Pkp Penuh Di Kuala Lumpur Dan Selangor Putuskan Rantaian Jangkitan Covid 19


 
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh perlu dilaksanakan terhadap Selangor dan Kuala Lumpur, susulan kes COVID-19 semakin meningkat dan tidak menampakkan tanda penurunan dalam masa terdekat.


Pakar kesihatan awam dan virologi berpendapat, pelaksanaan PKP yang ketat adalah jalan keluar terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan dan mengelakkan PKP terpaksa dilaksanakan secara berulang-ulang.




Ahli Kumpulan Penasihat, Rangka Kerja Kesiapsiagaan Pandemik Influenza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Geneva, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata PKP penuh seperti PKP pertama yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu perlu dilaksanakan di Lembah Klang, membabitkan sebahagian Selangor dan Seremban serta Kuala Lumpur.



Pakar kesihatan awam itu mencadangkan, PKP itu dilaksanakan selama sebulan dan disemak semula selepas itu, sebelum dilaksanakan selama sebulan lagi jika penurunan kes tidak berlaku seperti yang disasarkan.


"Langkah ini adalah bagi memastikan sindrom PKP bersiri ini tidak berulang. Prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan perlu sama dengan PKP pertama iaitu semua sektor mesti ditutup.



"Selain itu, sempadan negara, negeri dan daerah juga perlu dikawal ketat bagi mengelakkan kegiatan merentas kawasan," katanya kepada BH, hari ini.


Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan PKP penuh di Selangor jika usaha sedia ada masih gagal mengekang lonjakan kes COVID-19 di negeri itu, selain pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.


Hari ini, sebanyak 4,865 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dengan Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,743 kes.


Dr Lokman Hakim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, menyarankan kerajaan mengkaji data peningkatan kes di Selangor termasuk sama ada ia disebabkan peningkatan aktiviti pengesanan kes.


"Jika aktiviti pengesanan kes meningkat, peningkatan kes patut dijangka. Kemudian, adakah kita berpuas hati dengan tahap pengesanan sekarang?


"Kadar positif ujian harian harus kurang daripada lima peratus (sebaik-baiknya tiga peratus). Jika kadar lebih lima peratus dan kita sudah di tahap sekarang bererti ia bahaya kerana banyak lagi kes di luar sana yang belum dikesan.


"Selain itu, kerajaan juga perlu mengkaji keupayaan kemudahan kesihatan, khususnya Pusat Kuarantin, wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU).


"Daripada situ, jika kerajaan mendapati beban jangkitan yang belum dikesan masih tinggi dan banyak lagi yang tidak terkesan serta keupayaan kesihatan sudah tepu, maka PKP yang ketat amat wajar dilaksanakan," katanya.


Selain itu, Dr Lokman Hakim menegaskan, kerajaan juga mesti mengambil beberapa langkah lain dengar segera termasuk menyediakan pasukan bantuan makanan kepada mereka yang terkesan jika PKP penuh dilaksanakan, bagi meyakinkan rakyat mereka tidak akan terputus keperluan asas.


Selain itu, menambah keupayaan anggota barisan hadapan Kawalan Penyakit Program Kesihatan Awam sekurang-kurangnya tiga kali ganda keupayaan ketika ini terutama di Lembah Klang dan bandar utama lain sama ada melalui pewujudan jawatan tetap, kontrak, pinjaman dari agensi lain, mobilisasi anggota serta penggemblengan sukarelawan.


"Sehebat dan secanggih mana pun kepakaran dan hospital kita, jika barisan hadapan kesihatan awam lumpuh, seluruh sistem kesihatan negara akan lumpuh.



"Sudah terlalu banyak retorik mengatakan kita akan mengukuhkan kesihatan awam tapi hakikatnya tidak. Apa guna bilangan katil ICU bertambah tetapi pesakit terus juga bertambah tanpa kawalan? Harapkan rakyat patuh SOP semata-mata tidak adil jika kerajaan tiada usaha meningkatkan pengesanan kes," katanya.


Selangor, Kuala Lumpur perlu PKP penuh
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818105/selangor-kuala-lumpur-perlu-pkp-penuh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/05/pkp-penuh-di-kuala-lumpur-dan-selangor.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Selangor Kpm Perlu Putuskan Sekolah Diteruskan Atau Tidak Ph

Pkp Selangor Kpm Perlu Putuskan Sekolah Diteruskan Atau Tidak Ph

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 286 hits
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa pelajar Bagi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan kerajaan Perikatan Nasional melalui Kementeri...
Hari Pertama Pkp Kuala Lumpur Bazar Ramadan Tetap Meriah

Hari Pertama Pkp Kuala Lumpur Bazar Ramadan Tetap Meriah

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 274 hits
Pada hari pertama pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan di Kuala Lumpur suasana di bazar Ramadan tetap meriah dengan kehadiran pengunjung Berdasarkan tinjauan Malaysiakini di Bazar Ramadan Tasik Permaisuri Kuala Lumpur pengunjung t...
Kadar Kes Covid 19 Di Kl Lebih Tinggi Daripada Selangor Mengapa Tidak Kena Pkp

Kadar Kes Covid 19 Di Kl Lebih Tinggi Daripada Selangor Mengapa Tidak Kena Pkp

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 287 hits
ARIF ATANBekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempersoal kegagalan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mempunyai kadar insiden kes Covid 19 bagi setiap 100 000 pe...
Pkp Penuh Dipertimbangkan Di Selangor Adham

Pkp Penuh Dipertimbangkan Di Selangor Adham

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 280 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan un...
Selangor Tolak Pkp Penuh Dakwa Kadar Rt Masih Rendah

Selangor Tolak Pkp Penuh Dakwa Kadar Rt Masih Rendah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM Selangor menolak cadangan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh di negeri itu dan mendakwa ia berada pada tahap terbaik dalam pengurusan Covid 19 Pengerusi Selangor Task Force Covid 19 Dr Dzulkefly Ahmad ketika mempertikai...
Pkp Di Kuala Lumpur Terengganu Johor Perak Mulai Jumaat

Pkp Di Kuala Lumpur Terengganu Johor Perak Mulai Jumaat

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 414 hits
Kerajaan setuju laksana PKP bermula dari 7 hingga 20 Mei ini KUALA LUMPUR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu Johor dan Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bermula 7 hingga 20 Mei...
Pkp Penuh Perlu Dilaksanakan Di Kl Dan Negeri Kes Covid Tinggi

Pkp Penuh Perlu Dilaksanakan Di Kl Dan Negeri Kes Covid Tinggi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 307 hits
MSO Nasihat dan cadangan pakar kesihatan agar dilaksanakan PKP sepenuhnya di Kuala Lumpur dan juga negeri yang kadar jangkitan tinggi perlu diberi perhatian Pihak kerajaan tidak perlu berfikir panjang apa lagi mengambil kira kesan politik s...
Rumah Pesakit Covid 19 Penuh Diziarahi Jiran Pakai Gelang Tapi Pergi Membeli Belah

Rumah Pesakit Covid 19 Penuh Diziarahi Jiran Pakai Gelang Tapi Pergi Membeli Belah

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 335 hits
FAZLI RADZIWalaupun Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kerap mengingatkan rakyat Malaysia untuk sama sama berjuang memerangi Covid 19 dengan duduk di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard masih ada lagi dilihat ...
Menu Hari Raya Set Di Tepi Pantai Simfoni Aidilfitri Dari Hotel Maya Kuala Lumpur

Menu Hari Raya Set Di Tepi Pantai Simfoni Aidilfitri Dari Hotel Maya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 742 hits
Hi Korang Untuk mereka yang tidak sempat sediakan juadah menu hari raya tahun ini akibat kurangnya masa untuk memasak Hotel Maya menyediakan beberapa set juadah hari raya untuk korang diluar sana menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri terd...
Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya

Semakan Keputusan Permohonan Melalui Upuonline 2025

Resepi Daging Kaprau

Raised Beds Terkini Jun 2025

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter