Belanjawan 2021 Rakyat Kecewa Dan Semakin Susah Ngo




BOB KELANANG









Beberapa kesatuan sekerja dan aktivis NGO meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz gagal memenuhi keperluan terdesak masyarakat golongan B40.

“Sangat mengecewakan dan bajet ‘takut-takut’ (timid) dan kebanyakan polisi dikitar semula,” kata Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak MTUC Andrew Lo.

“Selain daripada bayaran fasa ketiga Bantuan Prihatin Nasional (BPN), di mana isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 dan keluarga dengan lebih dua orang anak akan terima RM1,800, yang lainnya semua diabaikan,” kata Lo.

“Pengurangan cukai sebanyak satu peratus hanya berbaloi dalam RM300 selepas mengambil kira pelbagai rebat dan pengurangan caruman KWSP hingga sembilan peratus dan membenarkan pengeluaran akan mengorbankan simpanan persaraan pekerja dan mengundang masalah masa depan,” tambahnya.

Kegusaran wanita tak diambil serius

NGO Empower Malaysia Dorathy Benjamin pula berpendapat belanjawan kali ini gagal memberikan perlindungan yang cukup buat pekerja, khususnya pekerja wanita.

“Secara asas, wanita telah mengalami peningkatan beban untuk menjaga anak, orang tua dan ahli keluarga lain ketika perintah kawalan pergerakan dikuat kuasa. Ini bermaksud peningkatan tenaga kerja asuhan kerana sekolah dan pusat jagaan harian ditutup. Krisis ini tidak diambil serius,” katanya.

Tengku Zafrul telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas bagi memperkasa usahawan wanita.

Program bimbingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan, strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (Bizme).

Selain itu, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Irene Xavier turut menggesa kerajaan untuk melihat dalam aspek meningkatkan gaji minimum.

“Perkara utama adalah majoriti wanita yang bekerja di skala gaji terendah - gaji minimum. Jika kerajaan benar ingin membantu wanita, mereka sudah gagal.

“Tiada penyelesaian panjang untuk isu ini. Pelan mikro kredit sangat kecil dan tidak tangani masalah secara luas,” kata Irene.

Jelas Irene, dia juga berharap terdapat peruntukan untuk ibu tunggal.

Tiada peruntukan buat industri terkesan

Presiden Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin pula ‘berang’ terhadap pengumuman Belanjawan memperuntukkan RM50 juta yang disediakan buat latihan semula dan penempatan pekerjaan 8,000 pekerja syarikat penerbangan.

“Ini tidak seberapa (peanuts), Industri tengah lemah dan perlukan bantuan kecemasan supaya perniagaan masih dapat dikekalkan,” kata Ismail merujuk keadaan pekerja AirAsia dan Malindo Airways yang dibuang kerja bulan lalu.

Latihan itu, katanya, hanya untuk pulihkan gejala dan bukan satu penawar untuk industri.

“Kita perlukan bantuan khusus untuk industri terkesan dalam pelancongan, khususnya syarikat penerbangan dan hotel.

“Latihan ini tidak bantu dalam situasi genting seperti ini dan hanya akan memberi pendapatan lebih kepada institut latihan, bukan penggangur,” tambahnya.

Turut senada dengan Ismail adalah Pengerusi Gabungan Pembaharuan Undang-Undang Baru, Gopal Kishan.

“Saya tidak lihat penyelesaian pantas terhadap pekerja dan golongan B40. Mereka antara paling rentan sejak Covid-19 dan sedang terseksa sekarang,” katanya.

Bantuan Orang Asli tak jelas

Aktivis Orang Asli Bah Tony pula berkata kesan peruntukan terhadap masyarakat itu tidak jelas kerana bantuan dilihat hanya disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa).

“Saya rasa kita perlu fokus kepada entiti yang berikan peluang pekerjaan supaya mereka dapat bantu golongan Orang Asli.

“Entiti itu harus merangkumi usaha profesional seperti firma undang-undang yang saya faham telah terkena wabak tersebut,” katanya.

Bah Tony turut mempersoalkan rancangan kerajaan terhadap Orang Asli yang ingin memberi 500 peluang pekerjaan sebagai pemandu pelancong pada ketika itu.

Tak cukup untuk OKU

Aktivis orang kurang upaya (OKU) Anthony Thanasayan turut menyifatkan bantuan yang disalurkan kerajaan buat golongannya tidak cukup.

Dia berkata demikian selepas kerajaan membuat keputusan untuk meningkatkan dana sebanyak RM50 buat golongan OKU (RM450) dan bantuan kepada pihak terbabit yang kerja sebanyak RM300.

“Kita gembira kerajaan berikan bantuan tetapi hakikatnya tak cukup untuk bantuan makanan dan perubatan,” katanya lagi.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-rakyat-kecewa-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 264 hits
November 10 2020DEWAN Muslimat PAS Malaysia ingin turut sama sama mengetengahkan tema Teguh Kita Menang Bersama yang digunakan dalam Rang Undang Undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 Ia menegaskan kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam...
Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 498 hits
Najib berkata Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia Belanjawan 2021 Rakyat Sabah menderita tidak boleh tunggu tahun hadapan Najib Bekas Perdana Menteri Datu...
Kumpulan Perubatan Kecewa Peruntukan Kesihatan Awam Dipotong Dalam Belanjawan 2021

Kumpulan Perubatan Kecewa Peruntukan Kesihatan Awam Dipotong Dalam Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 253 hits
Peruntukan Perubatan dan Kesihatan Awam dipotong dalam belanjawan 2021 Kerajaan telah mengurangkan peruntukan untuk rawatan kuratif dan kesihatan awam termasuk pemotongan yang agak besar untuk rawatan barah dan penyakit buah pinggang walaup...
Belanjawan 2021 Mensyukuri Rezeki Kala Diuji Rakyat Terkesan Seharusnya Diutamakan

Belanjawan 2021 Mensyukuri Rezeki Kala Diuji Rakyat Terkesan Seharusnya Diutamakan

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 259 hits
Oleh Suberi HusseinUmum mengetahui negara sedang berperang dengan pandemik COVID 19 Perperangan ini telah bermula sejak Januari 2020 dimana sehingga ke hari ini masih belum nampak penghujungnya Ribuan rakyat telah dijangkiti oleh virus ini ...
Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningk...
Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 327 hits
Secara keseluruhan Belanjawan 2021 kelihatan komprehensif kerana menyentuh semua sektor kritikal termasuk memfokuskan golongan B40 serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik COVID 19 Sungguhpun begitu belanjawa...
Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM 27 OKT KEADILAN menyeru kerjasama kedua belah pihak antara kerajaan dan pembangkang bagi merangka Belanjawan 2021 Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik Covi...
Belanjawan 2021 Apa Rakyat Harapkan

Belanjawan 2021 Apa Rakyat Harapkan

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 350 hits
BELANJAWAN atau Bajet 2021 kali ini lebih unik memandangkan kerajaan memerlukan sejumlah wang yang agak besar untuk memastikan penularan wabak berjangkit Covid 19 dapat dibendung Malah pada 28 Ogos lalu Yang di Pertuan Agong menitahkan semu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi