Penumpang Gagal Patuhi Sop Tidak Dibenarkan Menaiki Pengangkutan Awam



KUALA LUMPUR: Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia termasuklah saringan kesihatan, penggunaan topeng muka dan penjarakan sosial.

Selain itu katanya, anggota penguatkuasa ditempatkan dalam gerabak kereta api bagi memantau pergerakan dan menasihati penumpang jika tidak mematuhi SOP ditetapkan.

"Mana-mana individu yang dikenal pasti gagal mematuhi SOP ini tidak akan dibenar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Setakat hari ini, saya boleh kata orang ramai mempamerkan perkembangan mengagumkan apabila kebanyakan mereka mempunyai tahap kesedaran tinggi dan mematuhi SOP ditetapkan.

"Kita akan sentiasa memantau keadaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengurangkan potensi jangkitan COVID-19," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Ka Siong ditemani pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Nizam Alias turut meninjau pelaksanaan hari pertama PKPB di Stesyen MRT Bukit Bintang.

Mengenai bilangan penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api, beliau berkata, jumlahnya dijangka meningkat dari semasa ke semasa, bergantung kepada sektor dibenarkan beroperasi sepanjang PKPB.

"Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1, 2 serta 3 kita melihat penurunan mendadak sampai tahap lima peratus sahaja daripada jumlah penumpang yang ada pada hari biasa (sebelum PKP).

"Setakat hari ini, kita belum melihat penggunaan yang signifikan kerana masih banyak sektor yang belum beroperasi sepenuhnya dan setiap persediaan dibuat bergantung kepada keadaan semasa," katanya.

Sementara itu, Nizam berkata, waktu puncak penggunaan kereta api dipanjangkan sepanjang PKPB, iaitu bermula jam 7 hingga 11 pagi dan 4 petang hingga 7 malam dengan kekerapan antara tiga hingga empat minit, berbanding sebelum ini.

"Ini bagi membolehkan penumpang dapat menggunakan perkhidmatan ini dengan kapasiti ditetapkan sepanjang PKPB, iaitu separuh berbanding kapasiti asal," katanya.

Bagi penumpang, Eksekutif Peruncitan, Aw Yong Hui, 27, pula berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.

"Seperti hari ini, saya gunakan topeng dan pelindung muka sepanjang menaiki tren kerana khuatir dengan kebarangkalian yang boleh berlaku sepanjang menggunakan perkhidmatan ini.

"Bagaimanapun, keadaan terkawal sepanjang saya menaiki tren sebentar tadi, selain tidak mengalami serangan panik," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/penumpang-gagal-patuhi-sop-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Hanya Separuh Penumpang Dibenarkan Dalam Pengangkutan Awam

Pkpb Hanya Separuh Penumpang Dibenarkan Dalam Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 359 hits
Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Suzalina Halid Gerabak LRT Rapid KL dilihat melintasi Bangunan Berkembar KLCC Foto fail NSTP Mohamad Shahril Badri Saali KUALA LUMPUR Hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam di...
Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja Ismail Sabri

Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 400 hits
Pengangkutan awam seperti bas dan Mass Rapid Transit hanya dibenarkan membawa separuh sahaja penumpang daripada kapasiti sebenar dalam suatu masa Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang m...
Kerajaan Hadkan Jumlah Penumpang Pengangkutan Awam

Kerajaan Hadkan Jumlah Penumpang Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 377 hits
SHAH ALAM 3 MEI Jumlah penumpang yang menggunakan pengangkutan awam perlu dikurangkan separuh daripada kapasiti sebenar bagi mengelak sentuhan dan kesesakan Menteri kanan berkata arahan tersebut bagi memastikan semua pengangkutan awam memat...
Pengangkutan Awam Motosikal Kini Dibenarkan Untuk Rentas Negeri

Pengangkutan Awam Motosikal Kini Dibenarkan Untuk Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 488 hits
Pergerakan antara negeri menggunakan pengangkutan awam darat dan motosikal kini dibenarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata untuk itu pengangkutan awam darat perlulah mempunyai permit sah daripada pihak ber...
Gagal Patuhi Sop 25 Pelajar Matrikulasi Labuan Diarah Kembali Ke Kampus Tiada Surat Kebenaran Polis

Gagal Patuhi Sop 25 Pelajar Matrikulasi Labuan Diarah Kembali Ke Kampus Tiada Surat Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 740 hits
KOLEJ Matrikulasi Labuan Foto Hiasan Gagal patuhi SOP tiada surat kebenaran polis Seramai 25 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang terkandas di kampus susulan Perintah Kawalan Pergerakan tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman selepas di...
Orang Awam Dibenarkan Pandu Kenderaan Lesen Tamat Tempoh Ketika Pkp

Orang Awam Dibenarkan Pandu Kenderaan Lesen Tamat Tempoh Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 491 hits
PUTRAJAYA Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa Jabatan Pengangkutan Jala...
Waktu Operasi Perkhidmatan Pengangkutan Awam Sepanjang Bulan Ramadan

Waktu Operasi Perkhidmatan Pengangkutan Awam Sepanjang Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 448 hits
KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA 23 APRIL 2020 Mulai 24 April 2020 perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Prasarana Malaysia Berhad akan beroperasi dari jam 6 00 pagi hingga 10 00 pag...
Virus Bertahan 9 Hari Dalam Pengangkutan Awam

Virus Bertahan 9 Hari Dalam Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 356 hits
Saintis telah mendapati wabak Coronavirus mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari Memetik laporan agensi berita Mirror permukaan yang mempunyai potensi jangkitan adalah tombol pintu besi pemegang dalam kende...
Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States

Another Flag Blunder Being Probed In Pontian