Kalau Menteri Pun Nak Mengelak Sop Baiklah Ditamatkan Saja Pkp


 
Tidak ada sebab lain mengapa kerajaan melalui Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba tiba-tiba setuju melonggarkan SOP tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang daripada lawatan rasmi ke negara melainkan petanda ketidaksediaan golongan kayangan tersebut patuh kepada peraturan yang sama sebagaimana dilalui rakyat biasa.
Ia juga hanya memperlihatkan benarnya tanggapan ramai sebelum ini bahawa negara kita seolah-olah mengamalkan dua set peraturan atau undang-undang yang berbeza iaitu satu untuk menteri dan satu lagi untuk rakyat marhaen.
Jika sebelum ini terdapat beberapa menteri yang didapati melanggar SOP PKP tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan, kelonggaran terbaru ini jelas menunjukkan kerajaan minoriti dan pintu belakang PN ini cuba mengistimewakan lagi kedudukan menteri-menteri seolah-olah mereka begitu mulia serta tinggi darjatnya berbanding rakyat jelata yang lain.
Weii…apakah tujuan sebenar PKP dan darurat ini dikuatkuasakan jika untuk menteri ada kelonggaran, tetapi SOP, malah kompaun serta hukuman untuk rakyat biasa makin diperketat dan dinaikkan?
Dalam kelonggaran SOP terbaru yang diberikan kepada menteri-menteri yang kembali dari lawatan rasmi ke luar negara, mereka akan dikecualikan daripada Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan hanya akan dikuarantin serta dipantau selama tiga hari berbanding 10 hari sebagaimana yang sepatutnya atau yang terpakai kepada rakyat biasa.
Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang ditandatangani oleh Dr. Adham itu akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos, iaitu sepanjang tempoh darurat dan dikuatkuasakan bermula esok, 9 Februari.
Selain Muhyiddin Yassin yang baru dua hari lalu pulang dari lawatan rasmi ke Indonesia, Menteri Luar Negeri, Hishammuddin pula ketika ini sedang melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi.
Dengan kelonggaran ini, bermakna tempoh kuarantin Muhyiddin akan turut berakhir esok, manakala Hishammddin, setelah pulang nanti, hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari saja.


Tidak dipastikan sama ada kelonggaran SOP PKP ini semata-mata dilakukan untuk kepentingan Muhyiddin dan Hishammuddin atau ianya hanya kebetulan saja.
Juga tidak dapat dipastikan jika ini merupakan petunjuk bahawa lebih ramai lagi menteri-menteri akan melalukan lawatan ke luar negara selepas ini.
Apa yang pasti, kelonggaran ini seperti ada kaitan dengan kes Menteri Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Attakiri yang sebelum ini menjadi isu kerana tidak menjalani kuarantin sebaik pulang daripada luar negara.
Apa pun alasannya, keputusan melonggarkan SOP ini, selain menunjukkan ketidaksediaan para menteri mematuhi SOP kuarantin selama 10 hari iaitu sama seperti rakyat biasa, ia juga memperlihatkan ketidakseriusan kerajaan dalam menangani wabak Covid19 yang kini sudah di peringkat gelombang ketiga ancamannya.
Sepatutnya, jika PKP dan darurat ini benar-benar untuk menangani Covid19 dan kerajaan serius mengenainya, para menteri hendaklah menunjukkan contoh teladan kepada rakyat dengan sama-sama sedia mematuhi peraturan yang serupa dilalui oleh rakyat biasa.
Apakah istimewa sangat menteri-menteri dalam kerajaan PN ini sehingga mereka tidak mahu dikuarantin selama 10 hari, sedangkan jadi kerajaan pun melalui pintu belakang dan jalan pengkhianatan?
Malulah sikit beb!!
Apakah dengan dikuarantin selama tiga hari itu boleh memberi jaminan menteri-menteri yang balik dari luar negara tidak mudah terkena jangkitan Covid19 berbanding rakyat biasa sehingga mereka perlu dikenakan kuarantin selama 10 hari?
Selain itu, sebenarnya juga, tidak perlu sama sekali bagi para menteri pergi ke luar negara melakukan lawatan rasmi dalam tempoh PKP dan darurat serta di ketika wabak Covid19 masih bergentayangan di udara seluruh dunia sekarang ini.
Kalau persidangan sebesar APEC yang melibatkan ramai ketua kerajaan pun boleh dilakukan secara maya, apalah sangat perlunya menteri naik kapal terbang menghabiskan duit rakyat ke luar negara semata-mata untuk menghadiri pertemuan empat, enam atau lapan mata saja.
Bukankah ia boleh dibuat secara maya juga?
Pokoknya, jika menteri tidak pergi ke luar negara atau tiada perancangan untuk melawat mana-mana negara dalam tempoh PKP dan darurat sehingga 1 Ogos depan, tiada keperluan pun untuk Dr. Adham menandatangani kelonggaran SOP tersebut.
Nampaknya, menteri kerajaan PN ini, dengan kuasa yang ada, lebih mengutamakan kesenangan dan keselesaan kelompok sendiri terlebih dahulu berbanding mengutamakan rakyat.
Yang nyata, rakyat kini amat marah dan tidak puas hati dengan kelonggaran ini dan rata-rata merasakan, jika beginilah amalan dua darjat atau double standard yang mahu diterapkan, maka lebih baiklah ditamatkan saja PKP dan darurat ini yang hanya menampakkan kerajaan tiada kesungguhan untuk benar-benar membendung Covid19.
Biarlah tiada PKP, tiada darurat, tiada SOP, tiada kuarantin; mudah-mudahan akhirnya tiada PN dan tiada juga Muhyiddin lagi menyusahkan hidup kita semua.
 (Shahbudindotcom 09/02/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kalau-menteri-pun-nak-mengelak-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Menteri Kontroversi Nak Letak Jawatan

Bila Menteri Kontroversi Nak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 198 hits
Kedudukan terkini bebanan yang dihadapi oleh rakyat sudah di tahap mencekik leher Laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor dengan jumlah ribuan pekerja serta kenaikan kos hidup yang kini amat memuramkan suasana sosiopolitik negara...
Boleh Tamatkan Pkp Tetapi Ketatkan Sop Tiada Rentas Negeri Pakar Perubatan

Boleh Tamatkan Pkp Tetapi Ketatkan Sop Tiada Rentas Negeri Pakar Perubatan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 232 hits
PKP tetapi macam tak PKP Itulah persepsi dan tanggapan rata rata masyarakat dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak Isu itu timbul apabila PKP 2 0 dikatakan tidak begitu berjaya melandai...
Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

Menteri Kuarantin 3 Hari Saja Kerajaan Jangan Ulangi Kesilapan Yang Sama Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 215 hits
Melonggarkan tempoh kuarantin hanya selama tiga hari ke atas menteri yang pulang daripada lawatan di luar negara hanya membuka risiko yang lebih bahaya kata Najib Razak Bekas perdana menteri itu berpendapat keputusan terbaru kerajaan Perika...
Agong Titah Patuh Sop Cekal Hadapi Pkp

Agong Titah Patuh Sop Cekal Hadapi Pkp

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 177 hits
Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar rakyat terus berdisiplin mematuhi prosedur SOP yang ditetapkan kerajaan Foto oleh Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR 31 Jan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri...
Polis Sendiri Pun Keliru Dengan Sop Pkp

Polis Sendiri Pun Keliru Dengan Sop Pkp

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 220 hits
POLIS mengakui ramai anggotanya yang ada kala keliru dengan prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ada yang tersalah kena kompaun Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Abd...
426 Ditahan Ingkar Sop Pkp

426 Ditahan Ingkar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Seramai 426 individu ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan semalam Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dar...
Tarik Balik Sop Kuarantin Baharu Untuk Menteri Gesa Kit Siang

Tarik Balik Sop Kuarantin Baharu Untuk Menteri Gesa Kit Siang

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 217 hits
Abdul Hakim RahmanFebruari 9 2021 Kata Kit Siang arahan terbaharu kuarantin melibatkan menteri bertentangan dengan usaha mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap strategi kebangsaan melawan COVID 19 Gambar failKUALA LUMPUR Perda...
Ketua Polis Daerah Putrajaya Nafi Terlibat Penganjuran Majlis Langgar Sop Pkp

Ketua Polis Daerah Putrajaya Nafi Terlibat Penganjuran Majlis Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 233 hits
PUTRAJAYA Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali menafikan dakwaan di media sosial kononnya beliau terlibat dengan penganjuran sebuah majlis yang diadakan di kawasan perumahan di Presint 8 di sini hari ini Beliau berkata dakwaan y...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life