20,000 pengundi yang mengundi Pakatan Harapan (PH) pada 2018, tidak pulang mengundi.
Dalam majlis bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim di Simpang Renggam bagi mengumumkan penyertaannya dalam parti itu, Maszlee berkata, situasi berkenaan kesan daripada sikap muak, bosan dan sudah malas menyaksikan perebutan perubahan kerajaan serta salah guna kuasa.
“Walaupun PKR bukan berada dalam populariti (tertinggi) dan saya rasa terpanggil melakukan perubahan (masuk PKR)…ada orang tanya, mengapa saya masuk parti yang kalah, presiden (Anwar) diserang pelbagai sudut, lebih malang menyindir apa ertinya masuk PKR sedang lemah.
“Kepada mereka dan rakyat, saya ingin katakan, inilah harga sebuah perjuangan,” katanya.
Pada PRN Melaka 20 Nov lalu, PKR tewas semua 11 kerusi ditandinginya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.
Mengulas lanjut mengenai penyertaannya dalam PKR, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, beliau sebenarnya sudah didaftarkan sebagai ahli parti itu pada 2017, bagi kawasan Ampang.
“Saya didaftarkan sebagai ahli PKR cabang Ampang pada 2017, inilah faktanya. Malangnya (ketika itu) hati saya terlalu berat untuk terbabit dalam politik kepartian terutama kerana babitkan keputusan amat besar dan tinggalkan bidang akademik.
“(Bagaimanapun) Pada 2018, tatkala itu berlaku defisit kepercayaan pengundi Melayu (terhadap PH) kerana mereka mahukan wajah segar yang mampu jadi pemimpin Melayu dan bersih tanpa beban politik dan parti sandaran ketika itu dalam PH adalah Bersatu…ini dulu punya cerita bukan sekarang,” katanya.
Susulan itu, Maszlee berkata, beliau akhirnya bertekad meninggalkan dunia akademik dan menyertai Bersatu ketika itu, sebelum dipecat kerana membantah “Langkah Sheraton”, yang menyebabkan PH tumbang sebagai kerajaan persekutuan selepas 22 bulan.
Sementara itu, Anwar menyambut baik kemasukan Maszlee ke dalam partinya.
Beliau juga menyanjung keberanian Maszlee untuk menyertai PKR dalam keadaan ada yang bersikap sinis terhadap perjuangan parti itu.
“Hari ini, kita terima satu berita menggembirakan dan menggalakkan seorang tokoh muda yang mempunyai potensi dan harapan tinggi menceburkan diri dalam bidang politik dan memilih bersama PKR.
“Saya ‘salute’ dengan sikap berani beliau, ketegasan beliau memilih dalam keadaan ada bersikap sinis terhadap perjuangan kita,” katanya.
Anwar juga memuji Maszlee antara menteri yang baik pernah dihasilkan PH semasa menjadi kerajaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/20000-pengundi-ph-pada-2018-tak-pulang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Katak Dan Pengundi Tak Balik Punca Ph Kalah

Terima Katak Dan Pengundi Tak Balik Punca Ph Kalah

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 223 hits
Logo tak ada kaitan Menyalahkan penggunaan logo sebangai punca kekalahan adalah satu benda yang tak masuk akal kalau betul logo PH itu punca pengundi tak kenal macam mana PH masih boleh bertahan dengan 5 kerusi Dan kalau logo BN itu sangat ...
Prn Melaka Pengundi Luar Diseru Pulang Untuk Beri Mandat Jelas

Prn Melaka Pengundi Luar Diseru Pulang Untuk Beri Mandat Jelas

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 160 hits
MELAKA Pengundi luar dirayu untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri Melaka esok demi menyelamatkan negeri itu daripada kemelut politik berpanjangan dan tidak berkesudahan Berdasarkan tinjauan Sinar Harian terh...
Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas Pkr Kalah Teruk Di Melaka

Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas Pkr Kalah Teruk Di Melaka

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 313 hits
Kemelut yang dihadapi parti itu dalam PRN Melaka akan membawa kepada persoalan sukar berkenaan tokoh yang menjadi simbol penubuhannya Gesaan senyap supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan diganti timbul ke...
Ketakutan Melayu Kepada Dap Punca Ph Kalah Di Melaka

Ketakutan Melayu Kepada Dap Punca Ph Kalah Di Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 307 hits
Jingga 13 Pahang menganggap kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini bukan disebabkan oleh kelamahan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya naratif DAPphobia yang menjadi tunjang kempen BN dan PN sepan...
Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 360 hits
Penganalisis berpendapat kekalahan teruk Pakatan Harapan itu natijah pengundi melihat gabungan berkenaan memberi tempat kepada politik katak yang mencetuskan pilihan raya negeri Melaka MELAKA TENGAH Kekalahan teruk Pakatan Harapan khususnya...
Muhyiddin Minta 11 000 Pengundi Awal Memilih Untuk Masa Depan Melaka Yang Gemilang

Muhyiddin Minta 11 000 Pengundi Awal Memilih Untuk Masa Depan Melaka Yang Gemilang

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 312 hits
Oleh PENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para pengundi awal yang akan mengundi esok agar memanfaat peluang dan kuasa demokrasi dengan memilih dengan bijak demi masa depan Melaka yang gemilang Beliau berkata lebih 1...
Prn Melaka 476 037 Pengundi Biasa Layak Mengundi Sabtu Ini

Prn Melaka 476 037 Pengundi Biasa Layak Mengundi Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 194 hits
November 18 2021 Pengundi yang mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi dan disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi MELAKA Seramai 476 037 orang pengundi biasa daripada keseluruhan 495 195 orang pengun...
Pengundi Melaka Jangan Sia Siakan Isyarat Kehadiran Bekas Tyt Dalam Kempen Ph

Pengundi Melaka Jangan Sia Siakan Isyarat Kehadiran Bekas Tyt Dalam Kempen Ph

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 187 hits
Sudah sudah hari berturut turut bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob hadir dalam program kempen PH dalam PRN Melaka ini Semalam beliau bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir dalam program kempen PH di DUN Kuala Linggi dan...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga