Pkp Wajar Ditukar Jadi Pkpp Rakyat Perlu Cari Wang Untuk Hidup Bukan Nak Cari Kos Potong Usus Bagi Kurus




 Ketika ini hampir semua sektor ekonomi telah dibuka, walaupun PKP dan darurat masih berkuatkuasa.
Dalam pengumuman semalam, lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi temasuk kedai pakaian, aksesori, kedai peralatan sukan, kosmetik serta lain-lainnya dan paling menggembirakan tentunya kebenaran boleh makan di restoran.
Dengan itu, kehidupan rakyat kini boleh dikata sudah kembali seperti sediakala, kecuali rentas negeri dan daerah mahu lagi dilarang.
Larangan rentas negeri dan daerah ini menjadikan sekatan jalanraya masih ada di mana-mana dan sedikit-sebanyak menyebabkan kesesakan lalulintas.
Berbeza dengan PKP 1.0 pada Mac 2020 lalu, semua sektor ekonomi ketika itu ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi walaupun kes Covid19 lebih rendah berbanding sekarang yang menjangkau antara 3000 hingga 5000 kes setiap hari.
Meski demikian, walau kes masih tinggi, sementara PKP dan darurat dikuatkuasakan, kelonggaran sektor ekonomi telah diberikan satu persatu.
Alasan yang diberikan ialah untuk memulihkan ekonomi dan agar ia tidak lumpuh sama sekali.
Dalam hal ini, sesuai dengan alasan untuk memulihkan ekonomi dan hampir semua sektornya pula telah dibuka, melaksanakan PKP sebenarnya relevan lagi.
Apalagi, mengetatkan PKP dengan melaksanakan darurat dalam waktu yang sama.
Apa yang berlaku sekarang bukan lagi PKP namanya, tetapi lebih sesuai dipanggil PKPP atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Yang terburuk dan menjadi rungutan ramai dalam PKP sekarang ialah banyaknya sekatan jalanraya, terutama yang diadakan di tengah-tengah jalan sibuk dan sekatan yang diadakan di sempadan negeri-negeri untuk mengawal pergerakan rentas negeri.
Sekatan jalanraya ini bukan saja menimbulkab kesusahan kepada mereka yang banyak berurusan dalam perniagaan dan perlu pergi ke sana sini atas pelbagai urusan, bahkan turut membebankan anggota polis yang terpaksa berpanas terik dan berhujan dalam menjalankan tugas mereka.
Walau difahami pihak polis hanya menjalankan tugas, tetapi kadang-kadang kita turut simpati dan kasihan dengan mereka.
Oleh itu, jika PKP ditamatkan dan digantikan dengan PKPP, sekatan jalanraya tidak perlu lagi diadakan.
Sekaligus ini menjadikan perkembangan ekonomi boleh dilajukan dengan orangramai boleh ke mana-mana dengan lebih lancar, sesuai dengan pembukaan banyak sektor ekonomi yang telah dilakukan.
Turut penting, apabila PKPP dilaksanakan, selain tiada lagi sekatan jalanraya dan rentas negeri mula dibenarkan, ia juga mampu memulihkan sektor pelancangan dan perhotelan yang teruk terjejas apabila semua orang hanya dibenarkan duduk di daerah masing-masing saja.
Pokoknya, semua orang perlu wang dan makanan untuk terus hidup dan menukar PKP kepada PKPP adalah pendekatan paling sesuai untuk membolehkan usaha pencarian rezeki jadi meluas di ketika kerajaan begitu kedekut serta berkira dalam soal menolong rakyat berkaitan moratorium pinjaman bank dan pengeluaran KWSP.
Melaksanakan PKP, ditambah dengan darurat lagi yang menyebabkan usaha mencari rezeki banyak tersekat, sedangkan kerajaan kekal kedekut, dibimbangi lebih ramai mati bunuh diri atau tak makan berbanding kena Covid19.
Pihak polis pula, apabila PKP ditukar kepada PKPP, boleh menumpukan tugas dan perhatian mereka kepada aspek lain seperti pencegahan jenayah yang lebih penting untuk ditangani di waktu ramai orang hilang pekerjaan dan sukar mencari wang yang secara automatik menjadikan kadar jenayah akan meningkat.
Cuma, penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan SOP bagi mengelak virus Covid19 mudah merebak adalah aspek yang harus sentiasa diberi perhatian di seluruh negara.
Kalau sudah menteri pun bebas ke luar negara, kemudian apabila pulang hanya perlu dikuarantin tiga hari saja berbanding 10 hari untuk rakyat biasa, maka apalah salahnya rakyat diberi lebih kebebasan bergerak ke sana sini untuk mencari rezeki dan sesekali dapat pulang ke kampung mengunjungi ibu bapa serta saudara mara?
Lagi pun, keinginan rakyat untuk bergerak hanya semata-mata untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan, bukannya untuk potong usus bagi kurus atau untuk bedah hidung bagi nampak cantik. 
(Shahbudindotcom 10/02/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/pkp-wajar-ditukar-jadi-pkpp-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 422 hits
Semestinya ibu ibu ada pengalaman ni kan Anak nak tidur mesti nak kita ada sebelahnya Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk kain hisap jari gentel baju gosok telinga dan macam macam lagi Istimewanya juga anak kita ni bukan itu saja yan...
Muhyiddin Bijak Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

Muhyiddin Bijak Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 437 hits
Sejak pemerintahan Pakatan Harapan dan kini berubah kepada Kerajaan Muhyiddin khidupan rakyat dan negara Malaysia berubah dengan cukup drastik Dari sebuah negara yang terkenal dengan kepesatan ekonomi dan kemakmuran kehidupan negara yang be...
Azmin Kena Kecam Rakyat Berang Desak Potong 70 Peratus Gaji Menteri

Azmin Kena Kecam Rakyat Berang Desak Potong 70 Peratus Gaji Menteri

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 213 hits
FAZLI RADZITiada satu komen pun menyokong Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu hantaran di Facebook miliknya semalam Orang ramai hanya menghamburkan kecaman dan mengan...
Pakej Bantuan Keluarga Bernilai S 900 Juta Bantu Tampung Kos Sara Hidup

Pakej Bantuan Keluarga Bernilai S 900 Juta Bantu Tampung Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 248 hits
SINGAPURA Keluarga keluarga yang layak dan tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan akan menerima bayaran khas sekali saja antara S 120 hingga S 200 tahun ini sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga bernilai S 900 juta y...
Rasanya Portal Sk Pun Macam Hidup Segan Mati Pun Tak Mau Akhbar Lagi La Quyub Macamana Nak Lawan Sampai Menang

Rasanya Portal Sk Pun Macam Hidup Segan Mati Pun Tak Mau Akhbar Lagi La Quyub Macamana Nak Lawan Sampai Menang

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 215 hits
Kes Covid 19 melambung PN gagal berundurlah secara terhormat Shamsul Iskandar Cadangan menaikkan kompaun RM1 000 kepada rakyat yang melanggar Prosidur Operasi Standard mengiringi peningkatan mendadak kes kes jangkitan baharu Covid 19 Bagi A...
Kalau Menteri Pun Nak Mengelak Sop Baiklah Ditamatkan Saja Pkp

Kalau Menteri Pun Nak Mengelak Sop Baiklah Ditamatkan Saja Pkp

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 196 hits
Tidak ada sebab lain mengapa kerajaan melalui Menteri Kesihatan Dr Adham Baba tiba tiba setuju melonggarkan SOP tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang daripada lawatan rasmi ke negara melainkan petanda ketidaksediaan golongan kayangan te...
Terengganu Umum Tujuh Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu Pkp 2 0

Terengganu Umum Tujuh Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 259 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu mengumumkan tujuh insentif khas berniIai RM19 juta bagi membantu rakyat negeri ini yang terjejas akibat penguatkuasaan Perintah KawaIan Pergerakan sejak Januari IaIu Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Sams...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord