Hari Pertama Pkp Kuala Lumpur Bazar Ramadan Tetap Meriah


M Fakhrull Halim

 Pada hari pertama pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, suasana di bazar Ramadan tetap meriah dengan kehadiran pengunjung.
Berdasarkan tinjauan Malaysiakini di Bazar Ramadan Tasik Permaisuri Kuala Lumpur, pengunjung tetap beratur panjang di pintu masuk, menunggu giliran untuk mengimbas kod QR MySejahtera dan memeriksa suhu sebelum dibenarkan masuk bagi membeli juadah.
Rata-rata peniaga yang ditemui mendakwa, meskipun secara kasarnya pengunjung ramai datang hari ini, bagi mereka, penurunan bilangan pengunjung akibat PKP tetap dirasai.
Bagi peniaga kuih-muih yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 50, dia menganggarkan pengunjung hari ini berkurangan 30 peratus berbanding semalam.
Penjual nasi berlauk burung puyuh, Mohd Hafizal Mustafa, 32 pula, mencongak kekurangan pengunjung berdasarkan jumlah makanan yang dijualnya hari ini.
“Dua hari lepas, masa-masa begini (sekitar jam 7 petang), sudah 70 bungkus habis terjual. Tadi, cuma 30 bungkus (terjual). Itu pun kena lelong,” katanya.
Berbeza pula buat peniaga pulut panggang, Yasir Azmi, 40, dia tidak perasan pengurangan ketara daripada segi jumlah kehadiran pengunjung akibat pelaksanaan PKP hari ini.
Pun begitu, ketiga-tiga mereka memanjatkan rasa syukur masih mampu menjana keuntungan, meskipun mengaku jualan tahun ini jauh merosot berbanding dua tahun lepas. Untuk rekod, tahun lepas, bazar Ramadan langsung tidak dibenarkan beroperasi.
“Sambutan 70 peratus kurang (berbanding tahun-tahun sebelum Covid-19).
“Keuntungan hanya suku daripada biasa. Modal dah keluar, kenalah berniaga untuk habiskan,” kata Hafizal yang menambah, musim hujan di waktu petang akhir-akhir ini juga memburukkan keadaan.
“Kalau dulu, walaupun hujan, bazar tetap berjalan. Sekarang, hujan sahaja, bazar tak jalan, walaupun hanya gerimis. Kita peniaga sesak sikitlah,” katanya lagi.
Berdasarkan pemerhatian tadi, banyak gerai yang ditutup dengan payung-payung yang direndahkan.
Menurut Kamal, ada peniaga yang menutup terus gerai mereka seawal hari ketiga bazar dibuka kerana berasakan tidak berbaloi dengan keuntungan yang diperolehi.
Dari segi penjagaan prosedur operasi standard (SOP), mereka memuji pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis yang sering melakukan rondaan.
Kata Yasir, pada tiga hari pertama, penjagaan SOP agak tidak terurus, namun bermula hari keempat hingga ke hari ini, penjagaan SOP diperbaiki dan pengawasan diperketat, terutama di pintu-pintu masuk.
“Pengunjung juga jaga (SOP), jarang tak berjaga,” katanya.
“Polis dan DBKL memang akan ronda. Nampak saja macam tak ketat, tetapi mereka ronda empat hingga ke lima kali,” kongsi Hafizal pula.
Meskipun ada rasa bimbang terhadap wabak Covid-19 yang semakin mencatatkan peningkatan saban hari itu namun, bagi para peniaga, rezeki tetap perlu dicari.
“Dari awal lagi kami memang takut. Tapi, hidup mesti diteruskan.
“Penjarakan fizikal dari awal kita memang jaga, sentiasa pakai pelitup muka. Perlindungan semua dah kami buat,” kata Kamal.
Pengunjung juga ada yang berpuas hati terhadap tahap pematuhan SOP di bazar itu - daripada beratur di pintu masuk, sehinggalah pergerakan di dalam bazar - seperti disuarakan Mohd Farizan Zainal Abidin, 30, yang ditemui ketika sudah masuk waktu berbuka puasa dan pengunjung mulai surut.
“Walaupun bazar sudah nak tutup, mereka masih menjaga SOP. Kalau tak jaga, mungkin risau (hendak berkunjung),” kata jurutera tapak yang turut bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan itu.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat hari ini tidak ada bezanya dengan hari sebelumnya, meskipun PKP sudah dikuatkuasakan.
“Rasanya bersesak-sesak juga. PKP pun macam tak PKP. Kita jaga diri sendirilah. Tak berharap sangat (pada pengawasan pematuhan SOP di bazar), kita bergantung harap pada diri sendiri (untuk mematuhi SOP).
“Jaga diri sendiri,” kata Qella Zainal, 29.
Qella menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan operasi bazar diteruskan bagi membantu peniaga bazar untuk terus berniaga, asalkan pengunjung tahu menjaga penjarakan fizikal dan SOP.
Berdasarkan pemerhatian Malaysiakini, rata-ratanya, SOP dijaga dengan baik dalam kalangan peniaga mahupun pengunjung: pelitup muka sentiasa dipakai dan pengunjung juga sering beratur ketika mahu membeli juadah.
Pun begitu, di beberapa kedai yang menjadi tumpuan ramai, penjarakan fizikal ada ketikanya terabai, apabila pengunjung beratur terlalu dekat antara satu sama lain.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan beberapa daerah serta mukim di Johor, Perak dan Terengganu pada kelmarin.
PKP itu bermula hari ini (7 Mei) sehingga 20 Mei 2021.
Sehari sebelum itu, enam daerah di Selangor turut diumumkan dikenakan PKP, dari 6 hingga 17 Mei.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/hari-pertama-pkp-kuala-lumpur-bazar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Bazar Ramadan Kuala Lumpur Hanya Dibenar 5 Jam

Operasi Bazar Ramadan Kuala Lumpur Hanya Dibenar 5 Jam

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 399 hits
MALAYSIA NOW Bazar Aidilfitri pula hanya dibenarkan beroperasi selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam Peniaga lauk menyusun barang jualan diatas meja di bazaar Ramadan Kampung Baru Para peniaga hanya dibenarkan membuka gerai mereka dari...
Pkp3 Bakal Diumumkan Hari Ini Bazar Ramadan Sekolah Ditutup Dilarang Makan Di Restoran

Pkp3 Bakal Diumumkan Hari Ini Bazar Ramadan Sekolah Ditutup Dilarang Makan Di Restoran

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 302 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Perintah Kawalan Pergerakan akan dikaji semula terutama di negeri negeri di mana ada peningkatan bilangan kes Covid 19 Semakan semula tersebut dilihat perlu untuk menyekat pandemik it...
Johor Benarkan Operasi Bazar Ramadan Aidilfitri Di Daerah Pkp

Johor Benarkan Operasi Bazar Ramadan Aidilfitri Di Daerah Pkp

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 277 hits
Bazar Ramadan di daerah Johor Bahru Kota Tinggi dan Kulai bermula 3 petang hingga 8 malam manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 10 malam Walaupun bazar Ramadan dibenarkan di beberapa kawasan PKP SOP yang dilaksanakan adalah ketat...
Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

Semua Bazar Ramadan Serta Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Pkp Di Tutup Mulai Isnin Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 368 hits
nbsp KUALA LUMPUR Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditutup mulai Isnin ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Pengecaman
Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang Pkp

Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 480 hits
Susulan PKP yang akan bermula pada hari esok 12 Mei semua aktiviti perhimpunan orang ramai di Temerloh dihentikan seperti bazar Ramadan Aidilfitri Pekan Sehari Pasar Malam dan Pasar Tani Keputusan ini dibuat selepas pihak Majlis Perbandaran...
Menu Hari Raya Set Di Tepi Pantai Simfoni Aidilfitri Dari Hotel Maya Kuala Lumpur

Menu Hari Raya Set Di Tepi Pantai Simfoni Aidilfitri Dari Hotel Maya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 737 hits
Hi Korang Untuk mereka yang tidak sempat sediakan juadah menu hari raya tahun ini akibat kurangnya masa untuk memasak Hotel Maya menyediakan beberapa set juadah hari raya untuk korang diluar sana menu set Simfoni Hari Raya Aidlitifitri terd...
Naik Drastik 440 Ingkar Sop Hari Pertama Pkp

Naik Drastik 440 Ingkar Sop Hari Pertama Pkp

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 375 hits
Oleh AMREE AHMAD ISMAIL SABRI YAAKOBPUTRAJAYA Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara semalam menyaksikan kes ingkar prosedur operasi standard terus naik mendadak Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri...
Pkp Di Kuala Lumpur Terengganu Johor Perak Mulai Jumaat

Pkp Di Kuala Lumpur Terengganu Johor Perak Mulai Jumaat

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 412 hits
Kerajaan setuju laksana PKP bermula dari 7 hingga 20 Mei ini KUALA LUMPUR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu Johor dan Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bermula 7 hingga 20 Mei...
Empat Bazar Ramadan Di Johor Diarah Tutup Serta Merta

Empat Bazar Ramadan Di Johor Diarah Tutup Serta Merta

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 323 hits
MALAYSIAKINI Empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta merta sebagai langkah berjaga jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub...
Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Halal Love In Viral Video Man Sneaks Into Female Tent To Give Wife A Rose During Hajj

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkahwin Dengan Iblis Untuk Sembuhkan Anak

Dah Berapa Lama Tak Cuci Berus Mekap

Your Toasty Little Shortcut To A Low Carb Lifestyle

Manchild By Sabrina Carpenter

Wawa Zainal Sedih Kek Batik Anak Dihina Sanggup Tebalkan Muka Mesej Orang Tu Padam Video

Jangan Cas Telefon Pintar Anda Dengan Port Pengecas Usb Di Lapangan Terbang Tsa