Pkpb Rakyat Semakin Gelisah


PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara mulai 9 November hingga 6 Disember kecuali di Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak (kecuali Kuching) mula meresahkan rakyat. Ramai yang panik dan terkejut apabila
PKPB yang selama ini hanya dilaksanakan di beberapa buah negeri secara terpilih seperti Sabah dan Selangor secara tiba-tiba dikuatkuasakan hampir di seluruh negara.
Walaupun PKPB diberikan banyak kelonggaran berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini termasuk membenarkan hampir semua sektor ekonomi dan sosial beroperasi seperti biasa namun kesan PKPB ini dalam kehidupan
seharian rakyat dilihat masih besar sekali gus mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
Antara kegelisahan utama sekarang ialah, PKPB dikhuatiri boleh menutup terus “periuk nasi” sekelompok besar masyarakat kita seperti pekerja swasta dan yang bekerja sendiri. Pada ketika ini pastinya para majikan sudah mula bercongak-congak untuk mengurangkan kos operasi dan kerugian perniagaan dengan sama ada mengurangkan jumlah pekerja atau melaksanakan pemotongan gaji. Para peniaga baik di pusat membeli belah atau di tepi jalan juga gelisah kerana pelanggan semakin berkurangan. Pengusaha hotel dan pekerja industri pelancongan seperti di
Melaka dan Langkawi juga gelisah kerana sudah tentu segala tempahan akan dibatalkan. Pengusaha pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas ekspres juga hampir lumpuh kerana tiada pergerakan rentas negeri.
Penutupan sekolah pula bakal beri kesan langsung kepada pengusaha dan pekerja kantin serta pengusaha bas dan van sekolah yang pastinya akan hilang pendapatan secara total, dan ramai lagi dari pelbagai sektor seperti pembangunan, ekonomi, perkhidmatan dan pendidikan akan tergugat punca pendapatan mereka.
Rakyat juga gelisah keadaan kesukaran untuk memperoleh pekerjaan akan berterusan malah boleh dikatakan akan bertambah parah ketika PKPB ini. Ironinya ramai yang hilang pekerjaan ketika pelaksanaan PKP tempoh hari dan sedang
bergelut untuk mencari kerja baharu, tetapi pelaksanaan PKPB secara mengejut ini sudah pasti akan menutup terus peluang mereka kerana mana mungkin majikan berani mengambil risiko untuk membuka jawatan baru dalam situasi genting seperti
ini. Ini sekali gus turut akan mengancam peluang para graduan baharu.
Rakyat juga gelisah dengan situasi kos sara hidup semakin meningkat tetapi rakyat tiada aliran tunai yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan harian seisi keluarga. Percayalah ramai dari kalangan anggota masyarakat berpendapatan rendah (B40) sedang bergelut untuk membeli makanan atau barangan dapur kerana tidak ada punca pendapatan serta langsung tidak ada simpanan untuk kegunaan waktu kecemasan seperti ini. Hal ini kerana hidup mereka selama ini umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Jadi apa nasib mereka sepanjang
PKPB ini?
Penutupan sekolah sehingga habis sesi persekolah tahun ini juga turut mencetuskan kegelisahan dalam kalangan anggota masyarakat yang risau memikirkan masa depan pendidikan anak-anak. Walaupun pihak kementerian akan meneruskan home based learning seperti pebelajaran dalam talian, tetapi secara jujurnya keberkesaan kaedah pembelajaran ini tetap terus diragui. Ini ditambah pula masalah ketiadaan peranti
yang bersesuaian serta kemudahan internet terutamanya dalam kalangan anak-anak B40. Bagaimana anak-anak B40 ini boleh belajar dalam situasi ibu bapa tidak mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan? Sudah tentu mereka akan terus
ketinggalan.
Pelaksanaan PKPB ini juga memberi gambaran bahawa ancaman wabak Covid-19 ini semakin serius di seluruh negara. Hal ini juga terbukti dengan trend kes yang turun naik termasuk bilangan kes kematian yang turut mencemaskan rakyat. Ternyata belum ada sebarang tanda ancaman wabak ini akan berakhir dalam masa terdekat termasuk kita tidak pasti bila akan memperoleh vaksin untuk virus ini. Rakyat semakin gusar dan takut memikirkan tahap keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga. Ancaman kepada kesihatan dan keselamatan ini terus mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
Kita sedar kerajaan mungkin tiada pilihan dan terpaksa melaksanakan PKPB ini demi melindungi rakyat. Kita juga akui kerajaan cuba membantu golongan yang terkesan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan bantuan. Namun hakikatnya kesan PKP dan PKPB ini ternyata cukup dahsyat jauh menjangkaui daya pemikiran kita di mana kehidupan semua lapisan rakyat terjejas teruk secara total. Tuntasnya, virus ini dengan PKP dan PKPB telah mengubah cara hidup kita secara keseluruhannya.
Justeru kita berharap pihak kerajaan akan terus berikhtiar untuk membantu rakyat yang semakin gelisah memikirkan nasib dan kelangsungan hidup untuk hari-hari yang akan datang. MG
Rawat hati gelisah

The post PKPB: Rakyat semakin gelisah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/09/pkpb-rakyat-semakin-gelisah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Rakyat Kecewa Dan Semakin Susah Ngo

Belanjawan 2021 Rakyat Kecewa Dan Semakin Susah Ngo

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 233 hits
BOB KELANANG Beberapa kesatuan sekerja dan aktivis NGO meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz gagal memenuhi keperluan terdesak masyarakat golongan B40 Sangat mengecewakan...
Pkpb Seluruh Negara Membebankan Rakyat

Pkpb Seluruh Negara Membebankan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 213 hits
GERAK98 mengutuk sekeras kerasnya keputusan kerajaan laksana PKPB di hampir semua negeri di Malaysia mulai esok 2 Ianya jelas satu keputusan tidak bertanggungjawab Tidak langsung ambil kira kesan buruk langkah ini kepada ekonomi rakyat 3 Ti...
Mb Anak Syarikat Agensi Sebar Manfaat Belanjawan 2021 Kepada Rakyat

Mb Anak Syarikat Agensi Sebar Manfaat Belanjawan 2021 Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM 4 NOV Semua anak syarikat dan agensi Kerajaan Selangor akan digerakkan bagi memastikan manfaat Belanjawan 2021 sampai kepada rakyat Dato Menteri Besar berkata proses berkenaan disusun dan berjalan sejak beliau mengumumkan Pakej Ra...
Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Mengundi Di As

Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Mengundi Di As

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Di sebalik kebimbangan penularan COVID 19 di Amerika Syarikat pengundi pengundi berdaftar di negara itu dilihat lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka berbanding pilihan raya sebelum ini Keadaan itu disifatkan keran...
Pm Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

Pm Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 300 hits
Beberapa minggu kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang cadangan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Pastinya cadangan tersebut mendapat respon baik dari rakyat marhaen terutamanya yang terjejas truk terma...
Bekalan Vaksin Covid 19 Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Bekalan Vaksin Covid 19 Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR 4 NOV Hal berkaitan bekalan vaksin Covid 19 dan penipuan siber adalah antara perkara bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga hari ini Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat isu terse...
Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

Penjara Seluruh Negara Tampung 20 000 Lebihan Banduan Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 273 hits
Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yasin berkata semua tahanan baru perlu mempunyai keputusan ujian saringan Covid 19 sebelum dimasukkan ke penjara sebagai mencegah penularan wabak itu KUALA LUMPUR Sejumlah 43 lebihan banduan iaitu 20 3...
Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus

Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 464 hits
Dalam satu lapuran yang dibuat oleh portal Free Malaysia Today atau FMT PERKESO melapurkan sehingga akhir Oktober 2020 hampir 90 000 orang perkerja yang telah akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuatkuasakan oleh Perikatan N...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk