Pkp Selangor Kpm Perlu Putuskan Sekolah Diteruskan Atau Tidak Ph


 



Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa pelajar.

Bagi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya mengumumkan keputusan sama ada meneruskan sesi persekolahan, menutup sekolah dan menjadual semula pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan penting di kawasan terlibat PKP.
"Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum memaklumkan tentang kedudukan sekolah-sekolah dalam
kawasan yang dikenakan PKP mulai 6 Mei 2021.

"Adakah sekolah-sekolah di bawah kawasan PKP akan ditutup serta-merta atau ia akan diteruskan sehingga cuti Hari Raya bermula?
"Pengumuman dengan kadar segera perlu dilakukan oleh pihak KPM memandangkan ada sekolah-sekolah yang sedang
melangsungkan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

"Pengumuman awal daripada KPM akan memudahkan urusan pihak sekolah untuk menyusun semula jadual peperiksaan dan
mengekalkan fokus para murid," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Menurut jawatankuasa itu lagi, pengumuman awal ini akan membantu pihak ibu bapa menyusun semula pengurusan keluarga memandangkan jika sekolah ditutup pastinya ibu bapa perlu mencari pihak yang akan menjaga anak mereka.
Persoalan seterusnya, kata jawatankuasa ialah bagaimana proses pergerakan murid yang akan pulang ke rumah dari asrama masing-masing.
"Kedudukan tutup atau buka sekolah ini menyebabkan proses pergerakan murid pulang ke rumah masing-masing juga kabur.
"Adakah ibu bapa yang perlu mengambil anak mereka dari asrama akan diberikan pelepasan merentas daerah dan negeri sempena
pelaksanaan PKP kali ini memandangkan PKP dikuatkuasakan di musim perayaan?

"Jika pihak kerajaan membenarkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka, pihak Jawatankuasa Pendidikan PH mencadangkan supaya
hanya pihak sekolah sahaja mengeluarkan surat makluman pengambilan anak di asrama sebagai bukti apabila merentas daerah dan

negeri nanti.

"Penggunaan surat makluman itu membolehkan ibu bapa tidak perlu hadir ke balai polis untuk mendapatkan kelulusan rentas daerah
dan negeri memandangkan ia mengambil masa yang lama," kata mereka lagi.

Justeru, Jawatankuasa Pendidikan PH berharap KPM lebih bersikap proaktif dalam memaklumkan tentang pelbagai isu yang berbangkit bagi memudahkan urusan sekolah, murid dan ibu bapa.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah)

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pkp-selangor-kpm-perlu-putuskan-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Ringkas Mkn Nafi Pkp Di Selangor Lagi Sekolah Ditutup

Awani Ringkas Mkn Nafi Pkp Di Selangor Lagi Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 295 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Pkp Di Enam Daerah Di Selangor Bermula Khamis

Pkp Di Enam Daerah Di Selangor Bermula Khamis

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 364 hits
HARAKAH DAILYDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bermula 6 Mei sehingga 17 Mei kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata enam daerah itu ada...
Pdpr Setahun Covid Kpm Tiada Dasar Urus Pembelajan Di Sekolah Rumah

Pdpr Setahun Covid Kpm Tiada Dasar Urus Pembelajan Di Sekolah Rumah

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 318 hits
Sistem pendidikan negara seharusnya memberi jaminan agar tahap keciciran murid tidak tinggi apabila mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Menurut Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan kaedah buka dan tutup sekolah yang...
Pkp Biasa Je Bagi Warga Selangor Kl

Pkp Biasa Je Bagi Warga Selangor Kl

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 327 hits
Samuel ChuaKUALA LUMPUR Pada hari pertama pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di Selangor dan Kuala Lumpur kehidupan berjalan macam biasa bagi warga kota Dari Kuala Lumpur ke Petaling Jaya dan Subang Jaya tidak banyak yang berubah di ke...
Daerah Di Selangor Kawasan Pkp 2021

Daerah Di Selangor Kawasan Pkp 2021

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 453 hits
Daerah Di Selangor PKP 2021 Asslamualaikum dan salam sejahtera kepda semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingign berkongsi dengan anda semu...
Keputusan Pkp Menyeluruh Diumum Petang Ini Atau Selewat Lewat Esok Ismail Sabri

Keputusan Pkp Menyeluruh Diumum Petang Ini Atau Selewat Lewat Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 472 hits
Ismail Sabri Yaakob JERANTUT Kerajaan tidak bercadang melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara setakat ini sebaliknya meneruskan perintah itu secara bersasar kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Kadar Kes Covid 19 Di Kl Lebih Tinggi Daripada Selangor Mengapa Tidak Kena Pkp

Kadar Kes Covid 19 Di Kl Lebih Tinggi Daripada Selangor Mengapa Tidak Kena Pkp

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 279 hits
ARIF ATANBekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kegagalan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai kadar insiden kes Covid 19 bagi setiap 100 000 pe...
Hiburan Nak Selamatkan Atau Putuskan Nyawa Orang Suhaimi Saad Pertahan Pendirian Bergelar Anti Vaksin

Hiburan Nak Selamatkan Atau Putuskan Nyawa Orang Suhaimi Saad Pertahan Pendirian Bergelar Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 268 hits
Bekas anggota kumpulan nasyid In Team Suhaimi Saad mempertahankan pendiriannya sebagai seorang daripada golongan anti vaksin apabila dia tampil mempersoalkan keberkesanan vaksin tersebut dan mendakwa ianya tidak menjamin apa apa pada tubuh ...
Pkp 6 Daerah Di Negeri Selangor

Pkp 6 Daerah Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Petang tadi Majli Keselamatan Negara telah membuat pengumuman mengenai PKP jadi Bonde ingin kongsikan disini dan sebagai info untuk anda semua rakyat negeri This is a content summary only Visit my website f...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Kedai Serbaneka Thailand Terbesar Di Kuala Lumpur Thai Street Mart

Urban Renewal Not A Dirty Term

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening