Pkpb Taska Dibenar Beroperasi Perlu Patuhi Sop Ketat


Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di seluruh negara dibenarkan beroperasi menggunakan 100 peratus kapasiti pekerja mulai Isnin ini, tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kelulusan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu merangkumi pematuhan terhadap aspek menjaga penjarakan sosial, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan keperluan untuk melakukan operasi nyah cemar di premis masing-masing sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Berdasarkan SOP MKN, aktiviti dan protokol TASKA dibahagikan kepada empat jenis tindakan, iaitu sebelum, semasa dan selepas operasi, selain langkah sewajarnya yang perlu diambil pengusaha sekiranya wujud kes jangkitan positif di premis mereka.



“Pengoperasian semua jenis TASKA dibenarkan dengan waktu kehadiran pelanggan ialah lapan jam, namun kelulusan ini tidak terpakai kepada TASKA yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sebelum membuka operasi, pengusaha, guru dan kakitangan TASKA perlu disahkan bebas COVID-19, manakala premis mesti dibersihkan dan dinyah kuman.

“Guru dan kakitangan perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan, keselamatan serta pelaksanaan aktiviti berkaitan.





“Borang akuan pengisytiharan kesihatan juga harus diisi oleh kanak-kanak, ibu bapa/penjaga dan kakitangan sebelum TASKA beroperasi.

“Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5 Celsius ke atas dilarang berada di TASKA,” menurut garis panduan MKN yang diterbitkan, hari ini.

Semasa beroperasi, pengusaha dikehendaki menyediakan cecair pembasmi kuman dan meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai, khususnya di ruang makan, tidur dan tempat membasuh tangan.



Selain itu, setiap kakitangan TASKA perlu memakai topeng muka sepanjang masa ketika berada di premis dan melatih kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan serta menjaga jarak sosial.

Pasca operasi saban hari, pengusaha TASKA wajar memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memandikan anak mereka terlebih dahulu serta mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah.

“Jika wujud kes positif dalam kalangan warga TASKA, premis hendaklah ditutup serta-merta dan berhubung dengan pejabat kesihatan terdekat untuk mendapatkan khidmat nasihat.



“Lakukan nyah cemar mengikut panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut SOP itu, namun tidak memperincikan sama ada TASKA dibenarkan kembali dibuka sekiranya operasi nyah cemar sudah dilakukan di premis terbabit.

BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/pkpb-taska-dibenar-beroperasi-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Bakal Bekerja Boleh Tarik Nafas Lega Mkn Keluarkan Sop Untuk Taska Kembali Beroperasi

Mak Ayah Bakal Bekerja Boleh Tarik Nafas Lega Mkn Keluarkan Sop Untuk Taska Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 890 hits
Selepas pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri semalam untuk membuka hampir keseluruh sektor ekonomi bermula 4 Mei ini Majlis Keselamatan Negara hari ini mengeluarkan SOP kepada pengusaha Taska untuk mereka beroperasi semula Dengan...
10 Meme Pkpb Apabila Sektor Ekonomi Kembali Beroperasi 4 Mei

10 Meme Pkpb Apabila Sektor Ekonomi Kembali Beroperasi 4 Mei

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 908 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal dan berhati hati menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula 4 Mei ini Jadi saudara s...
Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

Premis Atau Lokasi Kerja Dikesan Ada Kes Covid 19 Selepas Dibenar Beroperasi Akan Ditutup Diletak Sebagai Pkpd

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 466 hits
Premis atau lokasi kerja yang akan mula beroperasi minggu hadapan akan ditutup sekiranya kes jangkitan COVID 19 dikesan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penutupan kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawala...
Pkp Klinik Veterinar Dibenar Beroperasi

Pkp Klinik Veterinar Dibenar Beroperasi

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 293 hits
KERAJAAN bersetuju memberi kebenaran kepada klinik veterinar swasta beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran pembukaan klinik veterinar itu dibuat atas
Ibu Ayah Dilema Hantar Anak Ke Taska Ketika Covid 19 Ini Sop Yang Perlu Anda Tahu

Ibu Ayah Dilema Hantar Anak Ke Taska Ketika Covid 19 Ini Sop Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 389 hits
Pusat jagaan kanak kanak atau taska telah dibenarkan beroperasi kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pada 1 Mei lalu heboh seluruh Malaysia apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutus...
Penumpang Gagal Patuhi Sop Tidak Dibenarkan Menaiki Pengangkutan Awam

Penumpang Gagal Patuhi Sop Tidak Dibenarkan Menaiki Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia termasuklah saringan kesihatan penggunaan to...
Restoran Gerai Perlu Amal Sop Ketat Elak Jangkitan Virus

Restoran Gerai Perlu Amal Sop Ketat Elak Jangkitan Virus

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM 1 MEI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peniaga makanan supaya mengamalkan tatacara operasi piawai ketat bagi mengelakkan penularan Covid 19 Beliau berkata amalan itu termasuk penjarakan sosial kerap cuci tanga...
Gagal Patuhi Sop 25 Pelajar Matrikulasi Labuan Diarah Kembali Ke Kampus Tiada Surat Kebenaran Polis

Gagal Patuhi Sop 25 Pelajar Matrikulasi Labuan Diarah Kembali Ke Kampus Tiada Surat Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 706 hits
KOLEJ Matrikulasi Labuan Foto Hiasan Gagal patuhi SOP tiada surat kebenaran polis Seramai 25 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang terkandas di kampus susulan Perintah Kawalan Pergerakan tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman selepas di...
Majikan Pekerja Perlu Patuhi Sop

Majikan Pekerja Perlu Patuhi Sop

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA TERENGGANU 4 Mei Semua majikan dan pekerja perlu mematuhi semua prosedur operasi standard ketika beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang bermula hari ini Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Lef...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo