Pkpb Kini Kembali Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Anda Lakukan


MALAYSIAKINI

PANDUANKINI | Kerajaan hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan gelombang ketiga wabak Covid-19.
PKPB akan berkuat kuasa di Sabah mulai tengah malam ini (13 Okt) manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan berkuat kuasa pada tengah malam 14 Okt.
Tempoh penguatkuasaan akan berlangsung selama dua minggu (sehingga 26 Oktober untuk Sabah dan 27 Okt di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).
Panduan ini akan membantu menjelaskan apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan di bawah PKPB.
Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan masih memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPB dan panduan ini akan dikemas kini apabila terdapat lebih banyak maklumat.
Apa itu PKPB?
Pengutakuasaan ini serupa dengan yang dikenakan ke atas negara ini dari 4 Mei hingga 9 Jun lalu.
Untuk rekod, negara ini pertama kali melaksanakan  perintah kawalan pergerakan atau disebut "PKP"  pada 18 Mac, di mana kebanyakan perniagaan ditutup dan hanya seorang dari setiap isi rumah dibenarkan meninggalkan rumah untuk mendapatkan bekalan makanan.
Ketika keadaan Covid-19 bertambah baik, negara ini beralih kepada PKPB, di mana kegiatan ekonomi disambung semula dengan syarat yang ketat tetapi aktiviti riadah masih dilarang.
Sebilangan besar sekatan ditarik balik ketika negara ini mulai beralih kepada PKP Pemulihan dari 10 Jun dan fasa ini sepatutnya berlangsung sehingga akhir tahun ini.
Mengapa kita kembali kepada PKPB sekarang?
Ringkasnya, kita sekarang berada dalam keadaan yang jauh lebih buruk daripada ketika gelombang Covid-19 kedua yang dicetuskan oleh perhimpunan tabligh pada Mac lalu.
Gelombang ketiga ini bermula pada bulan September ketika pendatang tanpa izin menyebarkan virus berkenaan di Penjara Tawau dan kemudian menular di kalangan masyarakat.
Penyebaran virus itu dipercepatkan oleh pilihan raya Sabah yang berakhir pada 26 September.
Mereka yang datang berkempen dan pelawat yang mengunjungi Sabah kemudian membawa virus itu pulang ke negeri masing-masing.
Kemuncak gelombang kedua berlaku apabila 277 kes baru direkodkan pada 4 Jun dengan kebanyakannya terdiri daripada warga asing yang ditahan di pusat tahanan.
Pada gelombang ketiga ini, jumlah kes tertinggi adalah pada 6 Oktober dengan 691 kes baru, yang kebanyakannya adalah rakyat Malaysia dan kebanyakan berada dalam kelompok masyarakat.
Setiap hari, kes baru juga merekodkan angka yang tinggi.
Semasa gelombang kedua, pesakit Covid-19 yang paling banyak dirawat di negara ini adalah pada 9 April dengan 2,552 orang pesakit.
Pada gelombang ketiga, negara ini mencatat rekod tertinggi yang baru setiap hari dengan 5,039 pesakit Covid-19 dirawat pada hari ini (12 Okt). Sekiranya jumlah ini terus meningkat, hospital-hospital kita akan terbeban dan angka kematian akan meningkat secara mendadak.
Angkatan Tentera Malaysia juga sudah mengaktifkan hospital medan di Sabah, sesuatu yang biasanya dilihat pada masa perang.
Bolehkah saya keluar rumah?
Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah.
Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.
Sejauh mana saya boleh bergerak?
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.
Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah - iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.
Bolehkah saya pergi bekerja?
Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.
Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?
Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.
Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?
Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.
Saya belajar di sekolah swasta dan menduduki peperiksaan Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE), apa yang perlu saya lakukan?
Perintah penutupan berkuatkuasa untuk sekolah kerajaan dan swasta. Tanya kepada pihak sekolah anda tentang bagaimana menyelesaikan isu peperiksaan anda.
Bolehkah saya makan di restoran?

Tidak, makan dalam restoran tidak dibenarkan lagi. Restoran masih dibenarkan dibuka tetapi hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang dan bagi tujuan penghantaran makanan.
Adakah sekatan masa dikenakan untuk saya melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?
Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi. Perkara ini akan dikemas kini apabila maklumat diperolehi.
Bolehkah saya beriadah di taman?
Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup.
Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.
Bagaimana jika saya enggan?
Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.
Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?
Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.
Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?
Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.
Bagaimana dengan tempat ibadat?
Semua tempat ibadah - Muslim dan bukan Muslim - akan ditutup.
* Kompilasi Panduankini ini disediakan oleh NIGEL AW



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/pkpb-kini-kembali-apa-yang-boleh-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Lakukan Sepanjang Pkpb Selangor Wp Kl Dan Putrajaya

Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Di Lakukan Sepanjang Pkpb Selangor Wp Kl Dan Putrajaya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 443 hits
Bermula hari ini 14hb Oktober 2020 kami warga Selangor WP KL dan Putrajaya sekali lagi di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid 19 yang kembali meningkat Jika sebelum ini Kedah Sabah ...
Arahan Pkpb Boleh Tak Terbang Guna Airasia Rentas Sempadan

Arahan Pkpb Boleh Tak Terbang Guna Airasia Rentas Sempadan

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 393 hits
Memang tidak dinafikan sejak arahan PKP dan kemudianya diloggarkan menjadi PKPP rakyat Malaysia mula melancong di dalam Malaysia Banyak tiket penerbangan ke luar negara terpaksa dibatalkan perjalanannya Kini bila tiba Arahan PKPB Boleh Tak ...
Apple Ipad Air Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Rasmi Apple Harga Bermula Rm2599

Apple Ipad Air Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Rasmi Apple Harga Bermula Rm2599

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 428 hits
Apple Malaysia kini telah mula menawarkan tablet terbaru iPad Air mereka melalui laman rasmi sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan tablet berkenaan dan menerimanya seawal 30 Oktober 2020 ini Apple iPad Air hadir dengan skrin 10 9 inci ...
Program Vit S Aeon Cabutan Bertuah Kini Kembali Lagi

Program Vit S Aeon Cabutan Bertuah Kini Kembali Lagi

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 361 hits
Hi Korang Baru baru ini sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi telah melancarkan sebuat program Cabutan Bertuah berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terbesar di Malaysia AEON yang telah...
Eksklusif Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi Vespa Sprint Iphone 11 Pro Max Samsung Zflip Bakal Milik Anda

Eksklusif Cabutan Bertuah Vits Kini Kembali Lagi Vespa Sprint Iphone 11 Pro Max Samsung Zflip Bakal Milik Anda

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 411 hits
Baru baru ini sebuah pengeluar produk berasaskan mi segera yang telah bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi telah melancarkan sebuat program Cabutan Bertuah berkolaborasi bersama sebuah pasaraya terbesar di Malaysia AEON yang telah mendapat ...
Kini Anda Boleh Melihat Arkib Instagram Stories Dengan Lebih Mudah Mengikut Bulan

Kini Anda Boleh Melihat Arkib Instagram Stories Dengan Lebih Mudah Mengikut Bulan

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 279 hits
Instagram kini memudahkan lagi anda melihat arkib perkongsian Instagram Stories dimana kini ia disusun mengikut kalendar bulanan sekaligus memperlihatkan arkib Instagram Stories mengikut tarikh penerbitan Pilihan paparan arkib ini adalah pe...
Aku Kini Kembali

Aku Kini Kembali

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 381 hits
Lamak na juak aku dah sik nulis di situk Dekat nak sengah tahun dah kali Alhamdulillah maseh diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus bernafas dan menghuni bumi Nya yang bertuah tuk Kali tuk namo blog pun dah bertukar Namo blog m...
Fungsi Beta Youtube Kini Hanya Boleh Diuji Oleh Pengguna Youtube Premium Sahaja

Fungsi Beta Youtube Kini Hanya Boleh Diuji Oleh Pengguna Youtube Premium Sahaja

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 263 hits
YouTube adalah produk dari Google dan Google kerap menguji fungsi dan ciri baru pada produk produk mereka melalui ujian A B atau beta Fungsi fungsi seperti tab Explore bahagian komen baharu serta bab bab video semuanya bermula dengan ujian ...
Jualan Gempak 10 10 Pg Mall Kini Kembali

Jualan Gempak 10 10 Pg Mall Kini Kembali

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum Sebut sahaja pasal shopping semua butang mata mendengarnya Tak kira tua atau muda semuanya berminat mahu mendengarnya Tambah tambah sekarang shopping dengan normal baru Korang tidak perlu lagi ke shopping complex atau mana m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba