Pdpr Setahun Covid Kpm Tiada Dasar Urus Pembelajan Di Sekolah Rumah



Sistem pendidikan negara seharusnya memberi jaminan agar tahap keciciran murid tidak tinggi apabila mengembalikan semula Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdRP).
Menurut Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) kaedah buka dan tutup sekolah yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini dikhuatiri ibu bapa bakal menyebabkan anak-anak mereka mengalami masalah keciciran yang serius di masa hadapan.
“Ibu bapa risau perkembangan pelajaran anak-anak. Murid-murid mungkin ketinggalan dalam silibus akibat tidak dibenarkan ke sekolah oleh ibu bapa berdasarkan keadaan pandemik yang semakin kritikal.
“Tiada alternatif yang dicadangkan oleh KPM untuk membantu murid-murid dari segi pelajaran mereka. Sepatutnya setelah setahun berlalu, pihak KPM boleh menyediakan bahan-bahan pembelajaran kendiri kepada murid-murid dengan pedagogi baharu dan fleksibel.
“Lebih membimbangkan, ibu bapa juga tidak tahu sejauh mana anak mereka benar-benar belajar dan menguasai topik yang diajar. Ibu bapa tidak boleh menyemak buku latihan dan KPM tidak memberi panduan – secara fizikal mahupun melalui aplikasi khusus untuk ibu bapa memantau pembelajaran dan perkembangan anak-anak,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Bagi mereka juga konsep PdPR turut membebankan guru kerana terpaksa menyediakan dua sukatan berbeza iaitu pendidikan di sekolah dan pendidikan di rumah.
Hal itu, akan mengurangkan keberkesanan guru mengajar kerana dibebankan terlalu banyak tugas.
“Bagi pihak guru-guru mereka menjadi terbeban untuk PdPR kerana terpaksa mengajar seperti jadual dalam bilik darjah walaupun di atas talian. Guru-guru terpaksa mengadap laptop sepanjang hari, meskipun persediaan untuk PdPR lebih mencabar dan kompleks berbanding kaedah bersemuka.
“Lebih malang mereka terpaksa mengeluarkan duit sendiri membeli data tambahan, membeli alat bantu mengajar dan lain-lain keperluan untuk PdPR selain dari berkongsi data untuk anak-anak mereka sendiri belajar. Di atas dasar inilah Jawatankuasa ini mendesak agar para guru diberikan insentif tambahan apabila berlangsungnya PdPR,” kata mereka.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Pendidikan PH mahu kerja-kerja pengutipan dan penyelarasan data sekolah seharusnya dilakukan oleh pegawai tadbir di peringkat PPD, JPN, dan KPM.
Guru-guru, kata mereka seharusnya dikurangkan beban kerja perkeranian sewaktu pandemik seperti memberikan laporan harian PdPR di peringkat sekolah, PPD dan JPN.
Selain itu, Jawatankuasa juga mengkritik penutupan secara pukul rata sekolah di seluruh negara selepas cuti Aidilfitri tanpa bersandarkan kepada sains dan data untuk mengenal pasti hotspot Covid-19, menyukar dan membantutkan penyelarasan kerja pentadbiran di sekolah dan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
“Dalam tempoh serta merta sekolah ditutup dan dibuka menyebabkan guru terpaksa melakukan sesi pembelajaran tanpa persediaan rapi.
“Kesannya, murid-murid hilang tumpuan dalam pelajaran dan guru-guru terbeban dengan kerja persiapan. KPM perlu membezakan kawasan hijau dan selamat dari kawasan merah atau kuning. Sistem HIDE boleh membantu KPM mengenalpasti sekolah yang sesuai ditutup ataupun tidak.
“Bagi kawasan pedalaman dan luar bandar yang jauh dari jangkitan dan tiada kes serta pergerakan keluar dan masuk, KPM sepatutnya membenarkan sekolah-sekolah terus dibuka, terutama kerana capaian internet tidak mencukupi untuk mereka menjalani PdPR.
“KPM juga boleh menggunakan sistem penggiliran persekolahan. Sebagai contoh, bagi pelajar yang akan menghadapi SPM tahun 2021, mereka dicadangkan menghadiri ke sekolah setiap hari. Namun bagi pelajar tingkatan 4, mereka boleh hadir ke sekolah pada Isnin untuk PdPc, hari Selasa PdPR, hari Rabu PdPc, hari Khamis DidikTV, dan hari Jumaat ke sekolah untuk PdPc,” kata mereka lagi.
Mereka juga menuntut penjelasan mengenai masalah peranti dan capaian internet. Malah kata mereka, status program pemberian 150,000 peranti yang diumum 6 November 2020 tidak diketahui, manakala usaha kerajaan untuk meningkatkan capaian internet secara drastik di kawasan luar bandar juga tidak nampak kesungguhannya.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32124

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keh Keh Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Rina Nasihat Emak Bapak Supaya Jangan Bimbang Lembab Betul

Keh Keh Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Rina Nasihat Emak Bapak Supaya Jangan Bimbang Lembab Betul

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 265 hits
April 26 2021 Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yakin Kementerian Pendidikan mempunyai cara untuk menangani kluster pendidikan yang membimbangkan golongan ibu bapa ketika ini Dalam masa sama Kementerian Pendidikan dimin...
Wanita 88 Tahun Terkait Kelompok Ttsh Meninggal Akibat Covid 19 Pelajar Sekolah Menengah Edgefield Diuji Positif Virus

Wanita 88 Tahun Terkait Kelompok Ttsh Meninggal Akibat Covid 19 Pelajar Sekolah Menengah Edgefield Diuji Positif Virus

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 235 hits
SINGAPURA Seorang wanita Singapura berusia 88 tahun dari kelompok jangkitan COVID 19 di Hospital Tan Tock Seng meninggal dunia pada Sabtu akibat komplikasi yang berpunca daripada jangkitan itu Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematia
Hiburan Penat Tengok Kegagalan Kerajaan Urus Covid 19 Naim Daniel Nafi Mahu Tunjuk Hero Hanya Memahami

Hiburan Penat Tengok Kegagalan Kerajaan Urus Covid 19 Naim Daniel Nafi Mahu Tunjuk Hero Hanya Memahami

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 281 hits
Lantang memberikan pendapat penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel akui telah penat melihat kegagalan kerajaan menguruskan prosedur operasi standard yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID 19 Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel...
Kota Bharu 40 Individu Bergejala Covid 19 Mahu Beraya Di Rumah

Kota Bharu 40 Individu Bergejala Covid 19 Mahu Beraya Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 364 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesan seramai 40 individu mempunyai gejala jangkitan Covid 19 yang enggan menjalani tempoh kuarantin di tujuh Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 di negeri ini Pengarah PKRC Dr Mohd Azman Yusof berkata ...
Dua Nagari Di Pesisir Selatan Zona Merah Covid 19 Warga Diimbau Salat Id Di Rumah

Dua Nagari Di Pesisir Selatan Zona Merah Covid 19 Warga Diimbau Salat Id Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 285 hits
Sementara nagari lainnya yang penyebaran Covid 19 berstatus zona oranye kuning dan hijau dibolehkan melaksanakan Salat Idulfitri di lapangan masjid dan musala
Maklum Kepada Sekolah Jika Mahu Anak Duduk Di Rumah Kata Menteri

Maklum Kepada Sekolah Jika Mahu Anak Duduk Di Rumah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 291 hits
Ibu bapa perlu maklum kepada pihak sekolah bagi membolehkan catatan ketidakhadiran dilakukan dengan betul Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata situasi jangkitan Covid 19 ketika ini berubah ubah dari semasa ke semasa dan memerlukan pengawa...
Sekolah Menengah Edgefield Beralih Ke Hbl Setelah Pelajar Diuji Positif Covid 19

Sekolah Menengah Edgefield Beralih Ke Hbl Setelah Pelajar Diuji Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 198 hits
SINGAPURA Sekolah Menengah Edgefield akan mengambil langkah langkah pencegahan setelah Kementerian Kesihatan mengumumkan pada Sabtu bahawa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sekolah itu adalah dalam kalangan tujuh kes COV
Pkp Selangor Kpm Perlu Putuskan Sekolah Diteruskan Atau Tidak Ph

Pkp Selangor Kpm Perlu Putuskan Sekolah Diteruskan Atau Tidak Ph

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 259 hits
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa pelajar Bagi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan kerajaan Perikatan Nasional melalui Kementeri...
Tak Pernah Lihat Suami Minum Kopi Nora Danish Risau Nedim Stres Urus Rumah

Tak Pernah Lihat Suami Minum Kopi Nora Danish Risau Nedim Stres Urus Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 366 hits
Umum sedia tahu bahawa pelakon cantik Nora Danish telah mengesahkan dirinya positif Covid 19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana suami dan anak anaknya memperoleh keputusan negatif selepas...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain