Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Dari Akaun 1 Kwsp Adalah Kehendak Rakyat Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus



Dalam satu lapuran yang dibuat oleh portal Free Malaysia Today atau FMT, PERKESO melapurkan sehingga akhir Oktober 2020, hampir 90,000 orang perkerja yang telah kehilangan perkerjaan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan oleh Perikatan Nasional bermula dari pertengahan bulan Mac lalu.
Dalam lapuran yang sama, PERKESO juga telah menyatakan kadar pengangguran negara telah meningkat sehingga 4.7% dan merupakan antara kadar pengangguran tertinggi yang pernah dicatatkan oleh Malaysia.
Bukan maksud admin untuk menyalahkan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin kerana menguatkuasakan PKP, kerana kita semua tahu ianya adalah satu langkah yang terpaksa diambil oleh kerajaan.
Tetapi apa yang hendak disampaikan ialah kalau 90,000 orang rakyat Malaysia telah kehilangan perkerjaan, ini bermakna, kalau angka 90,000 di darab dengan dua untuk mendapatkan angka purata isi rumah di Malaysia, ini bermakna 180,000 orang rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur telah kehilangan punca pendapatan sama ada untuk diri sendiri atau dari ketua keluarga yang menyara kehidupan mereka selama ini.
Kita tidak menafikan kerajaan telah memberikan bantuan secara tunai kepada rakyat yang kini berada dalam keadaan yang sangat getir melalui BPN dan BPN 2.0.
Tetapi dengan kos kehidupan yang mendadak naik ketika krisis Covid-19 sekarang ini, RM1600 yang diberikan kepada golongan B40 melalui BPN dan RM1,000  melalui BPN 2.0 hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja untuk menampung keperluan harian rakyat.
Bagi keluarga yang bersaiz sederhana, yang mempunyai isi rumah antara 5 ke 7 orang dan menyewa rumah teres dua bilik. kos utiliti bulanan yang WAJIB disediakan setiap bulan adalah di antara RM500 ke RM750 sebulan dan ini tidak termasuk perbelanjaan untuk barangan dapur.
Atas tekanan kos sara hidup dan memburukkan keadaan bila ketua keluarga kehilangan punca pendapatan, maka timbul desakan dari rakyat supaya kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 1 sebanyak RM10,000.
Kehendak rakyat ini disampaikan oleh DS Najib di dalam akaun Facebook beliau.

Tetapi Muhyiddin telah membuat keputusan untuk menolak cadangan tersebut.
Muhyiddin memberikan 2 alasan kenapa beliau membuat keputusan menolak cadangan tersebut.

Pertama kerana menurut Muhyiddin, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 melalui Akaun 1 kepada setiap pencarum, KWSP akan kehilangan dana yang besar dan ini akan menjejaskan aktiviti perniagaan, terutamanya pelaburan, kepada KWSP.
Sebagai seorang Perdana Menteri, alasan yang diberikan Muhyiddin jelas menunjukkan sama ada beliau tidak tahu apa yang beliau katakan atau pun memang pengetahuan beliau dalam ekonomi sangat-sangat cetek.
KWSP mempunyai 4.57 juta pencarum, ini bermakna sekiranya semua 4.57 juta pencarum membuat keputusan untuk mengeluarkan RM10,000, maka KWSP akan kehilangan RM45.7 bilion.
Jumlah RM45.7 bilion ini hanya merupakan kurang 5% atau kiraan tepatnya 4.9% dari keseluruhan aset KWSP yang bernilai RM929.64 bilion pada 30 Jun 2020.
Apakah penyusutan cuma 5% dari nilai aset keseluruhan akan menjejaskan keseluruhan aktiviti perniagaan KWSP yang mempunyai aset keseluruhan yang bernilai RM929.64 bilion!!!
Seperti program i-Lestari yang telah membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka dalam Akaun 2 KWSP, tidak semua pencarum yang akan mengeluarkan caruman mereka sekiranya mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Ada pencarum yang masih mempunyai sumber pendapatan seperti kakitangan awam, perkerja sektor swasta yang berkerja dari rumah, tidak akan mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka masih lagi mempunyai sumber pendapatan.
Tetapi bagi 90,000 perkerja yang telah kehilangan perkerjaan, bagaimanakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka dan keluarga mereka?

Alasan yang kedua ialah dengan melakukan pengeluaran Akaun 1 KWSP, akan menghakis perlindungan masa depan ahli.
Secara asasnya, semua orang mempunyai tabungan dan tujuan membuat tabungan adalah untuk digunakan di masa terdesak dan juga untuk kegunaan hari tua.
Sekiranya duit tabungan kita selama berpuluh tahun tidak dapat kita gunakan di saat kita terdesak begini, maka tabungan yang kita lakukan selama ini adalah sia-sia.
Penyimpan KWSP tidak meminta supaya dikeluarkan semua simpanan mereka di dalam KWSP, tetapi mereka cuma mahu mengeluarkan cuma RM10,000 dari tabungan mereka di KWSP.
Krisis Covid-19 sudah menggugat kehidupan seharian rakyat Malaysia selama lebih dari 10 bulan dan sudah dinyatakan, hampir 90,000 sudah kehilangan perkerjaan dan dijangkakan angka ini akan terus meningkat dengan perkembangan semasa jangkitan kes baharu Covid-19 yang sangat membimbangkan kita semua.
Rakyat peerlukan duit untuk menjelaskan utiliti bulanan mereka, rakyat perlukan duit untuk membeli keperluan harian makan minum mereka, rakyat perlukan duit untuk keperluan kesihatan mereka dan semasa wabak Covid-19, setiap ahli keluarga yang keluar dari rumah WAJIB menggunakan 'face mask' dan menyediakan 'hand sanitizer' sebagai langkah supaya tidak dijangkiti Covid-19.
Bagi keluarga saiz sederhana dengan isi rumah 5 hingga 7 orang, memerlukan sekurang-kurangnya 3 kotak 'face mask' yang berharga RM20 setiap satu bagi setiap bulan, ibelum lagi mengambil kira 'hand sanitizer' yang mesti dibeli.
Ini semua memerlukan duit dan dari manakah mereka akan dapat duit apabila telah kehilangan perkerjaan.
Mungkin Muhyiddin belum pernah lihat bagaimana seorang ibu terpaksa membasuh semula 'face mask' pakai buang untuk digunakan semula oleh anak-anaknya.
Mungkin Muhyiddin belum pernah melihat bagaimana seorang ibu terpaksa menyambung getah 'face mask' anak-anak mereka dengan menggunakan benang yang dipintal.
Tapi itulah realiti kehidupan rakyat B40 sekarang ini.
Jadi mengapakah dihalang mereka menggunakan duit simpanan mereka sendiri?
Atau kerana yang menyampaikan hasrat rakyat marhaen itu adalah seorang mantan Perdana Menteri yang bernama Najib Razak!!!
Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat sedang menderita sekarang ini!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/11/cadangan-pengeluaran-rm10000-dari-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setuju Dan Sedia Kaji Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Muhyiddin

Setuju Dan Sedia Kaji Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 295 hits
PUTRAJAYA Kerajaan sedang meneliti untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah berbincang dengan Kementerian Kewangan
Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Kwsp Wajar Dibenarkan Tetapi Secara Bersyarat

Cadangan Pengeluaran Rm10 000 Kwsp Wajar Dibenarkan Tetapi Secara Bersyarat

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 350 hits
375 total views 199 views today Pemangku Presiden Dewan Perdagangan Industri ASEAN Datuk Sohaimi Shahadan berkata kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan dan caruman KWSP mereka namun berdasarkan kriteria tertentu Cadangan p...
Kerajaan Perlu Luluskan Pengeluaran Rm10 000 Akaun 1 Kwsp Najib

Kerajaan Perlu Luluskan Pengeluaran Rm10 000 Akaun 1 Kwsp Najib

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 824 hits
Mantan perdana menteri Najib Razak mengatakan bahawa kini terdapat banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran secara one off sehingga jumlah mencecah rm10 000 daripada akaun 1 bagi kegunaan mendesak pada ketika ini Sebelum ini...
Pm Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

Pm Sudah Berbincang Dengan Menteri Kewangan Mengenai Status Pengeluaran Akaun 1 Kwsp Ini Bakal Berita Baik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 306 hits
Beberapa minggu kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang cadangan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Pastinya cadangan tersebut mendapat respon baik dari rakyat marhaen terutamanya yang terjejas truk terma...
Najib Jika Bayaran Rm10 000 Kwsp Lulus Rakyat Jangan Beli Iphone 12

Najib Jika Bayaran Rm10 000 Kwsp Lulus Rakyat Jangan Beli Iphone 12

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 553 hits
Najib Jika Bayaran RM10 000 KWSP lulus rakyat jangan beli iPhone 12Najib nasihatkan rakyat Jika Bayaran RM10 000 Kwsp lulus rakyat jangan beli iPhone 12 Najib Jika Bayaran RM10 000 Kwsp lulus rakyat jangan beli iPhone 12Bekas menteri kewang...
Pengeluaran Rm10 000 Kwsp Perlu Dibenarkan Untuk B40 Amp M40

Pengeluaran Rm10 000 Kwsp Perlu Dibenarkan Untuk B40 Amp M40

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 270 hits
Gelombang ketiga pandemik sememangnya bukan mainan Ramai terkesan dek kerana kehilangan pekerjaan dan mata pencarian seharian Cadangan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh dilaksanakan secara berperingkat da...
Tengku Zafrul Akaun 1 Kwsp Kerajaan Benar Pengeluaran Secara Bersasar Rm500 Sebulan

Tengku Zafrul Akaun 1 Kwsp Kerajaan Benar Pengeluaran Secara Bersasar Rm500 Sebulan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6 000 untuk 12 bulan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pengeluar...
Pengeluaran Akaun 1 Kwsp

Pengeluaran Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 331 hits
Oleh Metra Syahril Mohamed KUALA LUMPUR Kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melalui Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6 000 untuk 12 bulan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Za...
Kwsp Perincian Syarat Pengeluaran Akaun 1

Kwsp Perincian Syarat Pengeluaran Akaun 1

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 509 hits
KWSP akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 Foto hiasan KWSP umum perincian syarat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 esok P erkara i...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya